Assalammualaikum....( sila jawab yerk!!!)

Hanya menterjemahkan idea....

About Me

Saturday, November 27, 2010

Bab 15

" Nah ! " Aisyah terkejut bila di depannya ada air kotak laici. Waktu itu dia sedang menyemak kembali segala dokumen peribadi dan surat tawaran dalam fail untuk diserahkan semasa tiba di meja pendaftaran kursus. Ditoleh gerangan pemberi air kotak itu. Ternyata Aril yang tersenyum penuh memikat di segenap pandangan matanya.

" ambillah " Aril mengerling pemberiannya. Aisyay mula gusar hatinya. Berdepan dengan Aril membuatkan dia kurang selesa namun dia takut untuk mempamerkan perasaannya.

" Aril! Jangan kacau dia lah " tegur Ramli apabila selesai mengawasi pergerakan pelajar baru masuk ke dalam dewan kuliah.

" sibuklah kau ni...bagilah aku chance " Aril mengenyitkan mata kepada Ramli. Ramli geleng kepala, berlalu pergi akhirnya.

" Aisyah, sebenarnya Aril nak mintak maaf sangat-sangat kepada Aisyah sebab hal semalam. Aril tak terniat pun nak marah-marah Aisyah " panjang lebar Aril memberi kenyataan. Aisyah hanya mendengar sekali lalu sahaja. Mindanya lebih tertumpu kepada dokumen pernikahannya yang mahu dilampirkan sekali bersama dokumen yang lain. Azraai sudah memesan awal-awal jangan berbohong dengan status diri. Aisyah hanya mampu menganguk. Dia tidak boleh menipu lebih-lebih lagi Azraai sudah menolongnya belajar di sini melalui perkahwinan ini juga.

" Jadi...Aisyah sudi maafkan Aril ? " lelak itu berharap kata-kata dari gadis itu adalah titik permulaan perkenalannya dan mahu ada bait-bait cinta di situ.

" hmm..." Aisyah sedar lalu menganguk.

" okey! Kalau macam tu Aisyah boleh panggil Aril. Kita jadi kawan " Aril menghulurkan tangan.Aisyah semakin rimas dengan keadaan ini ditambah lagi dengan Akma yang melihat dari dekat keadaan ini.

" maaf " Aisyah mengambil failnya dan keluar dari dewan. Aril pelik dengan tingkah Aisyah. Agak misteri! detik hatinya. Akma terus membuntuti langkah Aisyah. Rakannya seperti ada masalah dengan kedatangan Aril.


“ entah-entah dia dah ada pakwe tu yang menjauh aje…dari aku” duga Aril sambil matanya fokus melihat Aisyah dan rakannya dari jauh sewaktu makan tengah hari selesai pendaftaran kursus. Ramli menoleh Aril yang muram bila rakannya ini menceritakan kegagalan memikat Aisyah.

“ entah-entah dia dah kawin. Tu yang…” komen Ramli pula. Tadi dia menolong pensyarah dan staf Akademik dan Hal Ehwal Pelajar mengangkat dokumen pelajar baru lalu dia memasang telinga bila antara staf berbual mengenai jumlah pelajar baru yang sudah berkahwin dalam usia muda. Tidak diketahui identiti kerana membongkarkan adalah satu kesalahan.

“ tak Ramli. Aku tak rasa. Aisyah ni macam kekampungan sikit. Tu yang pemalu ”

“ tapikan Aril. Ini bukan cara kau kalau dah minat orang tu. Kau agak terburu-buru " luah Ramli.

" hish! memanglah aku kena cepat. Siapa tak nak perempuan cantik macam dia. Sudahlah aku nak tidur " Bengang sikit Aril bila ditegur begitu. Ramli hanya mampu geleng kepala.

" Aisyah makanlah, abang Aril tak ada dekat sini. Dia tak ganggu Aisyah lagi " pujuk Akma bila Aisyah sukar menelan makanan bila matanya rakus melihat kelibat Aril yang suka menganggunya.
Aisyah menganguk lalu meneruskan suapan.

