Assalammualaikum....( sila jawab yerk!!!)

Hanya menterjemahkan idea....

About Me

Sunday, May 1, 2011

Bab 19

Sharifah Afifah merenung wajah tampan kekasihnya, sekilas hatinya sebal dengan pernyataan lelaki itu yang masih belum bersedia membawa rombongan merisik ke villa.

" I tak suka kita panjangkan hal ni, you bukan tak tahu I banyak kerja dekat pejabat belum fikir sampai ke situ lagi " ujar Kamarulzaman dengan matanya asyik tertatap pada ruang skrin komputer. Kedatangan Sharifah Afifah ke pejabatnya membuatkan dia kurang memberi perhatian kepada kekasih sendiri lantaran kesibukan bekerja di bawah syarikat abang Afifah sendiri.

" tapi...umi dah tanya pasal kita "

" umi you takkan paksa kita berkahwin " Kamarulzaman berkata begitu kerana sudah 2 tahun dia berhubung rapat dengan keluarga Sharifah Afifah. Baik Datin Seri Sharifah Kursiah dan Syed Azraai sendiri yang menjadi ketua keluarga sekarang, kedua-duanya adalah insan yang baik dan tidak pernah memaksa hubungan cinta antara dirinya dan Sharifah Afifah yang merupakan anak kedua dalam keluarga itu.

"habis kalau tak paksa sampai bila lagi kita nak macam ni. I tak nak jadi macam abang I " apa yang berlaku dalam kisah keluarganya benar-benar mencatat titik kerisauan dalam hati. Dia tidak mahu berperangai seperti Azraai yang bernikah senyap-senyap gaya seperti seorang yang terdesak.

Sharifah Afifah menahan perasaan hatinya yang sebal saat ini dengan cara perwatakan kekasihnya yang selamba itu.
“ I kena tunjukkan prestasi kerja yang membanggakan dekat abang you, tak adalah nanti orang ingat yang I berada di sini atas kesenangan you ” ujar Kamarulzaman dengan melemparkan senyuman sungging kepada teman wanitanya. Afifah mencebik.
“ You tak kerja senanglah…I baru belajar nak tanggung keluarga dan adik-beradik I, esok-esok kalau-kalau gaji I dah seimbang, I akan fikir perkara tu ”
“ Bukan kita tak boleh tanggung sama-sama perkahwinan kita nanti “ celah Afifah.
“ memanglah tapi…itu bukan duit you tapi duit abang you. At least you kerjalah baru I tahu you tak berharap sangat. Cuba merasa hidup susah sikit “ dalam teguran itu Kamarulzaman mengingatkan Afifah yang tidak bekerja selama setahun hanya tahu mengharapakan kekayaan keluarga. Itulah yang dipesan Azraai kepadanya supaya menegur sikap Afifah sendiri selepas teguran abang dan uminya sendiri tidak digunapakai kekasihnya. Kerjanya lebih suka berbelanja barangan mewah dan mahal.
“ I tak ada hati nak kerja, you tahukan masa kita dekat universiti dulu kita habiskan masa untuk belajar, so…bagilah I masa untuk rehat “ 
“ rehat…dah setahun you menganggur “ sindir Kamarulzaman.
“ you ni…memang tak berpihak dkt I selama ini…baik abang Az, umi semua tak faham sekarang you pulak pandai-pandai nak pujuk I kerja sedangkan you kerja dekat sini pun I mohonkan dekat abang Az “ Afifah mula mengungkit pertolongannya setahun lalu kepada kekasihnya yang menganggur 3 bulan barangkali payah mendapatkan kerja di syarikat gergasi yang menapak di Kota Metropolitan.
 Kamarulzaman terpempam dengan kata-kata yang menembak setiap pelusuk hatinya. Sharifah Afifah mula
mengungkit jasa yang ditabur dulu. Lantas Kamarulzaman melangkah keluar daripada pejabat meninggalkan Sharifah Afifah terpinga-pinga melihat kelakuan anehnya.                               
 " Hei...you nak ke mana ?" Jerit Sharifah Afifah dari dalam. Beg tangannya terus dihempas atas meja tanda tidak kepuasan hati dengan sikap Kamarulzaman.


 " Jauh menung " tegur satu suara lelaki mengusik cuping telinga Kamarulzaman. Lantas dia menoleh sisi belakangnya.
 " Tuan " tegur Kamarulzaman sementelaah dia berdiri di atas balkoni syarikat di tingkat atas sambil merenung pemandangan kota raya kini dikejutkan dengan kehadiran Azraai.
 " tak perlulah ber " tuan " Kam tu bukan sesiapa pun" ujar Azraai melangkah mendekati Kamarulzaman. Pemuda itu tersenyum malu, tunduk jelas menampakkan diri seorang yang rendah diri. Satu keistimewaan Kamarulzaman yang disukai Azraai adalah pemuda ini sentiasa menunjukkan keperibadiaan yang jujur terhadap sikap sendiri.
 "  hmm...pandai jugak Kam cari tempat ni...sesuai jadikan tempat tenangkan jiwa"apa yang melanda hubungan antara Kamarulzaman dan adiknya sudah diketahui hasil aduan Sharifah Afifah sendiri. Kedatangan ke pejabat ingatkan mahu mula bekerja tetapi hanya mendatangkan masalah sejagat. Dikerling sekilas Kamarulzaman yang diam memandang ke hadapan melihat panorama kota raya Kuala Lumpur. 
 "  kata orang bercinta jangan lama-lama. Apa yang berlaku dekat abang sendiri jadikan pengajaran kepada korang berdua" tutur Azraai selamba memberi imbasan kisah percintaannya dengan Camelia dan kini terkubur sudah keindahan cinta mereka selama 10 tahun.
 " permintaan Afifa terlalu tinggi. Saya tak mampu..." keluh Kamarulzaman jujur mahu memihak dirinya.Azraai terdiam mendengar pengakuan lelaki itu.
 " saya tak setaraf keluarga abang, saya tak ada pangkat tinggi...Afifah mahukan apa yang lebih daripada kemampuan. Sedangkan saya...saya..masih ada keluarga yang perlu ditanggung. Saya bukan orang senang, dan saya akui dapat kerja dekat syarikat abang bukan usaha saya pun tapi Afifah. Saya tak tahu nak balas jasa baik Afifah dengan abang" Kamarulzaman tunduk dengan mengengam kuat besi penghadang balkoni ini.
 " Kalau semua ni berkait dengan duit, abang akan tolong " Azraai melihat kekusutan yang berlaku terhadap Kamarulzaman.
 " tak perlu bang, saya masih mampu cari duit cuma beri saya masa. Abang...saya sayangkan Afifah tapi tak bermakna saya kena ikut telunjuk dia. Dalam hal ni...saya memang tak mampu beri kemewahan kepada dia"

 " abang dah nasihatkan Afifah cuba kikis sikap tu...abang buat yang terdaya. Abang pun akui kesilapan ni beri kemewahan kepada adik-adik abang sampai lupa perangai dia orang datangkan kesan tak baik.






















 

1 comment: