Assalammualaikum....( sila jawab yerk!!!)

Hanya menterjemahkan idea....

About Me

Tuesday, June 8, 2010

Bab 8

" Aishah tu anak tunggal ke ? " tanya Azraai kepada Razali yang duduk di gazebo depan rumahnya. Tanpa lengah waktu pagi begini segera Azraai mengepam tayar basikal Aishah siap digantikan getah tayar sekali. Razali menganguk , setia matanya menatap Akhbar Pancaindera yang tersisip dalam Akhbar Mingguan setiap hari Ahad. Ada kisah Camelia yang pasti membuatkan semua rakyat Malaysia mencetuskan kemarahan.
" Aishah tu ada keluarga tak ? Semalam aku tengok rumah dia sunyi semacam. Apa dia anak yatim piatu ? " ujar Azraai. lagi.
" aku rasa baik kau baca pasal Camelia hari ni, aku tak tahu nak cakap apa dia sekarang " Razali menutup kembali akhbar hiburan itu tadi. Kalau dia tidak kenal Camelia tunang Azraai pasti dia malas mengambil tahu artis wanita yang banyak kontroversi ini.
" apasal ? " tanya Azraai.
" kenapa kau pilih Mel masa kita belajar dekat London dulu ? "
"kita orang serasi. Aku suka cara dia tak mengongkong aku, aku pun tak suka paksa dia.. Lagi satu, dulu...aku bangga... sebab antara lelaki yang dapat dia.Sekarang lain pulak, semakin panjang umur aku, baru aku kenal, aku dan Mel serasi tetapi masih belum kenal erti cinta. Setiap fasa umur aku...korbankan diri aku untuk dia semata-mata nak kenal erti cinta. Tapi...aku silap simbol cinta aku semua hanyalah meterial. Semua tu sementara, dan aku rasa semakin aku buka peluang kebebasan kepada dia bermakna rasa sayang dan keserasian aku bersama dia hilang "
" sekarang kau menyesallah ? Aku rasa kau lebih menyesal bertahun lama kenal dia. Kau tengok apa dekat dalam ni..." Azraai tergamam apabila melihat wajah serius Razali. Akhbar hiburan dihulurkan kepada Azraai. Terus Azraai ambil dan menyelak muka surat pertama, gambar Camelia mabuk di tengah kota Paris tersebar di internet. Kini menjadi tatapan rakyat Malaysia melalui ruang akhbar pula . Cukuplah sampai di sini! desis hati Azraai.
" aku tak kata macam tu, dia manusia juga, aku lagi menyesal tak tegur dia. Aku silap. Dan aku pasti Camelia akan berubah dengan perpisahan yang aku pinta ini "
" aku nampak kau dah cukup bersedia. Macam mana dengan Camelia ? "
" aku serahkan kepada Allah. Aku berdiam bukan bermakna aku bacul. Aku tak nak dia kecewa dengan keputusan aku, biarkan dia mengecap kebahagiaan dulu sebelum dia terima hakikat aku bukan milik dia "
" kau berani tanggung risiko Az ? "
" Aku sedia hadapi sebarang kemungkinan. Kau pun...takkan nak tengok hidup aku tak bahagia. Arwah abi pesan dia nak menantu yang ada pegangan agama " Razali menepuk bahu sepupunya tanda menyokong Azraai.
" jom kita hantar basikal ni dekat rumah Aishah "
" kau pergilah, Wani dah sound aku semalam "
" ya ke ? Jomlah sekejap aje...aku kesian dekat dia, semalam Aishah kena pukul "
" apa ! " Razali terkejut. .
" nanti aku ceritalah dalam kereta . Jomlah kita tengok dia " Razali mengikut sahaja, Azraai pula meletakkan basikal Aishah ke dalam but keretanya.
Dari luar dapur, Wani melihat suaminya dengan Azraai.
" ibu tahu tak abang Zali nak ke mana tu, siap bawak basikal. Basikal siapa tu ? " tanya Wani dengan mengendong anaknya.
" Basikal Aishah, semalam basikalnya pancit. Tu yang dihantar pagi ni "
" oh...budak yang tolong semalam,rajinlah budak tu " ujar Datin Sharifah Kursiah sambil menjamah nasi goreng. Afifah memasang telinga juga mahu mengetahui gerangan bernama ' budak ' itu. Arisa tidak menghiraukan suasana di dapur itu yang lebih utama santapan pagi itu yang menyelerakan.
" kesian dia, ibunya dah meninggal tingal sorang. Ambil upah menoreh getah. Katanya nak sambung belajar "
" ayahnya ke mana ? "
" alah...ayahnya kerjanya keluar masuk pusat serenti. Tak tahulah bila nak insaf " omel Wani. Dia sebenarnya tidak sedap hati apabila suaminya ke rumah Aishah. Apa suaminya menggatal dengan Aishah, dia sukar membendung perasaan cemburunya lebih-lebih lagi Aishah memang cantik rupawan.
" ya ke...kesiannya...eloklah dibantu "
" abang pun ikut samalah ke rumah budak tu...hmm, kalau abang terpikat macam mana umi ? " omel Afifah.
" pandailah Afi..." ujar Datin Sharifah Kursiah.

