Assalammualaikum....( sila jawab yerk!!!)

Hanya menterjemahkan idea....

About Me

Saturday, November 20, 2010

Bab 13

Saat Aril berpapasan berjalan dalam sesak orang ramai di dewan besar Uitm dia terlihat seorang pemuda persis abangnya.

“ abang Az ” Aril bagai melihat kelibat abangnya di dewan besar Uitm, Jengka. Namun dalam puluhan orang di dalam dewan itu dia hanya merasakan itu satu imbasan otaknya. Walaupun perasaannya berkata benar.

“ Aril, jom ke sana ” tegur Ramli apabila Aril mematung di tengah jalan. Aril terus beredar membuntuti langkah kawannya. Mereka berdua ke bahagian sayap dewan dimana semua pembantu mahasiswa perlu berkumpul di sana bagi persiapan Minggu Mesra Siswa .

“ jaga diri baik-baik ” pesan Azraai sebelum beredar pulang. Hati Azraai kian sayu namun ditahan daripada terpamer dek riak wajah. Aisyah pula dengan rasa tidak sabarnya mahu menempuhi hidup di menara gading.

“ Encik Azraai ” panggil Aisyah saat mahu berpisah. Azraai menoleh buat sekian akhirnya. Aisyah menghulurkan tangan. Jauh dari lubuk hatinya naluri sebagai isteri yang mahukan restu suaminya masih ada. Azraai membalas huluran itu. Lantas Aisyah cium tangan kasar itu. Azraai tersentuh. Segera diusap ubun kepada isterinya.

“ maafkan Aisyah ” ada air mata di tubir matanya.

“ pergilah belajar, abang Izinkan ” ucap Azraai rasa hatinya tenang sedikit. Aisyah bagai memulihkan hatinya. Ah! Bukankah mereka mempunyai hati yang sama.

“ Nama apa ? ” sapa seorang gadis seusianya. Aisyah mengukir senyuman akan sapaan itu. Gadis itu merupakan rakan sebiliknya namun belum sempat dia mengenali lagi.

“ Aisyah Sofea, nama ? ” tanya Aisyah pula melihat raut wajah gadis ini yang manis bertudung litup sama sepertinya.

“ Saidatul Akma, panggil Akma. Hmm…nak panggil apa? Aisyah atau Sofea ? ” Akma ramah bertanya apabila nama rakan sebiliknya ini secantik orangnya.

“ Aisyah boleh. Akma ambil Diploma sains ke ? ” giliran Aisyah pula beramah mesra. Setakat ini dia baru mengenali seorang sahaja iaitu Akma, dua lagi rakan sebiliknya masih belum sempat berjumpa lantaran masing-masing membawa diri atau mungkin bersama keluarga.

“ haah! Mana tahu kita ambil Diploma Sains ? ” Aisyah menjungkitkan bahu lalu tersenyum comel wajahnya.

“ teka aje…”

“ haha! Jadi Aisyah pun budak sains jugaklah ? ”

“ haah! Pandai Akma teka ” mereka berdua tergelak sama.

“ cepat-cepat semua masuk dewan. Kalau lambat, lambatlah korang makan nanti ” berteriak Aril memanggil semua pelajar baru yang berbaris di luar.

“ masuk guna kaki, jangan guna mulut ” sergahnya membuatkan ada yang buat bising menikus diam. Bagi mereka abang fasilitor yang seorang ini memang mulut tak boleh tahan.

“ alah…biasalah tu time nilah dia orang tunjuk kuasa ” ujar Akma selamba. Aisyah Sofea yang mendengar bicara kawannya itu tertengok-tengok abang fasilitor itu. Tak habis-habis menjerit-jerit gaya seperti monyet dapat buah pisang. Aisyah tersenyum sahaja. Dia tidak pernah alami perkara begini, jadi dia hanya ikut arahan sahaja.

“ korang semua baru nak belajar lagi. Masih mentah. Tolong hormat senior-senior kurang. Abang tak nak korang kurang ajar depan dan belakang kita orang ” laung Aril gaya seperi arahan.

“ abang tanya ni…faham tak ? ” laung Aril lagi .

“ faham ! ” bergema suara pelajar baru member jawapan kepada fasilator di depan mereka semua.

“ bagus, lepas ni, abang nak korang semua pergi makan. Lepas tu, balik bilik mandi, dalam masa setengah jam abang bagi tempoh ”

“ ha! ” ada suara-suara pelajar yang tidak puas hati.

