" sihat, ni umi dekat Turki tengah musim sejuk dekat sini. Arisa rindu sangat abang nyer...Afifah pulak dah merengek-rengek mengajak umi ke Mesir pulak " adu Datin Seri Sharifah Kursiah. Azraai di Malaysia tersenyum walau gundah di hati tuhan sahaja yang tahu.
" anak umi dua-dua sihat ? "
" sihat umi. Aril tak ada dekat rumah. Dia sempat mesej aje time Az try call dia banyak kali. Rupa-rupanya ada program pelajar baru. Dia kena conduct "
" yelah...puas umi call jugak . Patutnya dia yang call umi " Datin Sharifah Kursiah agak tersinggung dengan perangai Aril yang kurang memberi perhatian kepada keluarga. Hendak tak nak Azraai, sebagai anak sulung memegang tanggungjawab bila semua adik-beradiknya buat sambil lewa hal keluarga. Melihat Aril dan Afifah membesar hanyalah sekadar menghabiskan duit hasil titik peluh arwah suaminya dan kini anak sulungnya. Mereka berdua langsung tidak mengenang jasa kadang-kadang. Apa salahnya sebagai ibu kerana cukup memberi kasih sayang seadilnya kepada mereka.
" dia sibuklah umi. Tak apa. Nanti Az mintak Aril call umi secepat mungkin. Umi confirmkan balik hari Ahad ni ?"
" InsyaAllah, doakan umi selamat dalam perjalan. Umi dah puas. Sekarang Az pulaklah berehat, pergi bercuti "
" maaf umi, sebenarnya Az ada perkara penting nak cakap dengan umi "
" ye...ada apa nak ? "
" hmm...umi sebelum tu Az nak mintak maaf banyak-banyak membelakangkan umi "
" kenapa Az ? " kurang enak pula perasaannya bila Azraai berkata begitu rupa.
" Az mintak maaf umi. Az tak patut buat macam ni. Tapi...umi kena faham niat Az " Bagai tertelan biji saga Azraai mahu memberitahu hal yang sebenar.
" ada apa Az, jangan sampai umi balik sana sebelum hari Ahad. Apa yang berlaku Az ? "
" maafkan Az umi, Az dah jumpa pilihan hati Az "
" oh...Alhamdulilah. Bila nak bawak jumpa umi ? Nak umi terus meminang " itu sahaja yang mahu diluahkan anaknya. Baginya Azraai terlalu naif bila berhadapan dengannya semua itu atas rasa hormat kepada seorang ibu.
" kami dah bernikah "
" Apa kamu cakap, Az ? " Datin Seri Sharifah Kursiah pula yang terkejut sakan. Mahu diulangi ayat Azraai.
" Az dah bernikah dengan Aisyah Sofea semalam "
" Ya Allah! Kenapa cepat sangat nak ? Kenapa buat tergesa-gesa " memang doanya di Jabal Rahmah supaya Azraai dipercepatkan jodohnya tetapi masakan berlaku sebegini. Dalam hati dia beristighfar banyak-banyak kembali pulih keimanannya bila mengingati semua perjalanan hidup sudah ditakdirkan Allah S.W.T .
" atas sebab yang sama umi, menolong dengan niat Allah s.w.t " ujar Azraai yakin sekali.
" siapa budak tu ? " dalam cemas Datin Seri Sharifah Kursih berdaya lagi untuk bertanya wanita yang tidak dikenalinya itu sebagai menantu.
" perempuan yang Az dermakan hati sepuluh tahun dulu , Aisyah Sofea namanya " Azraai berterus-terang cuba mengingatkan kepada uminya wanita itu ada latar sejarah dengan hidupnya.
" Dia ? Ya Allah ! " Itu sahaja yang Datin Seri Sharifah Kursiah dapat ucapkan.
" restui kami umi " pinta Azraai di akhir kata.
Kisah sepuluh tahun dulu...
