Assalammualaikum....( sila jawab yerk!!!)

Hanya menterjemahkan idea....

About Me

Sunday, May 16, 2010

bab 3

" Alhamdulilah " ucap Syed Azraai Bin Datuk Hamidi. Semua kakitangan bahagian pengurusan projek Menara Pancawarna melebar senyuman disertai tepukan gemuruh sesudah termeterai perjanjian ( MOU ) antara Syarikat kontraktor gergasi di Jerman dengan Menara Pancawarna. Pelebaran Pembangunan Wilayah Selatan dan Timur secara Koridor akan dijalankan serentak mengikut perjanjian yang dibuat. Keyakinan Azraai sebagai pewaris Menara Pencawarna yang cekap membuatkan pihak pelabur asing tidak ragu-ragu dengan keupayaan pewaris itu menerajui Menara sejak 5 tahun.
" You are brilliant guys " puji salah seorang wakil syarikat asing berkenaan.
" Thanks, I'am appreciate what god gave to me. I' am standing here cause support and my faith that so strong to help my late father " ujar Azraai sewaktu jamuan tengah hari. Sesekali berbual dia sempat mengerling jam tangan Rado miliknya. Sudah pukul 12.30 tengah hari, Camelia! teringat tunangnya yang kini sibuk di lokasi pengambaran di Hotel Hilton. Dia ingin memberi kejutan kepada kekasih hatinya itu.
" kita boleh berangkat sekarang " pinta Azraai kepada setiusaha peribadinya.
" baik Tuan " faham benar temujanji yang ingin dibuat Azraai dengan Camelia, selebriti terhangat masa kini. Bermula dari bidaang peragaan kini semakin melonjak naik menceburui bidang lakonan. Dengar cerita Camelia dilamar pihak rakaman suara pula.Untung betul Azraai mendapat wanita secantik Camelia.
" Assalamualaikum Umi, Az ni " sempat Azraai menghubungi wanita inspirasinya itu.
" waalaikummussalam anak Umi. Umi dah tengok TV3. Business news ada muka Azraai. Tahulah anak Umi dah berjaya seperti arwah abi "
" Alhamdulilah umi, semua berkat usaha dan doa Umi jugak. Umi tahu dah lama Az idamkan konsep pembangunan macam ni, membangunkan kehidupan luar bandar. Az nak tolong orang susah, Az nak dia orang pandang ke hadapan. Berdaya saing " ujar Azraai bersemangat.
" yelah anak umi. Az balik makan tengah hari ? "
" nampaknya umi dah terlambat buat date dengan Az. Terpaksalah umi ajak Afi, Aril dengan Arisa makan bersama. Az balik petanglah umi " teringat adik-beradiknya.
" kalau nak buat helah pun janganlah dengan umi. Az tu nak makan dengan Camelia kan ? "
" dah lama tak makan dengan dia umi "
" ajaklah dia datang rumah makan tengah hari bersama "
" takut pulak dia tak selesa dengan Arisa " teringat adik bongsunya yang menghidap Syndrom Down. Sering menganggu Camelia jika datang ke rumah.
" Arisa tak agresif macam dululah. Tak apalah umi faham " Datin Sharifah Kursiah berkecil hati dengan sikap Camelia yang tidak jujur memperhalusi hidup keluarganya. Camelia seperti mahukan Azraai .
" umi kecik hati ke ? Okeylah Az akan pujuk Camelia datang rumah.Umi tunggu ye " demi ketaatan kepada uminya Azraai mengalah.