" Aishah, bukalah pintu ni " Razali mengetuk pintu rumah beberapa kali, hairan melihat tingkah Aishah tadi. Berlari anak masuk ke dalam rumah apabila keretanya sampai di perkarangan rumah. Razali melihat beranda luar rumah yang habis bersepah nasi dan lauk kenduri semalam.
" Aishah! " panggil Razali . Azraai melihat belakang rumah Aishah jika ada pintu atau tingkap terbuka.
" Aishah " Azraai menyapa lembut Aishah yang berdiri di tingkap berjeriji dawai. Wajahnya ayu bertudung litup walaupun ada lebam di daerah mata dan bibir. Ada juraian air mata di tubir Aishah. Azraai memandang tanpa kelip. Mata itu bagai mendambakan sebuah pertolongan.
" Aishah, saya Azraai " Aishah memandang kuyu wajah itu. Mata mereka saling berpandangan.
" Aishah, kenapa tak bukak pintu ? Abang dah hantarkan basikal ni " laung Razali melihat Aishah yang menjeruk rasa di tepi tingkap, rupa-rupanya Azraai sudah menjumpai Aishah.
" tak apalah, Zali. Dia tak sihat tu "
" Aishah kenapa? Aishah kena pukul dengan ayah ke ? " memang jelas ada kesan penderaan di wajah Aishah.
" ha! Kau nak apa datang rumah aku ? " sergah Sudin dari mana datangnya tidak diketahui Razali. Azraai mengingati lelaki yang keluar dari rumah ini malam tadi.Aishah terus menutup tingkap. Dia jadi ketakutan.
" apa salah Aishah sampai pak cik pukul-pukul dia ? " Razali tidak puas hati. Hari ini dia dapat bersemuka dengan ayah Aishah, dia mahu memberi peringatan kepada lelaki ini.
" kau apa tahu! dia kan anak aku. Kenapa kau nak masuk campur. Lagi banyak kau ambil tahu hal aku dengan dia, lagi banyak aku nak seksa dia. Biar! Anak lembab macam tu memang tak boleh diharap sebab tu aku pukul dia "
" dah kau pergi balik. Aku tak suka kau ambil tahu pasal budak tak guna tu " halau Sudin menunjukkan wajah bengisnya.
" memang Aishah anak pak cik tapi pak cik tak boleh pukul dia tanpa sebab. Aishah baru hilang ibu. Jangan buat dia tertekan " pesan Razali. Waktu itu Azraai tidak mahu masuk campur tetapi baru dia tahu, lelaki tua yang kuat melenting ini ayah kepada Aishah.
" kamu berdua balik! " tengking Sudin, dia tidak hiraukan jiran tetangga yang mendengar jerit pekiknya menghalau dua pemuda ini. Seorang anak pengurus ladang, anak tunggal Haji Syed. Seorang lagi dia langsung tidak pernah lihat wajahnya. Gaya seperti orang kota.
" berapa pak cik nak untuk lepaskan Aishah ? " soal Azraai tiba-tiba cuba menghentikan sikap amarah Sudin.
" siapa kau ? " kasar Sudin bertanya.
" saya Syed Azraai, sepupu Razali " Azraai memperkenalkan diri. mahu berjabat tangan tetapi tangan tua itu tidak menyambut. Razali terdiam sebentar.
" saya berhajat jadikan Aishah isteri saya. Kalau boleh saya mintak pak cik pertimbangkan tawaran saya " Azraai memandang Sudin penuh yakin. Razali yang mendengar hampir terlopong. Biar betul! getus hati Razali.
" kau nak jadikan budak lurus bendul tu isteri kau . Haha! Kau baliklah aku tak nak terima tawaran kau " Sudin terkekeh ketawa bagai orang gila. Azraai tenang. Razali pula menggelabah.
Aishah cuba memasang telinga memalui pintu dapur yang masih tertutup. Mendengar ayahnya ketawa kuat, dia jadi hairan. Akhirnya dia mencelah antara daun pintu yang dikuak sedikit. Dari samar pandangannya dia melihat Razali dan lelaki bernama Azraai berhadapan dengan ayahnya.
" tiga puluh ribu, Saya cuma mahu bernikah dengan Aishah berwalikan pak cik. Minggu depan saya datang sini lagi untuk kata sepakat. Assalamualaikum " Azraai segera menyiku Razali yang bagai patung . Sudin tergamam.Tiga puluh ribu! getus hati Sudin dunianya bagai terawang-awang.

