Assalammualaikum....( sila jawab yerk!!!)

Hanya menterjemahkan idea....

About Me

Tuesday, January 11, 2011

Bab 18

Waktu yang Aril tepati dengan uminya untuk balik ke villa telah dimungkari. Aril masih setia mendengar bicara Aishah yang berkisar kisah hidupnya. Aishah tidak takut-takut lagi dengan dirinya bila bercerita kisah malangnya sehingga bagaimana kesengsaraan hidupnya bertukar dengan kebahagiaan bila mendapat bantuan daripada seorang penderma hati yang dirahsiakan namanya.

" habis...takkan Aishah tak tahu langsung pasal penderma tu ? " soal Aril agak pelik.

" tak...sampai sekarang. Bila Aishah tanya Mak Usu, dia cakap seseorang yang nak buat kebajikan " jelas Aishah.

" hmm...betul jugak. Orang buat baik tak nak tunjuk-tunjuk . Macam abang Aril tu..." Aril mengingatkan abangnya, Azraai yang lebih suka merendah diri bila berbuat kebajikan.

" hah! abang Aril ada abang ke ? "

" ya! Abang Aril tu...selalu bantu orang susah. Sampai sanggup kahwin dengan orang susah "

"tak salahkan..." betah Aishah menjawab.

" memang tak salah tapi...buat nyer kawin senyap-senyap time kita orang tak ada dekat rumah. Apa cerita buat baik macam tu..." Aril melahirkan ketidapuasan hatinya berikutan uminya yang menyalahkan dirinya apabila abangnya berkahwin secara senyap.

" habis sekarang, keluarga macam mana sekarang ? " Aishah kian menerima Aril sebagai kawan yang bertukar cerita hidup. Aril rupanya anak orang kaya.Patutlah semua benda dia nak, termasuk aku! detik hatinya bila memikirkan perangai. Melihat Aril samalah perangai dengan Kamal.

" entah! Aril tak ambik tahu . Bagi Aril, kalau abang Aril tu dah kahwin redha ajelah. Ah! tak payah pikirlah pasal siapa perempuan yang jadi kakak ipar Aril tu. Bosan! " dengus Aril di akhir kata. Aishah tidak berani berbalas pendapat. Dia pun tidak tahu apa yang akan berlaku kepada dirinya bila berhadapan keluarga sebelah Azraai suatu hari nanti. Boleh ke ahli keluarga Azraai menerima gadis kolot sepertinya ? mengelamun dia mengingati masa hadapan yang masih sangsi. Azraai sudah menolongnya keluar dari kepompong kemunduran hidup. Azraai bagai membawa dia ke arah cahaya yang terang untuk masa hadapannya.

" kenapa ? " Aishah terkejut bila Aril merenungnya sewaktu berkelana entah ke mana. Aril tersenyum.

" sudi berkawan dengan saya ? " pinta Aril entah ke berapa kali.


Haji Syed Khalil dan isterinya sedang bersantai di anjung rumahnya. Waktu itu, menjalar perlahan kereta BMW 7 Series masuk ke dalam perkarangan rumah mereka.

" kak Pah,bang " tegur isterinya, Hajah Fatimah kepada Haji Syed Khalil yang bangun dari kerusi rotan yang terletak baik di sudut ruang anjung yang terbina dari kayu kukuh. Kakak iparnya sudah pulang dari luar negara. Dia tidak mengetahui langsung. Jangkaannya, mereka sekeluarga akan berada sebulan di negara orang.

" Assalamualaikum " keluar sahaja dari pintu kereta belakang, Datin Seri Sharifah Kursiah dengan wajah yang sugul memberi salam. Wajah suami isteri dipandang dengan seribu satu makna. Bergaul rasa ingin tahunya dengan rasa sedih berbolak-bolak akan pernikahan Azraai dan gadis bernama Aishah membuatkan dia ingin bersemuka dengan orang terdekat yang mampu meneguhkan keyakinannya bahawa anak sulungnya sudah bernikah. Dia mahu bukti dari saksi terdekat. Kedatangannya ke Felda Sri 2 semata-mata untuk mengetahui secara jelas perkara ini.

" kak Pah " tegur Hajah Fatimah bila wajah tua itu bagai di undang masalah terpegun. Lalu, dia keluar, mencapai selipar dan memeluk tubuh wanita itu. Datin Seri Sharifah membalas dengan tangisan teresak-esak.

" masuk dulu, kak Pah " pelawa Haji Syed Khalil.

" saya nak jumpa besan saya tu...mana rumahnya " baru reda sedikit permasalahan yang berlaku. Datin Seri Sharifah Kursiah sudah menyatakan keinginan untuk berjumpa dengan kedua belah keluarga Aishah.

" Aishah rapat dengan Mak Usu dan Pak Usu dia. Mak Usunya tu...adik kepada Sudin, ayah Aishah. Kalau Kak Pah nak jumpa si Sudin tu...dia dah lama menghilang lepas nikahkan Aishah dengan Azraai. Sekarang rumahnya dekat sini nak kena jual. Ada orang nak beli kata penghulu kampung " jelas Haji Syed Khalil.

" tolonglah bawak saya ke sana " rayu Datin Seri Sharifah Kursiah.

" apa...Aishah tak kenalkan susur galur keluarga dia dekat Kak Pah ke ? " soal Hajah Fatimah cuba melarikan sedikit permintaan birasnya.

