Assalammualaikum....( sila jawab yerk!!!)

Hanya menterjemahkan idea....

About Me

Thursday, June 3, 2010

bab 7

" Opss! Sorry " Ucap Afifah apabila terlanggar bahu seorang gadis dalam majlis keramaian ini. Terpaksa dia dan Arisa bersesak dengan orang ramai di dapur .
" tak apa " balas Aishah yang berjalan mundar-mandir melayan tetamu sambil mengangkat dulang berisi makanan .
" can...catik kak...kakak tu " tunjuk Arisa kepada Aishah yang berjalan ke depan. Afifah mengerutkan dahi, sejak bila adik aku ni pandai puji orang! getus hati Afifah, dia melihat sekali lagi gadis yang berselisih bahu dengannya. Namun hilang.
" cepatlah kata nak buang air " getus Afifah menemankan adiknya yang terkial-kial mahu masuk ke dalam tandas.
" Aishah makanannya lagi " arah Hajah Fatimah apabila ramai tetamu yang masih belum menjamah makanan terutamanya golongan perempuan yang berada di dapur.
" baik mak cik Mah " jawab Aishah mempercepatkan langkah menuju ke ruang mengisi makanan. Nasib baik ada saudara Hajah Fatimah yang menolongnya meletakkan makanan dalam dulang.
" haah!Betullah cantik. Betul kata Ari " waktu itu Afifah dan Arisa berselilih lagi dengan Aishah tetapi gadis itu tidak menyedari pujian Afifah lantaran sibuk. Afifah cemburu pula melihat kulit mulus Aishah. Nampak macam bersinar-sinar . Kalau ada teknologi yang membuatkan kulit sentiasa bersinar selalu berkenaan dengan suntikan vitamin C .