Tit! kedengaran bunyi mesej daripada handset Aisyah. Lalu Aisyah mengeluarkan telefon bimbit pemberian Azraai dari dalam beg sandangnya. Aisyah terkial-kial mahu membuka mesej. Semalam Azraai sudah mengajarkan menggunakan teknologi ini tetapi dia agak lambat memahami cara penggunaan yang lebih cepat. Akma mengerling Aisyah yang membaca lambat-lambat mesej itu. Akma tersenyum sendirian. Apa Aisyah ada kekasih dikejauhan ? Wajah jujur Aisyah sukar untuk menelaah bila baru dua hari berkenalan.

" Assalamualaikum, Aisyah sihat hari ni? abang risau Aisyah tak call abang semalam. Nanti sempat call abang ye"

Aisyah tersentuh hatinya. Betapa suaminya mula menyintai dirinya tetapi hatinya masih belum berputik perasaan itu namun dia akui Azraai seorang pelindung dan penyayang orangnya.


Sudin mampu tersenyum puas bila tanah arwah isterinya yang dicagar bertahun-tahun dulu sudah ditebus dengan wang pemberian menantunya. Kini berbaki dua puluh ribu mahu digunakan cukup-cukup untuk membayar hutangnya keliling pinggang.

" Kalau tak cukup , aku mintak Azraai. Apa susah " ujarnya dengan penuh lapang dada. Lalu Sudin terus melintas jalan ke arah teksi yang menunggunya.


Aril, ni umi ” Datin Seri Sharifah Kursiah dipanggilan bila Aril seperti tidak kenal suaranya. Sudahlah pernikahan senyap Azraai, Aril tidak hadir. Apa adik-beradik ini bergaduh? Fikirnya.

“ sorry umi, Aril sibuk ni ” ujar Aril mindanya asyik dengan bayangan Aisyah yang sering melarikan diri secara realitinya. Langsung tidak ambil tahu khabar berita keluarga sendiri.

“ Aril tahu tahu tak abang dah nikah sehari lepas ? ” berkerut dahinya bila diberitahu khabar itu.

“ tak umi , betul ke ? ” Aril mengaku juga lantaran dia memang tidak ambil tahu masalah abangnya.

MasyaAllah. Aril kenapa sampai perkara macam ni pun tak tahu. Aril ingat tak abang ada cakap apa-apa dengan Aril masa umi tak ada ? ” Uminya memang benar-benar ingin tahu bagaimana sikap Aril sebenarnya.

“ tak ingat lah umi.Abang Az kawin kena tangkap khalwat ke ? ” intonasi suara cemas umi bila bersoal tentang abangnya membuatkan dia merumuskan Azraai membuat sesuatu yang memalukan keluarga.

“ bukan Aril…dah umi nak kamu balik. Umi dekat KLIA sekarang. Kita kena jumpa satu keluarga ” tegas Uminya.

“ tapi umi…” Aril mengeluh kalau dah penting macam ini pun dia masih tidak ambil tahu.

“ jangan lawan cakap umi ” tegas Datin Seri Sharifah Kursiah.

“ huh! “ Aril mengeluh

Kereta Peugoet yang dipandu Aril memasuki pagar utama villa milik keluarga,bila pintu pagar automatik itu terbuka, pengawal yang berkhidmat selama tiga tahun untuk menjaga keselamatan villa atas bukit menundukkan sedikit kepala tanda hormat akan anak ketiga Datin Seri Sharifah Kursiah. Aril menekan punat auto tingkap kereta sebelah pemandu saat berhenti di pondok pengawal.

“ umi dah balik ? ” tanya Aril mendukkan sedikit mukanya untuk melihat pengawal yang mendekati keretanya gaya faham ada sesuatu yang ingin dibicarakan.