" tak, malah saya tak sempat berjumpa menantu saya.Aishah ambil keputusan nak belajar. Az tolong dia sambung belajar. Puas saya pujuk Az bawak dia ke sini tapi...Az tak bagi kata putus lagi " jelas Datin Sharifah Kursiah.

" hmm...baiklah. Bolehlah kita jumpa dengan Yahya tu. Rasa nyer dia ada dekat rumah petang-petang begini " tukas Haji Syed Khalil.

" terima kasih, dik " ucap Datin Seri Sharifah Kursiah. 


Selang-seli wajah ibubapa kepada pengurus perhutanan Felda Sri 2 dan seorang wanita separuh abad umurnya yang tidak dikenali ditatap oleh  Yahya dan Rosmah. 


" ehem! Maafkan kami, Haji, Hajah rumah kami ni...tak selesa sikit " sapa Yahya ramah, sementara isterinya turun ke bawah rumah menuju ke dapur mahu membuat air untuk tetamu. 


" tak apa, kami tak kisah, isteri Yahya tu janganlah susah-susah hidangkan air " balas Haji Syed Khalil. 


" tetamu datang lagi-lagi Haji dan Hajah berdua. Oh...yang sebelah Hajah siapa ? " Yahya duduk bertentangan dengan mereka. Fokus matanya mengarah kepada wanita separuh abad itu. 


" nama saya Sharifah Kursiah. Hmm...saya ni...saya...ibu mertua Aishah " 


" Ya Allah, ya ke ? Aishah macam mana dekat sana ? Anak tu sihat ? Dia bahagiakan dengan Azraai ? " berbakul-bakul pertanyaan Rosmah saat dia menatang dulang berisi air kepada tetamu di rumahnya ini . Perasaan ingin tahunya membuak akan perkembangan hidup Aishah setelah pergi menghilang di bawa Azraai seminggu lepas. Ternyata, dia rindukan Aishah Sofea. Anak saudaranya itu mungkin sahaja sedang berbahagia dengan suaminya.


" hmm...saya belum jumpa Aishah " luah Datin Seri Sharifah Kursiah. 


" tapi...Azraai dah bawak Aishah pergi " tukas Rosmah menoleh suaminya. Yahya menganguk, selepas pernikahan Aishah dengan Azraai, malam itu juga mereka sudah menghilang tanpa khabar berita hingga ke hari ini 


" sekarang Aishah berada di Uitm " tutur beliau hingga membuatkan kerutan di dahi emak dan bapa saudara Aishah.


" kenapa Aishah lari daripada Azraai. Saya tak percaya Aishah buat macam ni. Azraai baik orangnya " sanggah Rosmah. Dia sukar menerima berita ini walaupun percaya kata hatinya Aishah lari pada malam itu untuk melanjutkan pelajaran. 


" saya tak pulak rasa begitu, cuma...anak saya, Az mahu membantu Aishah belajar. kedatangan saya ke sini hanya mahu berjumpa dengan besan saya. Di mana ayah Aishah sebenarnya ? " 


" sebenarnya, Sudin tak pernah jaga Aishah . Sudin seorang penagih dadah. Lepas ibu Aishah dihadapkan ke mahkamah , penjagaan Aishah terabai. Kami yang bertanggungjawab menjaga. Sudin lepas tangan kerana masalah yang dia hadapi. Kerap masuk pusat serenti penyebab Aishah jauh dari kasih sayang ayahnya sendiri "jelas Yahya mengungkap kembali secebis kisah perit yang di hadapi Aishah dari usia kecilnya yang kekurangan kasih sayang ibubapa sendiri. 

" semua kena faham, Aishah tak pernah dapat kasih sayang. Kami bersetuju dengan cadangan Sudin supaya mengahwinkan Azraai dengan Aishah sebab mahu melihat kebahagiaan Aishah sendiri. Kami ingat, Aishah sudah melupakan niat ingin belajar tetapi baru kami dapat tahu sekarang, Azraai sedia berkorban berpisah dengan isteri sendiri untuk menunaikan permintaan Aishah sendiri untuk ke universiti tu..." keluh Rosmah. Yahya mengelus bahu isterinya menenangkan rasa gundah-gulana yang tersisir rapi dalam hati mengenangkan berita yang terbaru berkaitan Aishah. 


" Bukankah mereka berdua berkongsi hati "ujar Datin Seri Sharifah Kursiah. Suami isteri itu saling berpandangan. Benarkah apa yang diberitahu Datin Seri Sharifah Kursiah ini sendiri.


" maksud..." Yahya inginkan kepastian. 


" kisah sepuluh tahun dulu, saya tak sangka mereka berdua bertemu semula. Bila saya ingat semula baru saya kenal Aishah yang dulu masih anak kecil kini sudah belasan tahun. Cuma...percintaan mereka berdua adalah rahsia yang tuhan aturkan. Mungkin sahaja mereka berdua boleh bercinta selepas berkahwinan ini. Saya cuma berharap, Azraai bawak Aishah berjumpa saya. Kalu boleh...mintak tolong dengan semua yang berada di sini pujuk Aishah " berharap Datin Seri Sharifah Kursiah. Hening seketika suasana rumah itu mendengar harapan ibu mertua Aishah. Mereka bagai bersimpati akan kisah pergolakan keluarga Datin Seri Sharifah Kursiah selepas kematian suaminya 8 tahun dahulu.














No comments:

Post a Comment