“ sekejap lagi dah nak masuk Maghrib. Kita semua kena solat dekat Surau . Ikut tentatif program ”Aril memberi sebab kenapa pelajar kena mengejar masa.

Di Kafe, ada pelajar yang sudah mendapat makanan, ada yang masih berbaris. Aisyah turut sama beratur bersama Akma. Walaupun perutnya sudah diisi dengan makanan tengah hari tadi bersama Azraai. Pesanan kakak senior supaya mengisi perut untuk makan malam kerana ada aktiviti malam yang panjang tempoh masanya .

“ menyampah betul dengan abang tu…garang semacam. Muka aje…hendsome ” omel budak perempuan di belakang Aisyah saat beratur ambil makanan.

“ memang kacak giler…tadi aku baru nampak tag nama dia. Syed Aril ” sokong kawannya akan rupa paras Aril.

“ Aisyah, awak rasa….tak apa yang saya rasa ” tiba-tiba Akma menoleh Aisyah yang berada di belakangnya . Wajah Akma agak mendung.

“ rasa apa ? lapar sangat ke ? ” Aisyah cuba menelah wajah suram kawan barunya ini.

“ kita rindu emak dengan ayah kita dekat rumah. Awak tak rindu ke dekat dia orang ? ” luah Akma lalu bertanya pula kepada Aisyah yang mula disentap hatinya tiba-tiba.

“ rindu jugak…Akma giliran kita dah sampai ” sayu bila Aisyah membalasnya nasib baik dia tidak terbawa-bawa sangat perasaan itu berikutan giliran mereka berdua mengambil makanan sudah tiba.

“ sabar ye…” pujuk Aisyah.

“ hmm…Aisyah baik-baik bawak makanan tu, ramai orang lalu-lalang ” Akma menegur Aisyah apabila lagi sikit kawannya ini terlanggar bahu seorang pelajar perempuan. Aisyah seperti mahu cepat.

" Akma kita kena makan cepat nanti...Ah! " Prang!

"Aisyah...kan kita dah cakap " semua mata memandang kejadian itu. Aisyah hanya mampu tunduk atas lantai memungut pingan dan nasi yang berterabur. Air matanya merembes keluar. Teringat kisah lalu, rezeki yang dia dapat pada malam kenduri Razali berterabur angkara ayahnya dan kini situasi yang lain, dia sendiri menumpahkan nasi sehingga terkena orang di hadapannya.

" habis baju aku, kau kotorkan. Kau ada mata tak bila berjalan. Kau bangun sekarang " Aril agak bengang dengan perempuan yang merupakan pelajar baru di sini.

" maaf, bang " pohon Aisyah. Dia tersedar yang dilanggar adalah fasilator garang itu.

" aku kata bangun " tengking Aril barangkali lupa yang dimarahi adalah perempuan. Sepintas jantung Aisyah berombak kuat. Ketakutan lalu menyerbu datang membuatkan emosinya tertekan. Dia dipukul dengan tali pinggang ayahnya, tak cukup kaki lelaki tua itu menendang tubuhnya sesuka hati. Aisyah takut lelaki di hadapannya buat perkara yang sama ke atas dirinya. Jangan! Ya Allah tolong hambaMu ini tiba-tiba pandangan matanya terus berbalam-balam. Akhirnya dia rebah dengan mata tertutup.

Aril terkejut gadis yang dimarahinya terus terjelopok di hadapannya. Akma memaut tubuh Aisyah. Dalam hati geram dengan sikap lelaki di hadapannya. Kafe mula riuh dan beberapa orang pelajar baru dan pembantu mahasiswa mengerumi kejadian yang berlaku.
" tolong papah dia pergi Unit kesihatan, cepat " arah pembantu mahasiswi. Akma dan seorang pembantu mahasiswi memapah Aisyah . Aril dilanda rasa bersalah. Sikap panas barannya terbawa-bawa. Cepat-cepat dia mengejar dua orang perempuan yang memapah si gadis tadi.

" eh! Apa ni ? " Akma terkejut bila Aril cuba meraih tubuh Aisyah lalu dicempung.