“ dah Tuan, baru tadi Pak Ramli ambik dari KLCC ” beritahunya .

“ okey…terima kasih ” Aril menutup kembali tingkap kereta lalu menyusur masuk jalan ke mahligai indah itu.

“ Umi tak sangka tindakan Az secepat ini. Kalau betul Az dah nikah kenapa tak cuba pujuk Aisyah berjumpa dengan umi sebagai menantu. Kenapa lepaskan dia pergi jauh ? ” Datin Seri Sharifah Kursiah memandang tajam kepada anaknya yang duduk atas ambal seperti pesalah di depannya.

Sesampainya di villa, beliau terus meminta Azraai mengemukakan bukti-bukti pernikahannya seperti yang diberitahu semalam. Diruangan panggilan telefon. Ternyata apa yang anaknya cakap adalah benar belaka dan kini ditangan tuanya adalah surat pernikahan di pejabat kadi Felda Sri 2 . Azraai berkahwin dengan orang kampung di situ. Tidak silap telahan anaknya yang kecil, Arisa mengagak abangnya ada hati dengan anak gadis di situ. Tetapi hati tuanya mengangap hanya gurauan keluarga. Dan…gadis itu ada kaitan dengan masa silam Azraai. Gadis yang berkongsi organ hati dengan anaknya.

“ Maafkan Az, umi. Az belakangkan umi, Afi , Aril dan Arisa ”

“ kenapa umi ? Kenapa dengan abang Az ” Aril terkejut dengan keadaan di ruang tamu villa. Semua ahli keluarga berkumpul dan abangnya seperti pesalah yang bakal dihukum pancung. Semua menoleh gerangan Aril yang baru sampai.

“ kamu Aril, yang ada dekat sini pun tak tahu abang kamu dah nikah. Mana tanggungjawab kamu ”

“ apa umi cakap ni…? ” berkerut dahinya saat mencium tangan uminya. Azraai hanya diam tidak berkutik. Bukan salah Aril dirinya bernikah, bukan salah sesiapa. Salahkan sahaja diriku! Bisik hati Azraai.

“ Ini borang nikah abang, Aril dekat mana masa ni ? ” Afifah menyerahkan surat itu dari tangan uminya kepada Aril yang agak kebingungan. Aril membaca.

“ Aril…Aril dekat…” sukar untuk memberitahu rahsianya bila waktu pernikahan abangnya yang tertera di borang pada pukul 9 pagi dan dia berada di hotel selepas lepak bersama kawan malam itu di kelab malam The Zouk.

“ umi, Aril tak salah ” ujar Azraai berniat mahu membela adiknya. Walaupun tiada siapa yang membelanya.

“dalam hal ni umi tak salahkan sesiapa. Tapi…umi nak beri sedikit kesedaran anak-anak umi. Kamu semua kena sedar kewujudan adik-beradik kamu. Umi tak gemar sikap Aril sambil lewa . Apa salahnya, Aril ikut abang ke kampung ” Datin Seri Sharifah Kursiah memang meletakkan teguran kepada Aril kerana sejak meningkat remaja anak lelakinya ini agak kurang mendengar kata.

“ kenapa umi salahkan Aril ? Abang yang nikah tak beritahu kita…bukan Aril yang buat salah. Kenapa setiap kali salah orang lain umi tetap salahkan Aril. Kenapa umi ? ” Aril lebih memilih sikap melawan teguran uminya.

“ Aril! Sampai hati Aril tinggikan suara pada umi. Aril ingat dah besar ke ? ” hilang ingatannya kepada isu Azraai yang bernikah senyap-senyap berganti dengan kekecewaannya terhadap sikap Aril yang mula berani meninggikan suara.

“ umi…” Afifah mula memaut lengan uminya. Cuba mengawal perasaan umi daripada berlarutan. Aril pula menghela nafas berat. Apa salah dirinya dalam masalah Azraai.