" kesian budak ni " Datin Shrifah Kursiah dan Datuk Syed Hamdan sempat melawat anak kecil yang berusia 8 tahun. Anak kecil inilah yang bakal mendapat separuh organ hati anaknya, Azraai waktu itu berumur 25 tahun.
" nama siapa ? " mesra Datin Sharifah Kursiah melayan anak kecil itu yang terlantar atas katil hospital. Tubuhnya kecil tetapi perutnya membusung bengkak. Matanya kuning cair. Semua gejala kerosakan hati memang ada pada anak kecil bernama Aisyah Sofea.
" A..Aisyah " sebut anak kecil itu petah.
" pandainya. Aisyah sihat hari ni ? "
" sihat...kita nak ibu kita " luah Aisyah Sofea mencari seseorang. Sepasang suami isteri yang menjaga Aisyah diam tidak bersuara bila mendengar luahan anak kecil itu.
'' ibunya mana ? " tanya Datuk Syed Hamdan sambil membelai rambut Aisyah.
" ibunya...ehem! Dekat..." sukar lelaki yang merupakan bapa saudara Aisyah memberitahu dimana ibunya berada. Datuk dan Datin hairan.
" ibu dia dekat penjara. Ayahnya hilang tak balik-balik lagi " terus terang isteri lelaki itu memberitahu.
" kesian Aisyah . Sabar ye nak, nanti jumpa jugak ibu " pujuk Datin Sharifah Kursiah kepada anak itu. Datin Sharifah Kursiah sebagai penaung rumah anak-anak kurang bernasib baik faham erti seorang anak yang kekurangan kasih sayang.
Ya Allah! Kenapa Kau kurniakan cinta kepada dua insan berkongsi hati ini. Kau temukan mereka kembali dalam masa yang berbeza ? Datin Seri Sharifah Kursiah duduk bersimpuh atas tikar sejadah mengadu nasib akan jodoh anaknya.
" umi, dah pasti kita balik awal ? " tanya Afifah sambil mendatangi uminya yang masih setia di tikar sejadah. Berita daripada abangnya memang mengejutkan dan Afifah sendiri sudah bertanya lebih lanjut kepada Razali ternyata sepupunya itu mengakui dan berada semasa akad nikah abangnya di pejabat kadi Pekan Felda Sri .
" kita bersiap sekarang. Tolong umi kemaskan baju Arisa " pinta Datin Seri Sharifah Kursiah. Afifah menganguk dalam situasi ini dia mengikut cakap uminya. Sukar menelaah perasaan uminya sendiri. Wajah itu tenang seperti biasa. Tidak seperti dirinya sendiri yang sudah panas hati dengan abangnya dan tidak sabar mahu berdepan dengan kakak iparnya. Perempuan yang merupakan perosak hubungan Azraai dan Camelia. Itu telahnya bila melihat abangnya terlalu drastik memutuskan tali pertunangan dahulu.
Aisyah sukar melapkan mata. Mungkin tempat baru baginya. Dari atas katil dia mendengar butir bicara Akma yang berbual dengan ibunya melalui panggilan telefon. Jam menunjukkan pukul 1.00 pagi namun Akma masih tidak puas menelefon ibunya.
" ibu...Akma rindu. Nanti lepas habis program ni Akma nak balik " setitis air mata Aisyah mengalir ke pipi lalu menitis ke bantal. Ibu! panggil setiap inci hatinya bergema.
Aisyah terus mengubah posisi pembaringan. Mengadap ke dinding. Takut kesedihannya dikesan si kembar bernama Yana yang tidur di katil atas.
Semakin lama, semakin walang. Ada sendu tangis namun cepat-cepat diketap bibirnya. Demi ibu! Aku kena kuat, desis hatinya. Lantas Aisyah cuba melelapkan matanya sedaya mungkin, kerana sebelum subuh sudah di arahkan turun awal.
Wajah itu tiada di depan matanya tetapi bayang-bayangnya sentiasa berada di pelusuk dunia Aril. Baru sehari berjumpa Aisyah, hatinya sudah terpaut dengan kecantikan gadis misteri itu.