Malam kian menunjukkan dinginnya di luar, selesai majlis cukur jambul anak Razali, Azraai duduk bertenggek di tangga sengaja melepak di luar apabila tetamu sudah balik.
Direnung skrin blackberry miliknya. Ada 5 panggilan yang tidak dijawab semuanya daripada Camelia.Azraai mengeluh rasa tak berdaya untuk menelefon Camelia kembali. Dia tidak mahu melukakan hati tunangnya tetapi hatinya yang benar-benar terluka dengan perilaku Camelia siapa yang faham.
" aku tahu kau tengah bermasalah dengan Camelia sekarang " tegur Razali duduk bersebelahan Azraai. Azraai diam.
" orang lelaki ni kalau masalah kerja dia boleh handle lagi, kalau soal buah hati, masalah rumah tangga memang susah nak kawal perasaan tu. Paling utama muka dia kalau kita nampak muram semacam aje..."
" kau ni...janganlah terus berleter aje...at least kau bagilah support " Azraai menjeling sekilas sepupunya. Razali umpama rakan karib yang berada di sisinya susah dan senang. Oleh sebab, dia boleh cakap lepas sahaja dengan Razali.
" kau nak apa lagi Az , kerja dan super mantap. Harta bertimbun-timbun. paras rupa, anggota badan semua lengkap. Perfect! Apa yang kau nak dari seorang perempuan Az ? Tak cukup ke Camelia yang cantik bak rembulan tu " Azraai diam memandang jauh jalan di hadapan yang diterangi lampu neon yang malap.
" kalau kau nak putus dengan Camelia dah terlambat sangat untuk kau sedar yang dia bukan ditakdirkan untuk kau. Kalau kau takut nak berhadapan dengan kenyataan kau perlu harungi perkara tu. Kau kena mengubah perangai Camelia bila kau kahwin dengan dia nanti. Itulah tanda cinta kau kepada dia "
" menerima kekurangan dia. Dan dia menerima kekurangan aku " ujar Azraai.
" betul. Tapi aku tahu taste kau nak perempuan yang baik budi pekertinya, . Aku kenal Camelia, dia baik tapi...mungkin dia dah terkenal buat dia alpa jati diri dia . Kau kena tegur dia "
" aku tak mampu sebab naluri cinta aku dekat dia dah hilang. Aku rasa macam tak kenal dia. Aku nak isteri yang...." Azraai cuba memikirkan wanita yang dia idamkan.
" macam tu " tunjuk Razali akan kelibat Aishah yang baru keluar dari belakang rumah. Azraai menoleh apa yang Razali tunjukkan. Pup! Terjatuh terus BlackBerry milik Azraai. Terlepas dari gengaman tangannya. Barangkali tergamam melihat kecantikan dan keayuan gadis bertudung itu.
"AztahfirullAllahhalazim " Azraai terus turun setapak anak tangga mengambil Blackberry yang terhempas. Nasib baik tidak pecah berderai. Razali terkekeh ketawa melihat tingkah Azraai yang tidak keruan apabila melihat Aishah buat kali pertama. Gadis itu tidak menyedari dirinya diperhatikan terus memikul beg plastik berisi makan melangkah ke arah basikal usangnya di bawah pokok rambutan di halaman rumah Razali.
" kau yang baru pertama kali tengok dah jatuh BB, aku ni...hari-hari tak terdaya nak lelap mata" luah Razali selamba. Naluri kejantanan Razali tetap ada apabila melihat wanita cantik. Tetapi demi cinta kepada isteri membuatkan akal terus waras kembali.
" kau gatal ye. Dah ada anak dua pun ada hati nak tambah calon ke dua pulak " Azraai berbicara perlahan takut didengari sesiapa di ruang legar tamu.
" tak adalah...aku main-main aje nak usik kau tu suka sangat tengok perempuan lawa sikit. Kau kenal tak siapa dia tu ? " juih Razali kepada Aishah yang sibuk memeriksa basikal usang itu. Seperti ada masalah nampak gayanya. Sudahlah larut malam begini Aishah baru balik dari rumahnya semata-mata membantu ibunya di dapur.
" siapa ? " tanya Azraai.
" itulah budak yang kau dermakan hati dulu namanya Aishah " Razali mahu mengingatkan Azraai kepada kisah 10 tahun dulu.
" dia! Aku...dia...dia kan budak kecik lagi " Azraai memutarkan kisah dulu. Sebahagian organ hatinya diberikan kepada budak kecil berumur 8 tahun. Budak kecil yang sudah kronik akibat bengkak hati yang ditanggung selama 3 tahun akibat tiada insan yang sudi mendermakan organ berharga dalam tubuh manusia itu. Azraai datang menghulurkan simpati. Dia terpisah ' hati ' dan kini dia bertemu semula dengan anak kecil yang sudah membesar bak gadis sunti yang berkembang mekar.
" budaknya dah besar. Dah lapan belas tahun. Kau nak jumpa dia tak ? " beritahu Razali sambil ingin memperkenalkan kepada Aishah bahawa lelaki di sebelahnya yang membantunya dulu.
Ya Allah! Cantiknya dia...secantik manusia ciptaanMu! Bisik hati Azraai. Hatinya berdegup kencang.