Dalam hati Afifah memang geram, menjadi punca pertelingkahan keluarga ini semua berpunca daripada gadis bernama Aisyah itu. Jika perempuan itu didepan mata memang dibalun dengan ketidakpuasan hatinya.

Azraai bangun, selaku abang biarlah dia mencuba menenangkan ruang yang panas saat ini. Dalam hal ini sepatutnya umi memerahinya tetapi Aril yang kena marah membuatkan adiknya itu agak terbawa emosi dengan teguran uminya sendiri.

“ umi…Aril tak bersalah. Waktu tu Az cuba ajak Aril balik ke kampung niat Az nak kenalkan kepada Aisyah tapi masa tak izinkan Aril ikut sama. Aril dah cakap dengan Az dia ada program dekat universiti. Memang salah Az tak beritahu dari awal. Az yang berahsia dari awal pertemuan dengan Aisyah ” jelas Azraai mengalah dan mengakui kesalahannya. Lepas ini, jika semua ahli keluarga mahu menghukum kesalahannya biarlah dia sanggup menerima padah.

Aisyah asyik menatap tentatif Program Mesra Pelajar yang tertera di helaian terakhir buku pengenalan Uitm. Melihat rangka program, ini bermakna esok adalah hari terakhir dan hari perasmian program yang dirasmikan oleh Pengarah Kampus ini. Dan…malam ini adalah malam kebudayaan. Tadi biro protokol mengumumkan ada persembahan istimewa daripada senior dari Shah Alam malam ini. Kiranya dia faham, malam kebudayaan adalah malam dimana semua yang terlibat dengan program ini akan buat persembahan berbentuk kesenian di atas pentas.

“ nah ambil aiskrim ni” Akma menghulurkan sekotak kecil aiskrim kepada Aisyah. Sejak tadi, gadis ini kerap termenung sendirian. Memang dia mengenali Aisyah yang pendiam orangnya tetapi tidak menyangka pula diri kawannya ini suka berkelana panjang .

“ buat apa aiskrim ni ? ” tanya Aisyah naif . Menyambut huluran itu. Terangkat kening Akma mendengar pertanyaan yang tidak perlu dijawab itu.

“ makanlah…semua dapat aiskrim. Kan kita tengah tak ada aktiviti apa-apa ni ” jelas Akma cuba memberi penjelasan yang terbaik.

“ terima kasih ” balas Aisyah lalu membuka aiskrim itu.

“ hmm…sedapnya. Kita tak pernah makan aiskrim ” luah Aisyah bila ruang antara mereka sunyi seketika bila masing-masing menikmati Aiskrim kotak kecil itu.

“ takkan aiskrim batang pun Aisyah tak pernah rasa ? Ini bagi Akma paling tak sedaplah dekat dunia ” Akma terkejut pula dengan kenyataan Aisyah. Lantas Aisyah geleng. Berkeriut pula dahi Akma dibuatnya.

“ Aisyah hidup susah, mana nak merasa semua ni. Ini kira dah mewah bagi Aisyah. Akma nak tahu, selama dekat sini, kita dapat makan tiap-tiap hari. Aisyah bersykur sangat. Kalau dekat kampung Aisyah jarang dapat merasa makan sedap-sedap. Ikutlah kalau dapat ikan selar kuning tu memang rezeki paling berharga Allah bagi dekat Aisyah. Kalau dapat nasi kosong pun tak apa. Kira bertuahlah tu hidup Aisyah ” Aisyah sekadar meluahkan perubahan hidupnya yang berbeza semasa di Felda Sri 2 dan duduk di kampus.

“ really! Pernah makan nasi kosong tak ada lauk apa-apa ? ” Akma sukar mempercayai.

“ ikutlah kalau kita pungut getah banyak. Dapatlah duit lebih nak beli lauk. Tapi kalau sikit, Aisyah simpan aje...”

“ Aisyah pernah kerja jadi penoreh getah sebelum ni ? ” Akma mula berminat kisah hidup Aisyah.

