“ Aisyah…abang Aril buat persembahan “ tegur Akma , Aisyah yang leka dengan alamnya kembali memberi perhatian. Fokus deria telinganya mendengar tepukan gemuruh daripada warga Uitm dan deria matanya mengamati pemuda tampan berkameja hitam dengan gitar diriba. Lelaki bernama Aril ini memang tampan di setiap sudut pandangan manusia di sini. Tetapi hati Aisyah tidak ke situ. Dia hanya mengamati Aril bagai tiada perasaan.Ada sekuntum mawar putih dalam gengaman Aril, agak romantis gaya persembahan yang akan buat penonton bakal terpesona.
“ Assalamualaikum…untuk kali pertamanya saya akan buat persembahan sulung demi kamu semua. Lagu yang istimewa buat saya dan berharap malam ini bermakna buat kalian semua…terima lah…” petikan pertama gitar bergema. Aril mencari sasarannya, Aisyah duduk di sudut tepi kanan sekali. Wajah igauannya akan di luahkan dalam lagu ini.
“Beribu bintang dilangit
Kini menghilang
Meraba aku dalam kelam
Rembulan mengambang
Kini makin suram
Pudar ilhamku tanpa arah
Sedetik wajahmu muncul
Dalam diam
Ada kerdipan ada sinar
Itukah bintang atau rembulan
Terima kasih kuucapkan” Aril sempat memberi senyuman menggoda kepada Aisyah yang selamba tanpa reaksi terhadap ekperesi lagu Kau Ilhamku.
“Izinkan kumencuri bayangan wajahmu
Izinkan ku mencuri khayalan denganmu
Maafkanlah oh...
Andai lagu ini
Mengganggu ruangan hidupmu
Kau senyumlah oh...
Sekadar memori
Kita di arena ini
Kau ilhamku
Kau ilhamku...” Aril bangkit turun dari tangga pentas , dengan senyuman lebar, dia menuju ke arah Aisyah.
“ Kau Ilhamku…” Aril menghulurkan sekuntum bunga mawar putih kepada Aisyah. Aisyah kaget. Semua penonton melihat keadaan itu.
“ untuk Aisyah ” tutur Aril perlahan. Berdebar-debar hatinya umpama bunga itu penyerahan hatinya.
“ Aisyah, ambillah” bisik Akma. Aisyah serba-salah. Drastik Aisyah geleng, malu dan tertunduk.
Lantas Akma memegang tangan Aisyah supaya menyambut huluran itu. Aisyah terkejut, terpaksa dia mengambil bunga itu. Aril tersenyum. Permulaan yang positif.
“ terima kasih ” ucap Aisyah dalam hatinya sudah serba salah dengan pandangan mata khalayak ramai. Aril benar-benar membuatkan dia malu dan mahu menangis di situ juga. Dia tidak suka semua ini. Dia tidak boleh berpaling kepercayaan kepada Azraai. Kenapa dunia tidak faham dirinya adalah isteri orang. Kenapa ada orang yang ingin mendekati dirinya. Kenapa, Ya Tuhan! Bisik hatinya.
“ abang Aril minat dekat awak ye? Dari hari tu dia suka tengok-tengok awak ” seorang pelajar perempuan mendekati Aisyah, sengaja mahu mengetahui pemilik bunga mawar putih pemberian Aril. Aisyah geleng sahaja seperti kebiasaannya.
“ dia tak nak cakaplah…malu ke ? ” soal pelajar perempuan itu. Aisyah terpelangah. Kenapa bertanya soalan bukan-bukan sedangkan dirinya tidak bersalah dalam hal ini. Aisyah rasa mahu menangis. Jika dahulu, dia menangis kerana dipukul ayahnya tetapi kini dia ingin menangis bila manusia seperti menghantui hidupnya dengan kata-kata yang kurang enak untuk didengar.
“ Aisyah tak ada apa-apalah dengan abang Aril tu…” tegas Akma berniat membela Aisyah.
“ kalau tak kenapa abang Aril bagi bunga dekat dia ? ” tanyanya ingin tahu.Akma kurang sabar dengan pertanyaan yang buat Aisyah kian tertekan.
“ Akma…” perlahan separa berbisik Aisyah mahu menyekat rakannya ingin berbicara tetapi Akma terlebih dulu terlepas cakap.
“ salah ke…dia nak bagi bunga dekat Aisyah. Bukan ada niat apa-apa pun” bela Akma.
“ tak salah pun…” perempuan itu terus beredar pergi dari situasi tegang yang dicipta antara dia dan Akma.