" you sanggup ketepikan I demi kerjaya you ? Apa yang buat you berubah fikiran " Camelia merentap kameja pelakon lelaki terbabit. Ryzal memandang tajam wajah anak mata Camelia yang berwarna coklat.
" ini demi hubungan kita. I tak nak papa you ingat I nakkan you kerana wang " Ryzal mengelus pipi Camelia. Pasangan pelakon itu benar-benar menghayati watak yang diberikan pengarah.
" really ? " Camelia membiarkan tangan kasar itu mengelus pipinya. Demi watak perempuan yang mengharapkan sebuah perkahwinan dengan kekasih hatinya namun pelbagai ranjau dihadapi demi sebuah kedudukan keluarganya.Agak klise tetapi itu sahajalah cerita yang memenuhi segenap filem dan drama di Malaysia.
Waktu itu Azraai datang dengan jambangan bunga ros putih. Krew di lokasi memberikan tempat duduk khas untuknya bagi menghormati Azraai yang berpangkat VIP.
" yeah! I really love you. " Ryzal mengucup lembut dahi Camelia kemudian mengengam erat kedua belah tangan Camelia.
Cemburu! Tiba-tiba hati Azraai dipagut resah dengan aksi romantik itu. Namun cepat-cepat dihalau perasaan itu. Sedar Camelia hanya berlakon memainkan watak dengan penuh penghayatan kalau tidak kenapa bakat tunangnya ini dihargai dengan merangkul pelakon harapan Festival Filem Malaysia tahun lepas.
" Cut! okey sampai sini. Nice acting " sempat pengarah memuji kedua pelakon terbabit.
" sayang " Camelia yang gembira dengan kehadiran Azraai lantas keluar dari set lokasi dengan berlari anak ke arahnya.Azraai bangun.
" I miss you " ucap Camelia terus mendakap erat tubuh sasa Azraai. Kejap! Ya Allah! tersentak dada Azraai dibuatnya. Serba-sedikit kesakitan pada bekas jahitan di dadanya terasa.Azraai menyeringai sambil mengusap dadanya.
" thanks, jom lunch sayang " Camelia terus meraih jambangan bunga ros putih itu.
" kita kena lunch dekat rumah Az " terus-terang Azraai memberitahu sebelum Camelia cuba merancang makan di restoran kesukaannya.
" okey! " jawab Camelia hambar, terus dicapai tas tangan. Lalu melangkah bersama Azraai. Arisa! terdetik di hati Camelia akan budak tak siuman itu.
" you memang janji dengan umi you ke nak lunch sama-sama? "
" kebetulan bila Az cakap nak lunch dengan Mel terus umi bagi idea kita makan dengan keluarga"
" you tak explain pulak yang you dah booking meja dekat restoran ?" Camelia berharap Azraai merubah fikiran.
" alah...Mel itu boleh dibatalkan. Tak apalah, umi Az dah lama tak jumpa Mel "
" okey! I boleh terima tapi...you kena janji malam ni temankan I pergi party " Camelia menjuihkan bibir tanda permulaan rajuknya. Azraai menoleh sisi paras jelita itu. Berkerut dahinya. Bukankah Camelia memahami dirinya yang tidak suka bersosial.
" I tahu you mesti tolak, nampak sangat you tak memahai kerjaya I "telah Camelia. Azraai ketawa sungging. Bukankah itu ayat sinopsis drama yang dilakonkan tunangnya sebentar tadi. Dia teringat apabila Camelia pernah meminta dia menjadi pelakon ' sekejap ' bagi drama itu. Camelia ingin menghayati lakonan di depan matanya sebelum ke set lokasi dahulu.
Pak Tahar yang memandu di hadapan mencuri pandang tingkah pasangan itu dari cermin pandang belakang kereta. Hampir lebih sedekad mereka berkenalan namun masing-masing masih belum bersedia ke jinjang pelamin. Tetapi ada khabar angin dari villa majikannya dan kini tersebar di dada media hiburan mengatakan pasangan ini akan menamatkan zaman bujang dalam tahun ini juga. Syukurlah! Mereka pasangan yang sepadan. Bagai pinang dibelah dua.
" sayang! Ini bukan party yang pergi club,pub ini post party dekat hotel sempena meraikan filem I yang box office tu " terang Camelia.
" so ? " tingkah Azraai seakan menduga Camelia.
" produser nak I bawak teman. I takkan nak pergi sorang "
" Kak Farah kan ada " teringat pengurus Camelia merangkap pembantu peribadi. Camelia menguak sedikit anak rambut yang berjuntai agak rimas mahu bertelagah dengan Azraai. Di depan masyarakat, di depan media semua mengandaikan mereka pasangan sehati sejiwa namun secara lahiriah mereka juga insan biasa yang suka bertelagah dan bergaduh. Itu normal bagi pasangan bercinta.
" sekarang I tanya you nak temankan I atau tak ? "
" kenapa Az kena setuju dan...kenapa Az tak boleh menolak ? " duga Azraai sekali lagi. Agak lama Camelia cuba memahai ayat yang berputar alam itu. Azraai tersenyum simpul. Tak apalah untuk malam ini sahaja! bisik hati Azraai apabila melihat kesungguhan Camelia meminta ditemankan ke post party.
" maksud you setuju temankan I ? " Camelia memaut lengan sasa Azraai. Hmm...lelaki ini ada muscle berketul-ketul. Mahu sahaja dia rebah dalam dakapan lelaki bernama Azraai ini.
" jadi...you setujulah ?" ulang Camelia.
" I tak janji tau " jelas Azraai. Camelia tersenyum bahagia. Lantas dia melentokkan kepala ke bahu Azraai tanda sayang yang tidak berbelah bahagi. Azraai mengelus rambut lurus mengurai itu lalu dikucup dahi penuh kasih. Namun tiada siapa tahu hatinya gundah-gulana dengan permintaan Camelia.