“ ya…kita pernah kerja pungut susu getah. Kita tolong Mak Usu dengan Pak Usu kita dekat kebun dia ”

“ best tak ? Kita tak pernah kerja tau…lepas SPM kita duduk dekat rumah aje”

“ hehe! Okeylah… selalu Aisyah kena bangun pukul 5 pagi. Waktu tu, pokok getah tengah berumbun lagi. Kulit pokok tu lembut, senanglah Aisyah nak toreh kulit pokok , susu pun senang nak turun dalam mangkuk malah lagi banyak ”

“ he…pandai nyer Aisyah buat kerja-kerja macam tu.Mak ayah Aisyah kerja penoreh getah jugak ke ? ”

“ tak…” jawab Aisyah sepatah. Ruang mesra tadi kembali sayu di hati Aisyah bila Akma mengenangkan arwah ibu dan ayahnya yang masih hidup tetapi menghilang entah kemana pelusuknya.

“ tapi…abang Aisyah macam kerja besar aje. Kira nyer…Aisyah tak payah susah lagilah ” Akma masih kuat ingatannya terhadap lelaki kacak yang bersama Aisyah tempoh lalu. Aisyah hanya tersenyum tawar.

Dia suamiku, Akma. Maafkan aku kerana berdiam. Bukan bermakna aku berbohong tetapi aku masih belum bersedia meluahkan peribadi hidupku yang kuhadapi sekarang , getus hatinya senada berbisik.

“hmm…Aisyah perasan tak, abang Aril tu tak nampak batang hidungnya hari ni ” Aisyah geleng sahaja. Ketiadaan Aril di setiap sudut matanya satu rahmat buat dirinya.

“ Aisyah rasa tak abang Aril macam suka Aisyah ?” Aisyah geleng jua.

“ Aisyah ni…tak supporting lah ” Aisyah hanya diam tidak berbicara. Melihat wajah Akma yang mencuka dia hanya mampu membalas dengan raut wajah yang selamba.

“kita buangkan sampah ni ye…Akma ” lantas Aisyah mengambil kotak aiskrim dalam gengaman tangan kanan Akma , bangun dan menapak ke arah tong sampah berdekatan.

“ Aku on the way sekarang. Sempatlah aku rasa sampai malam ni ” Aril memberi kata pasti kepada Ramli dipanggilan telefon. Suasana tegang di villa sudah kian dingin. Masing-masing duduk menyepi dalam bilik. Aril mengambil keputusan untuk kembali ke Jengka, Pahang. Dia tidak kira jauhnya Kuala Lumpur untuk ke sana. Dia tidak kira perjalanan yang jauh dan mengambil masa. Janji dia dapat berjumpa sang gadis misteri yang kini menyentuh permukaan hatinya.

Sebelum langkahnya turun ke bawah tangga , Aril menoleh bilik kerja abangnya yang bersebelahan perpustakaan. Kebetulan biliknya juga sebaris dengan bilik itu yang turut berada di tingkat tiga villa.

Untuk meminta izin kepada uminya untuk keluar, dia agak keberatan berikutan perang dingin. Kini, abangnya jadi sasaran.

Tok! Tok!

“ masuklah ” Azraai yang tekun meniliti fail dokumen projek barunya dalam bilik kerja terhenti seketika bila ketukan luar bergema dari dalam.

“ bang ” terjengul muka Aril separuh badan dari pintu yang dibuka sedikit. Azraai membalas dengan senyuman seperti tiada masalah besar menghempap dirinya.

“ kenapa Aril ? ” Azraai menutup fail itu mengalih pandang ke arah Aril yang menghampiri meja kerjanya.

“ Aril nak keluar, nanti kalau umi cakap Aril dekat luar KL ” kesedaran Aril supaya tidak ambil lewa jelas masuk dalam telinga adiknya yang ketiga ini.