" alah...macam mana nak balik ni...basikal pancit " Aishah mengeluh. Kenapalah tadi sedap aje aku bawak ke sini lepas tu pancit. Aishah duduk mencangkung. Jari-jemarinya memicit tayar yang sudah kempis.
" Aishah kenapa dengan basikal tu ? Pancit ke tayarnya ? " Razali turun dari tangga. Azraai mengkut dari belakang. Ada detak jantung berdenyut hebat di ruang dadanya. Azraai berdebar.
" Zali jangan cakap apa-apa pasal aku, aku tak sedia lagi " bisik Azraai sempat ke telinga Razali. Razali tersenyum sungging hairan, Azraai seperti cacing kepanasan bila mahu bersua muka buat pertama kali dengan Aishah Sofea.
" tayar basikal pancit abang Razali. Rumah abang ada pam tak ? " Aishah datang menghampiri Razali.
" ikutkan ada, tapi...abang memang malas nak ambil pam dekat stor belakang " Razali sengaja bergurau dengan Aishah. Azraai yang berada di sebelah Razali diam sahaja sambil meniliti raut wajah Aishah yang disinari bulan kala ini.
" hmm...kalau abang malas, biar Aishah ambil dekat belakang " ujar Aishah dia terdesak lelaki ini suka main-main dengannya. Nanti Kak Wani marah padan muka ! getus Aishah bila menyedari ada riak kurang senang isteri Razali apabila suaminya suka berbual mesra dengannya.
" gelap dekat belakang tu, teruk sangat ke pancitnya ? "
" teruklah, stor belakang ye ? " Aishah ke arah belakang rumah Razali. Namun dia tidak ketahui di mana stor yang dimaksudkan Razali.
" Zali, tayar dia pancit kau tak nak tolong, kesian budak tu. Ini bukan pancit aje tau, kau tengok getah tayar dah haus ni " ujar Azraai sambil memeriksa basikal Aishah.
" kita tengok dia berani tak cari pam tu, aku memang suka usik dia " Razali mengekeh ketawa.
" tak baik kau buat dia macam tu...dahlah malam ni kau kacau anak dara orang buat apa ? " getus Azraai.
" saja...aku nak bagi upah dekat dia ni, tu yang sengaja lengahkan masa sikit "
" upah apa ? "
" tolong ibu aku dekat dapur. Dialah yang ibu aku boleh harapkan "
" apa-apa ajelah kau ni...tolong dia Zali. Kesian dekat dia "
" yelah-yelah.Tu dah sampai "
" pandai betul Aishah cari pam ni..."
" Aishah nak balik kenalah cepat " gaya Aishah seperti kepenatan. Namun dia berdaya untuk membalasnya.
" tak apa biar saya tolong " pelawa Azraai. Aishah memandang pemuda itu yang setia di sisi Razali. Rasa berdebar hatinya dengan panahan mata itu.
" ini Azraai. Sepupu abang " Razali memperkenalkan Aishah kepada Azraai. Pam tayar bertukar tangan. Aishah membenarkan pemuda bernama Azraai ini mengepam tayar basikalnya.
" Aishah, abang nak bagi upah ni. Aishah nak berapa ? " Razali mengeluarkan beg dompetnya sementara Aishah melihat tingkah Azraai mengepam tayar basikal. Terkial-kial barangkali tidak punya kecekapan. Pertanyaan Razali dibiarkan, dia tergelak kecil apabila melihat Azraai menahan tekanan kuat dari dalam pam.
"kenapa ? " tanya Azraai menghentikan tingkahnya. Dup!Dup! Jantung Azraai bagai nak tercabut bila melihat senyuman dan lagak mata Aishah yang cantik. Seiring tawa dan kecantikan yang terserlah. Dia ni manusia ke bidadari! Azraai menilik Aishah apabila terkesima dengan wajah gadis itu yang bersinar-sinar.
" tak ada apa-apa. Abang Razali. Aishah letakkan basikal dekat sini ajelah, esok Aishah ambik. Aishah nak balik dulu. Hmm...pasal upah tu, tak apalah bang. Aishah ikhlas tolong" Aishah terus memikul beg plastik berisi makanan lalu ingin melangkah pergi. Dia sebolehnya jadi tidak tenteram hatinya bila renungan mata sepupu Razali melangkau dasar lubuk hatinya.
Azraai tergamam. Telahannya pasti gadis ini tidak suka dengan perilakunya.
" Eh! Takkan nak jalan kaki. Biar abang Az ni hantarkan " Azraai terkejut, dirinya jadi sasaran pula. Razali sengaja mengenakan dirinya .
" tak apa, terima kasih abang Razali " ucap Aishah. Tidak sanggup dia memandang sepupu Razali itu. Lelaki itu memandangnya bagai penuh makna yang amat sukar untuk ditafsirkan barangkali takut salah faham sahaja.
"biar saya hantarkan Aishah " pelawa Azraai mengingatkan dirinya yang sengaja melamba-lambatkan keadaan.
Aishah memikirkan cara menolak pelawaan itu. Dia tak nak berdua-duaan dengan lelaki asing ini. Entah siapa dan dari mana usulnya. Dia bimbang dirinya dipermainkan. Aishah memandang jalan yang luas terbentang di depannya. Jarak rumahnya dari rumah Razali ada dalam satu kilometer, dia masih sanggup tetapi malam yang sepi begini hanya berlatarkan sinaran bulan jika dia berjalan kaki bukankah keselematannya agak nipis.
" Aishah mari saya tumpangkan " Aishah menoleh sisinya entah bila lelaki itu sudah berada dalam kereta. Aishah mencari Razali. Rupanya lelaki itu sudah masuk ke dalam rumah.