" kita hantar dia sama-sama dekat unit kesihatan " tukas Aril tergesa-gesa mengangkat tubuh kecil yang tidak berkutik itu. Ramli yang diberitahu kejadian itu daripada rakan pembantu mahasiswa yang lain pelik bila matanya menyinggah ke arah Aril yang cemas semacam. Tak pernah mamat ni perangai macam ni dekat perempuan ? fikirnya

Azraai dalam pemanduan ke Kuala Lumpur dilanda perasaan yang kurang menyenangkan bila mengingati isterinya jauh di Pahang. Dikerling handsetnya, Aisyah tidak memberi sebarang mesej atau panggilan daripada handset yang baru dibelikan untuk isterinya . Menyedapkan hati, dia cuba berkira-kira waktu ini Aisyah sibuk dengan program Minggu Mesra Siswa.

" aku mintak maaf Ramli. Okey fine! memang salah aku termarah dia " Aril mengaku dalam panggilan yang dibuat Ramli, suara Aril separa berbisik di talian . Sekejapan dia melihat dari celah langsir yang ditutup dimana Aisyah berada di dalam sedang diberi rawatan.

" Aisyah...nasib baik awak dah sedar. Saya takut tadi " luah Akma yang setia di sisinya. Aisyah masih pusing-pusing kepalanya hanya mampu mengukir senyuman tawar. Aisyah mula sedar setelah diberi rawatan selama tiga puluh minit. Pembantu perubatan yang merawatnya tadi mengatakan tekanan darah Aisyah rendah barangkali kepenatan menjalani Minggu Mesra Siswa. Tetapi Akma sukar mempercayai berikutan apa yang berlaku adalah Aril puncanya.

" Aisyah mintak maaf susahkan Akma. " Aisyah tunduk sahaja wajahnya. Baru masuk sudah timbulkan beban kepada orang lain.

" tak susahpun ada orang angkatkan " ujar Akma selamba mengingatkan Aril yang bersungguh-sungguh membantu Aisyah. Kini dia Semakin lama, rasa seronok berkawan dengan Aisyah walaupun gadis ini agak kekampungan dan mundur sedikit dari segi pakaian.

" dah, jangan cari pasal lagi. Anak orang tu...mana tahu ada sakit jantung ke..."

" kan aku dah cakap sorry, kau tak dengar ke ? Dia just low blood pressure " semakin lama rakannya membebel membuatkan dia semakin rasa bersalah.

" bukan aku yang kau mintak maaf tapi budak tu " ujar Ramli.

“ Aisyah takutlah dengan abang tadi tu…” ngadu Aisyah agak berani kepada Akma. Dia agak senang berkenalan dengan gadis yang sudi menemankan dirinya di bilik rawatan.

“ syhh! Dia ada dekat luar. Nanti dia dengar ” Aisyah terkedu.

" makan nasi ni " Akma meletakkan polistrine berisi nasi bungkus.

" Akma dah makan ? " tanya Aisyah sambil melihat lauk-pauk yang meriah semacam dengan nasi yang membukit. Tak pernah dia merasa lauk ayam masak Kurma sepanjang hidupnya. Teringat kehidupan, tak pernah merasa lauk ayam kalau dapat pun jika ada majlis kenduri orang Felda. Pernah dia dihalau seorang penduduk Felda yang membuat Majlis Perkahwinan anaknya hanya kerana dia bukanlah tetamu undangan ke majlis itu. Ini semua gara-gara dia lapar dan teringin makan nasi minyak, Aisyah waktu itu berumur 12 tahun datang senyap-senyap ke majlis itu bila dapat tahu ada majlis keramaian. Sudahlah dirinya dihalang masuk hanya kerana dia dilabel sebagai anak penagih dadah. Kisah itu benar-benar memalukan Mak Usu dan Pak Usunya. Mujur Razali menolongnya waktu itu dengan memberikan sebungkus nasi berkat.

" abang Aril awak tu...belikan untuk awak sorang aje..." muncung Akma dibuatnya. Akma terbayang wajah Aril yang bengis kini menjadi baik pula gara-gara kejadian ini membelikan nasi untuk Aisyah.

" Eh! Kenapa Aisyah nangis " pelik pula bila dia mengomel Aisyah melayan perasaan pula. Aisyah cepat-cepat mengesat air matanya.

" kita kongsi makanan ni . Akma belum makan " pintas Aisyah memberi nasi lebih daripada dirinya.

" nanti awak..."