" kau dah gila ke Az, takkan kau kesian dengan Aishah sampai kau buat macam tu. Kau nak kahwin dengan dia, betul ke Az ? " dalam kereta Razali memicit kepalanya yang tidak pening. Azraai masih tenang dalam pemanduan.
" betullah, entah kenapa aku jatuh cinta dengan Aishah " luah Azraai lalu melepaskan hembusan nafas yang berat. Jalan Felda yang masih berbatu kerikil menghentak sedikit pemanduannya yang laju. Seakann ritma hatinya juga terhentak-hentak mahukan hajatnya tercapai.
" kau tak kenal dia lagi "
" aku boleh kenal Aishah melalui perkahwinan. Dia menumpang hati aku, pasti dia faham perasaan aku jugak " ujar Azraai.
" kau tak kenal dia! Ayah dia penagih dadah. Ibu dia pengedar dadah, baru meninggal kena hukum gantung. Apa umi dengan adik-beradik kau kata kalau tanya asal usul Aishah. Sebaiknya kau pilihlah yang terbaik sikit. Aishah tu..."
" Zali...aku nak kahwin dengan dia. Aku yakin dia wanita yang baik " tegas Azraai.
" habis Camelia macam mana ? Umi kau ? Fikir Az, jangan terburu-buru. Kau tak pernah buat keputusan macam ni..."
" baiklah " jawab Azraai spontan sewaktu sampai di perkarangan rumah Razali.
" apa yang baiklah tu ? " soal Razali mahukan kepastian.
" aku fikirlah, minggu depan aku datang lagi nak jumpa pak cik tu "
" kau ni..."
" dahlah turun " arah Azraai apabila melihat susuk tubuh umi dan adik-beradiknya di luar rumah.

Sudin memandang anaknya yang mengangkat air dari telaga belakang rumah. Gaya sopan-santun anaknya diperhatikan. Ternyata anaknya memang boleh mengugat keimanan lelaki. Mengingati Aishah, kini anaknya akan menginjak umur 18 tahun. Dah boleh kawin! getusnya.
Dia memikirkan lagi tawaran pemuda yang baru dia kenali tadi. Kalau mintak lebih lagi agaknya dia bagi, bolehlah aku tebus balik tanah Salmah dekat bank fikir Sudin. Selebihnya nanti dia mahu selesaikan hutang dengan Tauke Leong. Argh! Banyaknya hutang. Bila aku nak hidup senang! bentaknya dalam hati.
" a...ayah. Airnya dah siap " beritahu Aishah, tersipu-sipu dia melangkah berhadapan ayahnya. Sudin melihat air baldi di bilik air yang sudah dipenuhkan.
" kau dah makan ke belum ? " Aishah yang mahu naik ke atas rumah tersentak. Menoleh ayahnya, lalu menggeleng. Memang dia lapar, baik dia berterung-terang. Terbayang nasi yang bersepah di beranda rumah depan. Dia belum menyapu lagi. Sayu hatinya mengenangkan rezeki yang terbiar gara-gara kejadian malam tadi.
" masaklah nasi " Aishah tunduk, ingin berkata ' beras sudah tiada ' pasti akan dimaki hamun.
" nah duit pergi beli beras, beli barang dapur . Aku nak kau cepat balik. Jangan kemana-mana. Jangan nak ke rumah Mak Usu kau tu " Aishah menyambut huluran duit itu.
" terima kasih, yah " ucap Aishah walaupun ragu-ragu darimana ayahnya dapat duit.
" lagi satu, aku nak kau bersihkan lebam-lebam dekat muka kau tu, dalam masa seminggu " Sudin berlalu pergi menuju masuk ke dalam bilik air. Aishah mengusap wajahnya. Baru semalam di tampar, dilibas dengan tali pinggang, ditendang oleh lelaki bergelar ayahnya ini.Senang-senang disuruh menyembuhkan kesakitan yang menjalar badannya.