" maaflah, Razali memang suka mengusik. Tapi...dia baikkan dengan Aishah ? " Azraai cuba berbicara dengan gadis yang menumpang hatinya itu. Aishah menganguk.
" Aishah balik malam-malam macam ni, ayah Aishah tak marah ke ? "
" tak,hmm...rumah saya dekat situ. Tolong berhentikan tepi jalan ajelah " pinta Aishah.
" okey! " jawab Azraai sambil melihat rumah Aishah masih seperti rumah lama Felda. Berdindingkan kayu dan beratapkan zink Aluminium. Agak usang juga rumah itu.
" kau pergi mana ha! Aku balik tak ada dekat rumah " Aishah keluar tergesa-gesa dari kereta mewah Azraai. Azraai melihat dari cermin kereta ada lelaki tua kurus kering agak bengis menhampiri Aishah sambil bercekak pinggang.
" Aishah...Aishah..."
" aku nak masuk rumah, berkunci " Sudin menengking Aishah. Entah kenapa setiap kali memandang Aishah pasti darahnya naik. Melihat anaknya yang takut-takut dengannya membuatkan dia selalu meletakkan penampar ke pipi anaknya. Namun Aishah tidak pernah mengadu dengan sesiapa pun kekejaman yang dia lakukan.
" siapa lelaki tu ? Kau dah gatal keluar dengan jantan ye ? " Sudin terus mencengkam lengan Aishah mendorong anaknya masuk ke dalam rumah setelah kunci rumah dirampas.
" tolong yah! Sakit " sudah tercampak makanan. Azraai yang melihat rasa tidak sedap hati. Ingin keluar melihat apa yang berlaku . Terus dia meluru keluar dari kereta.
" Aishah! " panggil Azraai namun pintu rumah terus tertutup dari dalam. Apa yang berlaku sebenarnya? Azraai diam berdiri tidak berkutik di luar rumah.
" aku nak duit " Sudin terus menolak Aishah ke dinding. Aishah mengecilkan badan ketakutan.
" Aishah tak ada duit " bohong Aishah.
" kau ni memang tak ikut kemahuan aku, aku nak duit sekarang. Ibu kau bagi banyak duit dekat kau. Kau ingat aku tak tahu kau kerja ambil getah. Kau bohong aku kata tak ada duit. Kau nak benda ni ke ? " Sudin mencapai tali pinggang. Aishah menangis. Dia berharap seperti selalu ada insan menyelamatkannya.
" Aishah sanggup mati kalau itu yang ayah nak " kali ini Aishah berani meluahkan perasaannya.
" kau nak mati, sini aku kerjakan kau " Sudin hilang kewarasan. Membelasah tubuh Aishah tanpa belas kasihan. Aishah meringkuk sakit. Diketap bibirnya menahan keperitan ini.
Setelah puas melempiaskan kemarahan dengan memukul Aishah terus dia meluru ke dalam bilik anaknya mencari di mana anaknya menyorokkan wang. Rakus dia membuka almari baju, menyelak cadar dan bantal akhirnya dia senyum, terlihat gumpalan wang merah di bawah tilam.
Fikiran Aishah bercelaru, kemurungannya kian menjengah lagi. Akhirnya dengan muka pucat lesi dia terdampar di ambal. Dia tidak mampu untuk menghalang segalanya.
" kau memang pandai simpan duit, tak sangka sebanyak ni kau simpan " Sudin mengira duit yang diambil. Hampir lima ratus ringgit duit milik Aishah diambil lalu terus keluar dari pintu belakang tanpa menghiraukan keadaan Aishah yang dibelasah teruk.