" saya nak makan sikit aje...lauk ni cukup untuk kita " telah Aisyah.

" tadi kenapa nangis.Ingat mak dekat kampung ye ? " duga Akma tampak berselera makan bersama Aisyah dalam polistrine.

" tak adalah..." tolak Aisyah mendung wajahnya bila mengingati arwah ibunya yang baru beberapa bulan pergi.

" dah bangun ? " Aril masuk ke dalam apabila terdengar perbualan perempuan. Mereka berdua menoleh gerangan pemuda itu.

" abang Aril ni...bagilah salam nak masuk " celah Akma agak terkejut nasib baik tak terbekik makan nasi. Aisyah diam sahaja. Lebih suka tunduk bila takut dengan lelaki garang ini.Namun rakannya ini sungguh berani.

" yelah...Assalamualaikum wahai adik-adik manis. Hmm...Aisyah kan nama nyer ? " aju Aril lalu mengambil tempat di sisi katil Aisyah. Aisyah takut. Terhenti suapanya. Tidak bagi Akma yang berselera makan.

" waalaikumussalam " jawab Akma. Aisyah hanya menjawab dalam hati.

" apasal kau takut dengan aku. Aku bukannya makan orang " teka Aril bila Aisyah agak gerun melihat wajahnya. Dari sisi , Aril meliar matanya melihat raut wajah Aisyah bak kulit telur yang dikupas. Kulit sawo matang yang cantik bersinar. Terpegun seketika. Namun Aisyah tetap tunduk diam.

" abang Aril kita orang kena pergi program malam ni ke ? " soal Akma berminat untuk berbual dengan abang Fasilator ini.

" mestilah, wajib itukan program korang. Kalau tak buat apalah abang ke sini semata-mata nak conduct korang semua " omel Aril sekejap melihat Akma dan lebih lama melihat wajah Aisyah. Anak siapalah ni ? soal hati Aril akan Aisyah . Lelaki ini memang pantang melihat perempuan cun sedikit.

" hmm...okeylah abang pergi dulu. Abang bagi kelonggaran ni. Korang turun lepas Isyak. Nanti cakap dengan kakak senior korang tu abang Aril bagi free time. Okey...bye Aisyah " Aril tergesa-gesa keluar bila telefon bimbitnya bingit dengan nada panggilan muzik rancak dari lagu Linkin Park.

" Eik! Dah sambung makan balik ? " tegur Akma teringatkan aksi Aisyah bila Aril berada di sini. Menguis-guis nasi dan menunduk lebih.

" malu dengan abang Aril ye ? " telah Akma. Aisyah geleng. Sungguh! Dia takut sebenarnya dengan lelaki garang dan kasar seperti Aril tidak seperti Azraai sopan dan lembut orangnya. Eh! Kenapa aku bandingkan dua pemuda ini ? Tak ada kaitan langsung, desi hati Aisyah. Tiba-tiba dia teringatkan suaminya yang entah berada di mana.


Demi semangat yang berkobar-kobar dalam diri Aisyah untuk belajar. Dia memaksa dirnya untuk sihat semula.

" dah makan ubat ? " sapa Aril lalu duduk bersimpuh sebelah Aisyah yang kebetulan kosong. Aisyah duduk agak terkebelakang sekali bila dia datang lewat bersama Akma . Hanya taklimat cara mengemaskini pendaftaran kursus tetapi mengambil masa sehingga dua jam lebih.

" hah! " Aisyah sedikit terkejut dengan kehadiran Aril di sebelahnya.

" dah makan ubat ? " tanya Aril lembut, tidak berkelip matanya memandang Aisyah.

Aisyah hanya angguk sahaja. Dia tak biasa didampingi lelaki seperti ini. Agak canggung. Aril pula seakan tidak mahu lepas melihat kecantikan Aisyah sehingga lupa tugas yang perlu digalas di sini. Belum pernah dia asyik melihat wajah perempuan sebegini rupa.

" Aisyah cantik " terungkap juga pujiannya sejak menilik raut wajah itu. Aisyah jadi tidak selesa.

" Aril! Kau kena jaga sana bukan dekat bahagian perempuan. Gatal memanjang " tegur Hasyim selaku Ketua perwakilan Pelajar di Uitm, Jengka. Aril tersengih . Aisyah kembali fokus dengan taklimat di hadapannya pemergian Aril merupakan satu kesyukuran kepadanya.


