" kau memang pembunuh Sudin " Aishah Sofea yang terkulai layu di tepi tangga hanya mendengar sayup-sayup suara Pak Usunya yang dikenali.
" bang, cepat bawak Aishah, nadi dia dah lemah. Ya Allah! jangan kau pergi nak. Dahlah ibu kau tak ada sekarang " Mak Usu cuba mencempung tubuh kecil Aishah Sofea.
kenapa ayah pukul Aishah! keluh hatinya sewaktu dalam koma. Kenapa dia didera sehingga teruk akhirnya disahkan mengalami bengkak hati. Ayah penagih dadah tegar. Ayah tak pernah insaf. Ayah paksa ibu jual dadah untuk dirinya. Tapi...kenapa ibu yang masuk penjara dulu. Ayah kenapa asyik terlepas aje...itulah persoalan hatinya sejak hari dia dibalun dengan tali pinggang ayahnya.
" Alhamdulilah kita bernasib baik, ada seorang penderma yang berkemungkinan sesuai untuk diberi kepada Aishah. Mak Usu dan Pak Usu sujud syukur apabila ada yang sudi mendengar keluhan nasib anak kecil ini yang didera ayah kandung sehingga mengalami kecederaan pada hati. Tidak menyangka pukulan kuat kepada anak kecil seperti Aishah menyebabkan dia mengalami kecederaan organ dalaman.
" Tak salahkan Az nak tolong budak tu. Az nak mintak restu umi dengan abi " Syed Azraai menatap wajah kedua orang tuanya. DatukSyed Hamidi dan Datin Sharifah Kursiah saling berpandangan. Pengorbanan melibatkan nyawa itu sukar untuk dipersetujui tetapi melihat alur mata jernih anak sulungnya ini membuatkan hati tua mereka meruntun hiba.
" kamu bakal mewarisi perniagaan abi. Abi tak nak kehilangan kamu. Mengerti anakku, dari mana datangnya rasa tanggungjawab kamu itu kepada anak kecil bernama Aishah itu. Sedangkan kamu tiada tali persaudaraan dengannya "
" abi...ini atas kesedaran sendiri. Aishah anak kecil yang tinggal di kampung Razali. Abi ingat Felda Sri 2 "
" maksud kamu...Aishah itu tinggal satu Felda dengan Razali ? " Datin Sharifah Kursiah terkejut. Masakan dia tidak terkejut, anak saudaranya Razali yang belajar bersama Azraai memang tinggal di Felda Sri 2.
" kalau Razali tak ceritakan kepada Az, Az rasa...Az tak tahu pasal kerja mulia ni. Kesian abi kalau tengok Aishah. Budak 8 tahun macam tu masih perlu diberi peluang hidup " Azraai menhulurkan borang akaun penderma meminta umi dan abinya tandatangan.
" kamu ni...apa kata Camelia nanti. Kan dalam waktu terdekat ni kamu dengan dia dah sepakat nak buat majlis pertunangan " Datuk Syed Hamidi cuba mengingatkan tali percintaan antara anak sulungnya dengan model sambilan bernama Camelia. Gadis yang merupakan teman seperjuangan anaknya semasa di Universiti Hamburg.
" Camelia faham. Kami dah tangguhkan tarikh pertunangan. Dia pun...masih dekat sana katanya nak explore dunia modelling di Paris pulak " Azraai menjelaskan apa yang mengusutkan hati ibubapanya. Camelia tidak membantah permintaannya asalkan dia selamat dalam pembedahan itu.
" bagi kami teliti dulu borang ni...umi dengan abi tetap restui permintaan Az. Demi persaudaraan sesama Islam, tiada jurang untuk abi melarang anak abi melakukan kerja mulia ini. Semoga kebaikkan Az dibalas Allah S.W.T.
Azraai melakar senyuman, itulah jawapan yang dia nantikan. Hatinya ini meronta-ronta ingin membantu anak kecil bernama Aishah Sofea itu. Kebetulan yang dia impikan antara ramai penderma yang ingin menderma hati kepada Aishah dialah yang paling sesuai. Tarikh pembedahan akan ditetapkan jika waris keluarga sudah bersetuju membenarkan proses pendermaan hati. Aku bersyukur Ya Allah sebagai hambaMu kerana memberi keringanan untuk aku menjalankan tanggungjawab besar ini. Azraai mengucapkan rasa bersyukur ke hadrat Ilahi.
" terima kasih abi, terima kasih umi " Azraai mengucup tangan kedua-dua orang tuanya lalu mereka berpelukan.