" abang! " Arisa menjelir lidah dan berlari berjingkit-jingkit menghampiri Azraai.
" sini buah hati abang. abang nak peluk " Camelia yang melihat tidak mahu mencelah tingkah dua beradik itu. Macam tak pernah jumpa setahun! omel Camelia dalam hati apabila melihat keakraban Arisa dengan Azraai padahal mereka serumah sebumbung. Apa malang kau seorang yang cacat ? soal hati Camelia.
" abang! abang! " Arisa suka peluk abang kesayangannya ini. Azraai mencium kedua belah pipi adik bongsunya. Yerk! budak macam ni pun tunangnya boleh cium. Aku yang sempurna macam ni tak pernah dia cium lebih-lebih macam tu! entah kenapa hatinya tidak selesa dengan kehadiran Arisa.
" hari ni adik abang belajar apa dekat sekolah ? " Azraai berjalan bersama-sama Arisa terlupa sejenak Camelia di belakangnya.
" hai kak Mel " Sharifah Afifah anak kedua Datuk Syed Hamidi dan Datin Sharifah Kursiah berumur 25 tahun turut berada di villa.
" hai! sihat ? " sapa Camelia berbasi-basi. Pipi bertemu pipi tanda kemesraan dan saling mengenali antara Sharifah Afifah dan Camelia. Azraai pula sibuk dengan adik kesayangannya itu.
" sihat, bosanlah duduk rumah " keluh Afifah. Camelia melebarkan senyuman. Afifah baru sahaja menamatkan pengajian dalam bidang Perakaunan di Uitm, Shah Alam.
" tak kerja dengan abang ? " tanya Camelia menjeling Azraai yang duduk di sofa hadapannya sambil memberi Arisa makan coklat.Belum sempat Afifah menjawab.
" kerja, hmm...kalau bangun tengah hari macam mana nak kerja " jawab Azraai.Afifah tersenyum malu.
" Afi belum sedialah bang, nanti Afi dah rasa nak kerja Afi datanglah temuduga yang penting abang jadi panel "
" nak bodek abanglah tu " celah Datin Sharifah Kursiah menghampiri anak-beranak dan bakal menantunya.
" Datin apa khabar ? " Camelia bersalam dengan bakal mertuanya.
" sihat, hari ni tak ada shooting ? "
" baru habis " jawab Camelia.
" mana Aril umi ? " Az bertanya
" sekejap lagi sampailah "
" a...abang A..ril clalu lambat,dia...ada mak we " telatah Arisa membuatkan semua disitu tertawa kecuali Camelia yang tersenyum hambar.
" biarlah abang Aril ada mak we, Arisa pun nak pak we jugak ke ? " Arisa geleng apabila Azraai bergurau denganya. Lalu dia ketawa menggelitik.
" dia senyum-senyum, ha! sini abang geletak dia "
" abang...geli...geli "
" Datin, Tuan makanan tengah hari sudah siap " ujar Bibik. Datin Sharifah Kursiah menganguk.
" sorry umi, Aril lambat " terkocoh-kocoh Syed Aril masuk ke dalam villa membuatkan seisi rumah yang yang mahu ke ruang makan terkejut.
" dah jom cepat kita makan " Uminya terus memimpin tangan Arisa. Arisa menunjukkan ibu jarinya kepada Aril. Barangkali suka uminya sedikit memarahi Aril.
" dari mana Aril lepas kuliah ? " tanya Azraai.
" maaflah bang Aril jumpa kawan "
" jumpa Mak we " celah Arisa. Aril menunjukkan wajah garang kepada adik bongsunya. Terus Arisa menikus bagai ular kena patuk.
" hai Kak Mel, hari ni tak ada pulak cerita Kak Mel dalam paper " sengaja Aril memasukkan cerita dunia seni bakal kakak iparnya semasa di ruang makan. Azraai yang mendengar hanya geleng kepala. Sikap sempoi Aril memang diketahui Camelia.Aril sukakan hiburan jadi sebarang gosip mengenai Camelia akan dibawa kepadanya dari mulut Aril sendiri. Jika berasas Azraai akan diamkan jika menganggu gugat hubungan cintanya dengan Camelia nescaya tunangnya itu akan ditegur secara berhemah.
" tak ada nak cerita, tak payahlah nak tulis " jawab Camelia selamba . Aril menjungkitkan bahu. Makin sombong pula diva sorang ni! bedal hati Aril. Dia tengok abangnya buat tidak endah sahaja.
" hish! budak ni makanlah betul-betul " getus Afifah bila Arisa sukar untuk menyuap penuh nasi ke dalam mulutnya yang kecil. Arisa memandang kakaknya, dia terasa hati. Namun dia teruskan suapan menggunakan tangan. Dia berkeras menggunakan tangan apabila umi menyarankan dia makan menggunakan sudu.
" Afi depan rezeki ni...jangan macam tu " tegur Azraai.
" biarkan Arisa kena marah. Dia bukan faham pun orang marah dia " getus Aril. Arisa faham. Dia ada akal juga, dia ada perasaan yang bersatu dengan hati untuk meluahkan pemikirannya walaupun terbatas.
" macam inilah adik-beradik Az, Mel kena faham dia orang selalu gaduh-gaduh tapi baik semula nanti " ujar Datin Sharifah Kursiah mahu menjaga hati Camelia yang pasti terkejut dengan pertelingkahan kecil anak-anaknya di meja makan. Sudah ditegur banyak kali namun kesilapan sering berulang.
" saya faham, Arisa kan anak istimewa " balas Camelia.

No comments:

Post a Comment