“ penyibuk…” dengus Akma. Aisyah mengetap bibir. Dalam satu masa Akma memang menyelamatkannya tetapi ada suatu perkara yang buat dia tidak berkenan di hati, Akma terlalu kasar bila mencapai tahap tegang dalam perbualan. Semua itu untuk melahirkan rasa ketidakpuasan hatinya.
“ terima kasih ” ucap Aisyah. Akma memandang raut wajah putih bersih rakannya. Rakannya ini terlalu cepat mengalah.
“ awak ni…janganlah mudah mengalah. Dah mulalah tu nak menangis. Awak kena ingat tau, dekat sini tak ada siapa boleh desak atau buli awak sesuka hati ” tegas Akma berbicara. Aisyah membantutkan diri seperti kecil sahaja tubuhnya bila ditegur sebegitu. Akma berbeza dengan dirinya. Akma pandai bergaul dan petah untuk berbicara dengan orang yang tidak dikenali. Dia…masih ditakuk lama,ibarat katak bawak termpurung. Dia gadis yang mundur dari segala aspek. Kehendaknya mahu ke Menara gading tidak selari dengan keadaan semasanya yang jelas menampakkan dia agak keterbelakang.
“ please…aku bagi kau berapa banyak yang kau nak, asalkan kau tolong aku bawakkan Aisyah ke sini. Aku nak sangat jumpa dia ” Aril agak terdesak mahu berjumpa dengan gadis misteri itu. Langkah pertamanya sudah Berjaya, kini…dia mahu langkah selanjutnya. Dia memang mahu Aisyah tahu, dia ada perasaan cinta kepada wanita itu. Dia tidak kira apa yang perlu dikorban demi Aisyah. Dia mahu dapatkan Aisyah.
Gadis misteri yang pendiam dan sering menyisihkan diri dari orang lain menjadi ciri-ciri wanita idamannya pula. Dia lupa, Rubi, kekasih hatinya nun jauh di Kuala Lumpur. Dulu dia mahukan gadis lincah tetapi kini sebaliknya. Wajah Aisyah bak puteri rembulan salah satu perkara buat dia tergila-gila sehingga ke hari ini.
“ aku cuba tapi kalau tak berjaya jangan salahkan aku pulak ” ujar pembantu mahasiswi bernama Fina. Memang sudah jadi gosip hangat antara kalangan pembantu mahasiswa, dimana seorang senior minat dengan seorang junior bernama Aisyah. Cuma gosip sebegini tidak dibocorkan antara mereka kerana semua mengangap Aril hanya main-main sahaja. Tetapi pada fikiran Fina, Aril terlalu serius memiliki Aisyah.Dari pandangan mata hingga usaha demi usaha lelaki ini lakukan sehingga tahap memaksa orang.
“ suruh dia turun, esok aku tak sempat nak tengok dia. Esok pagi aku dah nak balik ” paksa Aril.
“ yelah…sabar ” Fina terus beredar mahu menuju ke blok penempatan pelajar perempuan. Waktu malam begini, selalunya pelajar sudah tidur.Tidak tahu pula gadis idaman Aril masih berjaga setelah dapat bunga mawar putih dari Aril pada malam kebudayaan yang selesai tadi .
“ Nak simpan ke nak buang ? ” Akma duduk bersila menghadap Aisyah. Mereka berdua berada di atas katil Aisyah. Aisyah geleng lagi.
“ kalau simpan maksudanya suka, kalau buang maksudnya tak suka” jelas Akma bersabar sahaja dengan perangai Aisyah.
“ kita tak tahulah Akma. Kita datang sini nak belajar. Tak nak main-main” jelas Aisyah pula.
" that's great, so...Aisyah jangan serba salah macam ni, nanti kalau abang Aril kacau Aisyah lagi, berani terus-terang yang Aisyah tak nak ada hubungan apa-apa. Aisyah nak belajar " Aisyah menganguk.
" Assalamualaikum, Aisyah ada ? " terjengul wajah senior perempuan yang mereka kenali.
" kenapa kak ? " tanya Akma. Aisyah turun berhati-hati dari anak tangga katil dua tingkat itu.
" saya, Aisyah, kenapa kak ? "
" hmm...ada orang nak jumpa dekat luar asrama, pergilah turun sekarang "
" tapi...siapa ? " Akma yang turut turun dari atas katil membuntuti Aisyah. Aisyah ingin tahu, dari reaksi wajah kakak senior itu agak tidak senang dengan pertanyaannya.