" hmm...bestnya tidur " cetus Akma bila sampai sahaja ke bilik, menerpa tubuhnya longlai atas katil doubledecker setelah selesai taklimat sehingga pukul 12 tengah malam . Akma katil bawah patutlah terus letak badan atas katil. Katil Aisyah berada di atas terpaksalah memanjat tangga besi. Tetapi semua itu tidak menjadi masalah kepada Aisyah. Dia rasa bersyukur dengan kemudahan biliknya. Ada dua katil double decker, empat almari baju yang sederhana saiz dan 4 meja belajar . Tak pernah dia merasa nikmat seperti ini.

" Assalamualaikum " ucap dua orang gadis masuk ke dalam bilik itu. Kedua-duanya tersenyum manis. Aisyah membalas senyuman itu dan berbalas salam.

" waalaikummussalam " ucap Aisyah dan Akma serentak.

" korang kembar ke ? " sapa Akma ramah. Aisyah menoleh gerangan dua gadis seiras itu. Memang ada persamaan rupa dan saiz badan . Salah seorang daripada mereka memakai cermin mata. Cuma tidak diketahui mana satu kakak atau adik.

" haah! salam perkenalan " jawab yang memakai cermin mata. Aisyah menganguk dengan senyuman masih terbias mesra.

" nama saya Fatin Laila. Yang ini adik saya, Fatin Liyana " si pemakai cermin mata memperkenalkan diri sebagai kakak dan turut memperkenalkan adiknya yang bernama Fatin Liyana.

" nama saya Aisyah Sofea "

" nama saya Saidatul Akma, panggil Akma aje..." Akma yang mengantuk tadi jadi hilang bila berpeluang mengenali adik-beradik kembar yang merupakan ahli dalam bilik ini.

" oh...jadi yang kakak namanya Fatin Laila ? " Aisyah mahukan kepastian. Dua beradik itu serentak menganguk. Macam dua jiwa yang sama terpisah badan sahaja.

" panggil Laila " aju si kakak.

" kita pulak panggil Yana. Korang berdua ambik kurus apa ? " tanya si adik.

" kita orang dua-dua Diploma Sains. Awak berdua ? " sahut Akma. Aisyah menganguk. Selebihnya dia mengambil baldinya yang terletak di tepi loker.

" kita orang dua-dua ambil Diploma Perladangan " ujar Yana sambil mengemas sedikit barang yang masih belum dimasukkan dalam loker. Kakaknya pula menolong adiknya setelah selesai mengemas. Tiada perbualan lagi bila masing-masing baru bersua muka.

"Aisyah pandainya awak kemas barang. Tengok tu dah tersedia barang mandi dalam bekas " tegur Akma sedangkan dirinya bersepah-sepah barang dalam loker. Tiada niat mahu mengemas. Pengalaman duduk asrama membuatkan dia malas mahu terkocoh-kocoh mengemas. Ada banyak masa lagi.

" tak adalah tadi ada orang tolong. Aisyah sebenarnya tak reti nak susun atur macam ni " ujar Aisyah yang sebenarnya mahu ke bilik air. Terlintas di fikirannya Azraai yang menyusun segala barang-barangnya. Baik memasang cadar, menyusun makanan dalam loker, dan menyusun barang mandian dalam baldi. Aisyah hanya melipat pakaian sahaja. Azraai terlalu baik buat dirinya.

" oh...yang tadi datang dengan awak tu, abang awaklah ? " tanya Akma. Masih terakam dalam kotak fikirannya pemuda kacak dan tampak berusia daripada Aisyah masuk ke bilik ini mengangkat barang Aisyah semasa hari pendaftaran. Gaya seperti abang. Ke mana pulak makbapak Aisyah ? Fikir Akma.

Aisyah serba salah mengiayakan atau menidakkan. Memang kehadiran Azraai dalam bilik tadi memang wujud Akma dengan keluarganya bagai satu rombongan. Azraai tidak lupa bersalaman dengan bapa Akma yang membantu anaknya mengangkat barang. Malah sempat beramah mesra.

" Akma, awak ada Heater ? " tiba-tiba Laila bertanya kepada Akma yang baring atas katil . Aisyah rasa selamat lalu berlalu pergi menuju keluar bilik terus ke bilik air yang berada selangkau dua bilik dari biliknya juga.













No comments:

Post a Comment