" Oh! My God" luah Aril lelah tubuhnya bila jatuh cinta cara begini.
" sudahlah Aril...kau memang cepat tertarik dengan budak freshie " tegur Ramli. Mereka berdua kena berjaga waktu pagi demi tugas mengejutkan siswa baru.
" ini bukan main-main Ramli. Aku..." Aril tunduk meraup rambut yang jatuh ke dahi.
" sudahlah...aku anggap kau kalah " celah Ramli
" ye! Aku kalah. Aku dah kalah betul. Selama ni girl yang datang dekat aku tapi...kali ni lain. Aku rasa...dia ada kuasa magnet sampai aku jadi begini " luah Aril. Ramli tersenyum sungging. Enggan membalas kata-kata Aril.
" mana gitar aku ? " tanya Aril menoleh Ramli dalam keadaan muram. Ramli menyerahkan gitar milik Aril yang dibawa dari bilik tadi.
Jari-jemari Aril terus memetik alunan lagu " Kau Ilhamku "
" Beribu bintang di langit
Kini menghilang
Meraba aku dalam kelam
Rembulan mengambang
Kini makin suram
Pudar ilhamku tanpa arah" Aril khusyuk menyanyi. Tidak dihiraukan suasana dingin pagi itu di luar asrama lelaki.
Ramli hanya mampu geleng kepala. Dah mulalah gila bayang dengan budak junior nama Aisyah Sofea!
" Sedetik wajahmu muncul
Dalam diam
Ada kerdipan ada sinar
Itukah bintang ataupun rembulan
Terima kasih ku ucapkan " Aril sempat melemparkan senyuman manis kepada Ramli. Suara serak-serak basah Aril ternyata menarik perhatian Ramli
" Izinkan ku mencuri bayangan wajahmu
Izinkan ku mencuri khayalan denganmu
Maafkanlah oh
Andai lagu ini
Mengganggu ruangan hidupmu
Kau senyumlah oh
Sekadar memori
Kita di arena ini
Kau ilhamku
Kau ilhamku "
" woi! buat konsert " tegur Sulaiman. Aril dan Ramli mengekeh ketawa bila Sulaiman turut serta bersama mereka berdua.
" Ada tawaran untuk kau, Aril " ujar Sulaiman. Aril dan Ramli berpandangan.
" tawaran apa ? " tanya Aril.
" buat persembahan akustik malam kebudayaan nanti " terang Sulaiman lalu melangkah pergi. Aril melopong. Ramli menunjukkan ibu jari tangan kanan.
"Ya Allah ampunkan segala dosaku. Aku tidak terniat untuk menyakiti hati umiku. Aku hanya hamba yang ingin menolong insan yang lemah. Kau berilah perlindungan kepada isteriku dan keluargaku. Semoga diberkati dengan rahmatMu " Teresak-esak Azraai mengadu kepada Allah s.w.t akan apa yang berlaki dalam hidupnya. Dia perlu kekuatan bila Aisyah sudah berjauhan. Kini dia perlu membina kekuatan sendiri.
Selesai dia menunaikan solat Tahajud, hatinya lebih terarah untuk berehat . Jiwanya tenang selepas mengadu kepada yang Esa . Ternyata masalah baginya nikmat dari tuhan jua. Ada upaya untuk kita selesaikan masalah jika percaya semua ini adalah ketentuan Allah s.w.t.
Aisyah ! rasa rindu menerkam seluruh jelajah hatinya. Kekuatan hidup isterinya mengharungi penderitaan hidup memang menggetarkan hatinya. Permulaan cintanya kepada sang isteri sudah bermula. Azraai sedia membahagiakan Aisyah hingga sanggup berpisah dengan cara begini. Malam indahnya sebagai suami hanya tinggal kenangan. Azraai masih mampu lena seperti hari biasanya tanpa insan bernama isteri di sisinya.

No comments:
New comments are not allowed.