" turun ajelah. Nanti tahulah " jawabnya hendak tak nak. Aisyah menoleh rakannya yang berada di belakang. Akma geleng tanda tidak tahu siapa yang mahu berjumpanya. Mereka ditebak seribu persoalan akan orang misteri yang mahu berjumpa Aisyah.
" takutlah....Akma " luah Aisyah memaut lengan Akma sewaktu menuruni tangga.
" abang Aril kot..." telah Akma. Terus terhenti langkah mereka menuruni tangga ke bawah tanah. Aisyah mula cuak.
" tak apa, kalau dia nak jumpa Aisyah, waktu nilah Aisyah kena terus-terang " Akma memberi semangat baru kepadanya.
Aril masih setia menunggu kelibat Aisyah. Selang sepuluh minit, Aril mendekati bangunan asrama perempuan itu. Kalau Aisyah berdegil tidak mahu turun, dia tidak ragu-ragu naik, mencari bilik gadis itu.
" Aisyah! " tersenyum lebar, hatinya bahagia bila Aisyah datang juga. Masih melekat baju kurung moden yang dipakai Aisyah semasa malam kebudayaan yang berakhir tadi.
Aisyah kian menghampiri Aril yang terpacak di sebelah kereta miliknya. Akma tidak bersamanya kerana, mahu Aisyah lebih berani berhadapan dengan pemuda ini.
Aril agak gugup pula mahu menuturkan kata. Tadi bermacam-macam susun patah perkataan dia mencantum rasa ingin meluahkan kepada Aisyah tetapi bila gadis ini berhadapan dengannya hilang sudah bait-bait indah yang ingin dilafazkan. Barangkali terpesona dengan wajah gadis ini. Siapalah mak bapak dia ni ? Cantik sungguh anak mereka ini...berbalun-balun suara hatinya memuja kecantikan dan keayuaan Aisyah.
" hmm...Aril...hmm..." Aisyah kaku dihadapannya tertunduk, dia pun tertunduk juga. Aisyah umpama patung dihadapannya tiada respon dan reaksi tersendiri.
" maaf, tadi. Saya nampak Aisyah terus bagi bunga tu " luah Aril agak termengah-mengah seperti berat dadanya dihempap batu-bata.
" tak apa, harap...abang Aril tak ada niat apa-apa. Terima kasih " Aisyah ingin berundur setapak. Tidak selesa berdua-duaan sebegini rupa. Apa orang akan kata waktu malam begini bila lelaki dan perempuan berjumpa, bersama pasti mendatangkan fitnah.
" Aril suka Aisyah " luah Aril tanpa ditahan. Mata Aisyah terkebil-kebil memandang Aril bila pemuda itu menyeru ayat itu.
" Aril nak Aisyah tahu, Aril suka Aisyah dan...Aril nak Aisyah jadi kekasih Aril " lapang dadanya bila sudah meluahkan walaupun gugup sedikit.
" boleh ? " anak mata Aril menusuk ke dalam anak mata Aisyah. Bagai melahirkan satu pengharapan.
" maaf, Aril tak kenal Aisyah. Aisyah takut Aril kecewa nanti " jawab Aisyah ada kekuatan di situ.
" tapi...kita boleh kenal satu sama lain. Aisyah tak mungkin ada kekasih lainkan ? " teka Aril.
" bukan maksud begitu. Aisyah datang sini nak belajar bukan nak main-main. Aisyah dah janji dengan semua orang Aisyah nak belajar "
" tapi...Aisyah boleh seimbangkan. Aril boleh bantu Aisyah bila kita berkawan. Ya! Mungkin kita boleh mulakan dengan berkawan "
" simpan sahaja niat abang Aril tu...Aisyah tak nak. Suatu hari nanti, abang Aril akan kecewa kalau berhubung dengan Aisyah. Aisyah tak nak bagi masalah dekat orang lain. Maaf abang Aril. Aisyah datang ni pun bukan sebab abang Aril tapi...Aisyah ingat pesan arwah ibu Aisyah supaya belajar bersungguh-sungguh " tegas Aisyah memberi kenyataan berhubung niat Aril itu.
" tapi kenapa Aisyah ? Apa sebabnya ? " Aril tidak mahu mengalah dengan keputusan Aisyah. Sudah peluh membasahi dahinya kerana panik dengan cara Aisyah membuat keputusan drastik menolak dirinya. Sebelum ini tidak pernah ada gadis yang menolak dirinya tetapi gadis ini satu-satunya buat dia hilang rasa egonya.
" maaf abang Aril...carilah yang lain. Aisyah tak mampu " ujarnya pasti.

No comments:
Post a Comment