" Aishah semuanya lima puluh ringgit " Aishah menghulurkan wang not lima puluh kepada Pak Talib.
" banyak Aishah beli barang ? " Pak Talib ramah dengan anak gadis Sudin ini. Aishah senyum sahaja. Selepas ucap terima kasih. Aishah mengangkat perlahan-lahan beras satu kilo di paut di bahagian pembonceng basikalnya. Barang-barang mentah dimasukkan ke dalam bakul.
" Aishah " Kamal terserempak dengan Aishah waktu di kedai runcit Pak Talib. Sudah lama dia rindukan wajah rembulannya ini. Aishah cepat-cepat mengikat tali untuk memperkukuhkan ikatan beras di belakang.
" Aishah biar aku tolong bawakkan beras ni "
" tak apa "
" kenapa bibir kau birat Aishah ? Aishah kau kena pukul dengan ayah kau ke ? Ayah kau tu...memang manusia jahat. Sanggup dera anak " Kamal menahan rasa gerammnya. Sudah beberapa kali orang kampung menegur ayah Aishah tetapi lelaki itu tidak mengendahkan teguran itu. Malah pernah ketua kampung mahu mencadangkan kepada Sudin supaya Aishah diletakkan di rumah kebajikan supaya lebih terjaga kebajikannya namun semua itu hanya usaha yang sia-sia. Aishah pula seperti lurus bendul mengikut sahaja kata-kata ayahnya.
" kau kena keluar dari rumah tu " Kamal sengaja meletakkan ke dua belah tangannya ke bahu Aishah. Aishah menepis tetapi Kamal berbuat lagi.
" janganlah! " bagi Aishah, Kamal memang melampau.
" aku cintakan kau " ucap Kamal memualkan hati Aishah.
" aku suka kau. Aku tak kisah pasal ayah kau yang hidup tak tentu hala tu, aku tak kisah emak kau mati kena gantung, aku..."
Pang! satu tamparan mengena pipi Kamal. Aishah memang pantang orang mengungkit kisah ibunya.
" kalau kau suka aku, kau tak patut ungkit kisah keluarga aku. Aku dah agak, satu hari nanti semua orang yang nak kenal hati dan perasaan aku akan ungkit keburukan keluarga aku " Aishah mengalirkan air mata. Pahit untuk ditelan terus dia menghayun basikal sekencang yang mungkin.
Kamal mengusap pipinya, perit dirasakan. Kekesalan bertandang di jiwanya bila terlepas cakap. Aishah! Maafkan aku.

" Aishah! " tutur Azraai sewaktu dalam kereta. Pemanduannya bertentangan dengan kayuhan basikal Aishah. Dia ingin balik ke kota, Aishah pula dari mana dia tidak ketahui. Baru sejam tadi dia bersua tanpa bersuara.
" siapa bang ? " tanya Afifah hairan, Azraai memanggil nama ' Aishah '. Bermimpi ke ? soal hati Afifah.
" ha ? " tanya Azraai kepada Afifah pula.
" abang panggil siapa ? "
" tak " jawab Azraai sambil kakinya giat menekan minyak kereta. Kenapa Aishah seperti menangis ? soal Azraai.
" baru sehari dekat sini dah terpikat dengan anak dara kampung ni " seloroh uminya. Mereka tertawa. Afifah yang duduk di sebelah pemanduan abangnya menjeling wajah abangnya yang merah merona. Apa betul ? getus hati Afifah mahu menyelidik.
"apa salahnya kan umi " Azraai memandang uminya yang berada di tempat duduk belakang bersama Arisa.
" kalau betul pun...buatlah yang terbaik. Yelah, kuota Az ada empat. "
" kan abang cintakan Kak Mel sorang " getus Afifah. Azraai tersenyum sahaja bila memberi respon kepada adiknya.
" a...abang suka ka..kak tu " Arisa mula bersuara. Azraai berkerut dahinya. Apa yang Arisa tahu ? fikri Azraai.
" siapa Arisa ? " tanya uminya.
" d...dia cantik. pakai tudung " Arisa membayangkan wajah Aishah. Arisa berminat dengan wanita pada malam majlis cukur jambul Razali tetapi sukar meluahkan kepada sesiapa berangkali dia hanya melihat wajah Aishah sepintas lalu.
" pandainya anak umi ni...tengok Az, Afi. Arisa dah pandai memilih. Cari kakak ipar yang bertudung. Tutup aurat "
" wah! selera tinggi . Abang macam mana ? Dah menyesal " Afifah pula bersuara.
" hmm...okey! Abang sahut cabaran " ujar Azraai.
" that's right " Afifah menyahut cabaran abangnya. Dalam fikirannya terbayang wajah Camelia bertudung.
Azraai tersenyum...ada bunga-bunga yang boleh dia meneruskan perancangan bernikah dengan Aishah secepat mungkin.