“ Aril nak ke mana ? ”

“ hmm…Aril nak ke Pahang, ada program Uitm dekat sana. Aril ni…balik sekejap aje tu yang nak balik semula sebab program tu tak habis lagi ” jelas Aril. Azraai melihat ada beg sandang tersarung di bahu Aril, gaya seperti membawa baju.

“ pergilah. Hati-hati memandu . Nanti sampai sana call abang ”

“ terima kasih bang ” Aril mengapai tangan abangnya ingin bersalam.

“ nak ke sana ada duit ? ” tanya abangnya prihatin. Aril sudah mengerling abangnya yang mengeluarkan beberapa not wang kertas dalam dompetnya.

“ adalah sikit ” jawab Aril. Jika Azraai mahu bagi wang saku, dia tidak menolak. Bagai disorong bantal hendaknya.

“ nah, ambil ni buat belanja makan ” Azraai menghulurkan tiga ratus ringgit kepada Aril. Aril senyum bahagia, terus sahaja dicapai wang kertas itu. Sikap abangnya yang pemurah dan tidak berkira buat adik-beradiknya senang mahu meminta apa sahaja kemewahan yang mereka mahu gapai.

“ terima kasih bang. Aril pergi dulu ”

“ hati-hati bila memandu ” pesan Azraai buat kedua kali. Aril mengangguk sahaja lalu melangkah keluar.

Tit! Kedengaran mesej masuk daripada Blackberry Azraai yang berada di atas meja. Lantas Azraai capai.

Salam, Encik Azraai. Aisyah di sini sihat. Alhamdulilah, Aisyah dah daftar kursus .

“ pandai jugak, isteri abang ni bagi mesej. Alhamdulilah ” puji Azraai selamba, lebar senyuman bahagianya bila mendapat mesej pertama daripada isteri tercinta. Bayangan wajah manis Aisyah buat dia tidak fokus sejenak dengan kerja yang bertimbun.

“ senyum nampak” tegur Akma . Aisya tersenyum malu bila membaca mesej yang tertulis di skrin . Bertambah malu bila rakannya sendiri menegur dirinya yang tersenyum sendirian.

‘ Abang cintakan Aisyah ’

Aisyah rasa malu mahu membalasnya. Silapnya juga memberi mesej pertama kepada Azraai. Kini suaminya meleret sampai menghantar tiga perkataan yang mampu membuatkan hatinya bergetar.

“ Aisyah, malam ni kita kena pakai baju cantik-cantik.Aisyah nak pakai baju apa ? ” Akma yang sedang membuka loker, asyik memilih baju kurung yang ingin dipakai. Tidak perasan Aisyah yang baru bernada bahagia tadi kini menjadi sayu hatinya.

Aisyah membuka loker bajunya. Yang ada hanyalah baju kurung lusuh milik arwah ibunya yang menjadi saban persalinannya di rumah dulu. Tidak pernah berganti yang baru malah tidak meminta yang baru kepada sesiapa waima Mak usu dan Pak Usunya.

Tetapi…bila matanya tertatap baju kurung berlipat yang tidak pernah dilihat sebelum ini berada di bahagian bawah loker, Aisyah duduk bersimpuh atas ambil simen itu. Baju baru! . Aisyah keluarkan baju itu dari lipatan.

Sepintas mindanya terawang ke udara…

“ Aisyah suka tak ? ” Azraai memancing perhatian Aisyah untuk meminati sepasang baju kurung moden semasa berada di pekan Jengka tempoh lalu.

“ abang belikan, nanti Aisyah cuba pakai.Mesti cantik isteri abang ni ” Aisyah rasa mahu menitiskan air mata bila Azraai membelikan sepasang baju kurung untuknya sebagai hadiah mahar perkahwinannya yang tidak sempat diberi sesingkat pernikahannya berlaku.

“ terima kasih ” Aisyah memegang erat baju itu. Bagai berada di sisi Azraai waktu ini.










No comments:

Post a Comment