" Assalammualaikum " ucapAzraai bila semangatnya untuk menyelamatkan Aishah kian mendalam. Tadi dia terus memandu balik ke rumah Razali tetapi akhirnya dia membelok semula ke rumah Aishah. Dia tidak tahu apa masalah antara lelaki itu dengan Aishah, tetapi melihat Aishah yang ketakutan semasa dalam kereta saat terserempak dengan lelaki serupa samseng itu yang keluar dari rumah membuatkan naluri hati Azraai mengandaikan gadis itu dalam keadaan bahaya.
Betullah Aishah dalam bahaya! Azraai melihat nasi dan lauk-pauk kenduri tadi yang bertaburan di lantai luar rumah. Seingatnya Aishah membawa makanan yang banyak.
" Aishah! Saya Azraai. Dekat luar ni, awak ada masalah ke ? " Azraai tidak menghiraukan lelaki tua tadi yang penting dia perlu tahu keadaan Aishah.
Terus Azraai memijak nasi yang berselerakan ditolak kuat pintu kayu.
" Ya Allah! " melurut jatuh lututnya melihat sekujur tubuh yang terkulai menyembah bumi. Pakaian Aishah sudah koyak rabak dengan tudung yang hilang, menampakkan rambut mengerbang. Bergetar jarinya cuba memalingkan tubuh Aishah mengadapnya. Terkejap matanya apabila bibir dan hidung Aishah mengalirkan darah panas.

Waktu itu Azraai tidak terfikir membawa Aishah ke klinik atau hospital berhampiran kerana dia tidak mengenali Aishah langsung . Lalu dia Mencempung Aishah dan membawanya ke dalam bilik terdekat.
" Alhamdulilah dia hidup lagi " ujar Azraai setelah memeriksa nadi Aishah.
" Demi Allah! Aishah, saya takkan buat apa-apa dekat awak. Saya nak rawat awak aje..." sempat Azraai bermonolog apabila niat baiknya mahu memeriksa tubuh Aishah serta membersihkan luka di badan gadis itu takut disalahertikan nanti. Jika parah luka dan pendarahan yang dialami Aishah dia akan bawa gadis itu ke hospital.

" mana abang kamu ni...dah tengah malam tak balik-balik lagi " Datin Sharifah Kursiah menunggu anak sulungnya di ruang tamu rumah Haji Syed .
" dah call, abang off BB " beritahu Afifah. Razali yang turut berada di ruang tamu seperti terdesak untuk memberitahu kepada Mak Longnya ke mana Azraai pergi .
" tadi dia keluar sekejap Mak Long, dia hantar budak yang tolong ibu tadi. Basikal budak tu pancit "
" kot ia pun kenapa tak balik sampai sekarang, Az tak pernah keluar tak beritahu Mak Long tau "
" maaflah Mak Long, tadi Az yang nak hantar. InsyaAllah dia balik " ujar Razali sambil mencuba berkali-kali mendail nombor telefon Azraai, namun nombor tiada dalam penggunaan.


" Saya pergi dulu, pagi nanti kalau saya sempat esok pagi , saya melawat Aishah " Azraai seperti berbicara dengan hatinya sambil mengemas kit pertolongan cemas yang sentiasa berada dalam keretanya. Kit yang digunakan untuk merawat Arisa jika adiknya itu berlaku kecederaan yang tidak diingini.
Aishah yang masih pengsan tidak tahu apa yang berlaku. Air matanya mengalir di tepi tubir matanya yang tertutup rapat.
Azraai tidak sampai hati. Mengenangkan mereka berkongsi hati yang sama, memang perasaan asas menusia, sedih gembira pasti ada persamaan. Tiba-tiba Azraai turut melurutkan air mata.
Memang betul kata Razali, Aishah merupakan insan yang menumpang hatinya. Ada bekas jahitan yang sama dilihat di dada Aishah dengan bekas jahitan yang berada di dadanya.
" Assalammualaikum " ucap Azraai saat keluar dari rumah itu. Sempat dia mengunci seisi rumah itu supaya keselamatan Aishah terjamin. Siapa lelaki tadi? Fikir Azraai semasa pemanduan balik ke rumah Razali. Bayangan lelaki yang mengasari Aishah. Siapa ? Azraai masih tertanya-tanya.