" Aril, kau dah nak balik ? " tegur Safuan, rakan karibnya. Aril menyarungkan pakaian sepantas mungkin apabila Afi memberi mesej bahawa mereka kini berada di Sungai Besi.
" aku kena balik awal beb! Umi aku on the way. Dahlah aku tipu umi aku . Mampus wei! " Aril bergegas mencapai dompet, kunci kereta dan handset di atas meja lampu.
" kita buat apa aje...dekat sini. Just plan birthday Ruby. Kau...yang nak check in dekat sini lepas..."
" dahlah, aku memang tak sengaja ambil pil tu. By the way, kita sama-sama lupakan hal ni. Ini last warning " kekesalan bertandang di hati Aril apabila buat pertama kalinya dia mengambil pil khayal pada malam sambutan hari jadi kekasihnya, Ruby. Semuanya hanya keseronokan sementara.
" kau yang kena cabar dengan Ruby. Aku pulak yang kena. Kau tahu tak, aku yang hantar kau ke sini tau. Ucap terima kasih dekat aku " bebel Safuan.
" thanks. Aku blah dulu " Aril terus keluar dari suite itu. Habislah kalau abang aku tahu aku melabur banyak dekat suite ni! getus hati Aril berjalan keluar.

" Aishah maafkan aku. Aku tak sengaja cakap macam tu dekat kau " demi cintanya, Kamal mendatangi Aishah di rumah tetapi tidak di depan pintu rumah seperti biasa tetapi di luar bilik Aishah. Aishah mendengar suara Kamal dari balik papan usang di biliknya.
" aku tau kau dekat dalam, bukaklah tingkap ni..."Aishah diam tidak berkutik. Dia duduk meringkukkan pahanya kebadan mengecilkan diri di balik bucu dinding biliknya.
" aku tau kau marahkan aku sangat tapi kau takkan tak tunjukkan muka sekali pun "
macam mana aku nak tunjukkan muka aku dekat Kamal dalam keadaan begini, Aishah menyentuh tepi matanya. Inilah bahagian yang Kamal belum lihat. lebam yang kian . Entah kenapa dia rasa kabur dengan pandangan matanya. Kepalanya mula pusing. panggilan namanya dari Kamal tidak diendahkan.
" Kau nak masak ke duduk dalam bilik ni, keluar ! " pekik Sudin. Aishah yang mula ingin rebah terbangun. Suara ayahnya mengugat perasaanya, digagahkan bangun. Direnung sejenak papan biliknya. Kamal masih memanggil namanya tanpa jemu.
Sudin kurang sabar terus menolak pintu yang sudah usang itu. Aishah terpempam.
" Aishah, aku sayang kau. Kau dengarlah, bukaklah tingkap " rayu Kamal. Sudin melihat ke arah tingkap kayu itu. Aishah mengigil ketakutan.
" siapa dekat luar tu ? " Sudin menjegilkan matanya.
" K..ka...Kamal "
" sejak bila kau berhubung dengan dia ? " Aishah geleng selebihnya dia tunduk. Sudin mula menghayunkan tangan ke pipi Aishah tetapi terhenti. Aishah yang menunggu tamparan itu hanya mampu berserah sahaja. Sudin merasakan tidak perlu lagi memukul Aishah kerana anaknya perlu kembali cantik semula dalam masa seminggu ini.
" pergi masak. Biar aku uruskan dia " arah Sudin kendur sedikit suaranya. Aishah bingung dengan tingkah ayahnya.
" cepat ! " Aishah terus meluru keluar.

" anak aku nak kahwin tak lama lagi, aku tak nak kau ganggu dia " Kamal duduk menyembah bumi. Apa benar Aishah akan berkahwin.
" tak pak cik! Aishah pernah cakap dengan Kamal yang Aishah nak belajar " Kamal cuba menidakkan apa yang diberitahu oleh ayah Aishah.
" anak aku takkan belajar. Kau faham tak ? Oh! ye pasal hutang aku dekat bapak kau tu, lepas aku dapat menantu kaya aku akan langsaikan hutang. Baliklah, kau memang tak ada jodoh dengan anak aku "
" satu hari nanti pak cik akan dapat balasan apa yang pak cik cakap dekat saya. Saya tahu, pak cik paksa Aishah. Pak cik paksa dia ikut kemahuan pak cik. Pak cik selalu dera dia "
" suka hati kau nak cakap apa. Dia anak aku. Apa kau peduli. Baliklah " Sudin terus menutup tingkap bilik Aishah. Kamal melutut di atas tanah. Wajahnya tertunduk lesu. Siapa lelaki yang bakal menjadi suami Aishah? Siapa ? Hatinya ditebak rasa sebuah persoalan.












No comments:

Post a Comment