Kedinginan subuh mencucuk tulang belulang Azraai waktu dia bersujud kepada Yang Esa. Haji Syed Khalilyang baru selesai menunaikan solat Tahajud menoleh sekilas Azraai yang turut sama menyerahkan diri bersolat sepertiga malam demi ketaatan kepada Allah yang satu.
Sambil menunggu azan subuh yang bakal berkumandang satu jam lagi , Haji Syed Khalil mengalunkan ayat suci Al-Quran.
" Isk! Isk! " terhenti alunan suara Haji Syed Khalil apabila mendengar esak tangis Azraai yang masih kukuh bersujud. Lalu Haji Syed meneruskan bacaan yang tertangguh.
" Az rasa rendah diri, Allah S.W.T kurniakan bakal isteri Az, isk! " Azraai menahan sendunya, bayangan Camelia semakin jauh dia sukar membendung perasaan akan kesedihannya terlewat untuk mencari kebahagiaan hidup.
Haji Syed Khalil menepuk bahu anak saudaranya. Tanda simpati.
" berkenalan, bercinta akhirnya terputus bukan yang kamu pinta, Az. Malah kamu belum buat apa-apa keputusan pun "
" saya jadi musykil adakah saya dituduh memilih jika saya mahukan seorang yang punya didikan agama yang kuat sedangkan Camelia ada agama tetapi dia jauh sudah. Az pun masih kurang, tidak sesempurna mana "
" selebihnya biarlah ada agamanya, kecantikan dan kekayaan hanya sementara. Masa depan anak dan keturunan kita akan selamat di dunia dan akhirat jika kita memilih cinta atas dasar bergama "
" jadi memang takdir saya memilih wanita yang baik untuk anak-anak saya nanti ? "
" jalan lurus dah terbentang di depan mata kenapa kita memilih jalan yang bengkok iaitu sesat jika kita tahu bahayanya " Azraai tunduk mendengar bicara Pak Longnya. Ya! Aku perlu berterus-terang, biarlah aku lewat usia demi cinta kepada agama, akan tuhan kurniakan wanita yang punya kuat pegangan dirinya.

Aishah menangis tersedu-sedu, meratapi nasibnya. Perlahan-lahan dia merangkak naik ke sudut almari , ada cermin di situ. Dia ingin melihat wajahnya dalam keadaan bertelekung. Tadi sewaktu mengambil wuduk, simbahan air telaga ke mukanya menyebabkan dia rasa bisa di bibir dan matanya.
" sampai hati ayah buat Aishah macam ni " cetus Aishah apabila melihat mata sebelah kiri dan tubir bibirnya lebam. Mana mahu disorokkan wajah ini apabila dilihat orang. Bila mengingatkan Mak Usu dan Pak Usunya pasti mereka akan memarahinya juga kerana berani tinggal di rumah ini. Dia malu.
" mana duit Aishah " Aishah mencari duitnya yang disimpan rapi bawah tilam berharap ayahnya tidak menjumpai duit lima ratus ringgit hasil titik peluhnya bekerja . Dia menyimpan setiap hari sanggup mengikat perut semata-mata mengimpikan diri memijak kaki ke Menara gading.
" mana duit Aishah! Ayah ambik ! Ayah curi duit Aishah " meraung-raung Aishah jadinya. Keletihan terus dia menyandar ke dinding. Tangisannya kuat.
"memang nasib kau duduk sini. Kau takkan berjaya " Aishah mencarik-carik telekung yang dipakai apabila tergiang-giang kata Kak Laila kepadanya.
" ayah ambik duit Aishah, pulangkan yah...Aishah nak duit tu..." rayu Aishah merembes keluar air matanya. Aishah bagai melihat bayangan wajah ayahnya mengambil wangnya . Namun terus lenyap bayangan itu dengan lelah di dadanya.
" ibu...ayah ambik duit Aishah. Ibu...tolong Aishah " luah Aishah tidak terdaya. Kini air mata mengiringi nasib hidupnya yang gelap-gelita.

No comments:

Post a Comment