" anak umi mulia sungguh budi pekertinya " ucap Datin Sharifah Kursiah mengucup ubun kepala Azraai. Anak sulungnya yang berusia 25 tahun ini sudah mengerti soal pengorbanan dan tanggungjawab.
" umi dengan abi kena ingat menderma organ ni memang ada masa zaman Rasullulah lagi " Azraai sempat bercerita kepada umi dan abinya sebelum ubat pelali memasuki urat sarafnya. Sebelum dia berniat ingin menderma, dia sudah mengkaji sejarah permindahan organ. Memang diakui sejak zaman Rasullulah sehingga kini. 'dalam hubungan ini, Nabi Muhammad S.A.W telah melakukan replantasi ( menanam semula ) mata Qatada Ibn Nukman yang terkeluar serta menyambung semula tangan Muawith Ibn Afra dan Habib Ibn Yusuf yang terputus ' itulah yang dia baca dalam dalam tulisan Abu Bakar Yang dalam majalah Visi.
Malah, catatan Islam menyebut terdapat kisah menarik semasa peperangan Badar pada tahun 624 Masihi selain rekod menunjukkan bahawa berlaku pemindahan tulang daripada manusia dan haiwan dilakukan oleh doktor-dokor Islam ke atas anggota yang cedera dalam peperangan . Tidak musykil lagi, pemindahan organ tidak salah di sisi agama Islam.
" tolong selamatkan anak saya sedaya upaya doktor jugak. Saya tak nak dia mati. Dia anak yang baik " tangis Datin Sharifah Kursiah sewaktu mendapat laporan daripada pihak perubatan yang Azraai dalam keadaan kritikal. Pemindahan hati yang menambil masa 10 jam itu berjalan dengan lancar keatas penerima tetapi dari sisi penderma ada masalah. Azraai mengalami kondisi tekanan darah tidak menentu kesan keupayaan sistem homoestasis dan metabolism tidak stabil..
" Aishah dah sedar " kelopak mata si kecil terkebil-kebil menahan panahan lampu pendaflour wad. Matanya melilau ke kanan dan kiri melihat apa yang berlaku. Dia tidak faham. Kenapa ada wayar berselirat di seluruh tubuhnya. Kenapa pernafasannya dikawal dengan alat bantuan pernafasan. Dia tidak memahami kesakitan yang dia tanggung selama ini.
" Sekarang baru aku faham. Aku hanya menumpang hati seorang yang berjiwa murni ini " Aishah merenung figura tubuhnya di depan cermin. Ada kesan parut di dadanya yang masih berbekas setelah 10 tahun pemindahan organ itu.
" siapa yang sudi menjenguk penderitaan aku selami ini. Aku rasa, orang tu sangat baik. Dia masih hidup atau tidak. Jika sudah pergi dari dunia ini aku ingin menziarahi kuburnya. Jika masih hidup aku ingin mengutuskan rasa terima kasih kerana dulu aku masih kecil untuk mengerti maksud terima kasih atas jasa yang tidak terhingga ini " Aishah meluahkan perasaan hatinya. Entah kenapa jantungnya berdetak hebat. Aishah menyentuh dadanya.
Lalu dia teringatkan rantai dan gelang emas arwah ibunya yang diberi kepadanya selesai pengebumian seminggu lalu . Dipakai rantai emas ke leher jinjangnya. Rantai tidak berloket itu terletak cantik di lehernya.
" Aishah! bukak pintu ni " Aishah tersentak, ayah! mustahil dia dah keluar ? Aishah terus menyimpan rantai dan gelang dalam laci meja soleknya.
" bukak pintu ni ! " bertalu-talu Sudin mengetuk pintu rumah. Kurang sabar dengan anaknya ini. Aishah bergegas keluar dari bilik menuju ke pintu ruang tamu. Walau langkahnya berat demi pesanan yang tertulis dalam warkah ibunya saat akhir hukuman gantung mengatakan " ayah tetap ayah Aishah. Terimalah dia seadaanya, percayalah dia akankembali kepada fitrah kebaikkan suatu hari nanti ". Lantas Aishah membuka pintu rumah.
" aku dah balik " kini badan kurus melidi Sudin terpampang depan mata Aishah.
" A..ayah " terketar bibir Aishah apabila menuturkan panggilan itu. Seakan tiga bulan yang indah tanpa ayahnya akan lenyap menjadi awan gelap mulai detik ini.
Aishah mengerling susuk tubuh ayahnya di meja dapur saat itu. Wajah tua itu seakan tidak berubah. Sudin langsung tidak mengendahkan anaknya. Apa yang penting perutnya berkeroncong meminta anaknya memasak apabila ruang dapur seperti tidak berasap berbulan-bulan.
" lambat betul kau nak siang bawang tu, kau ni...berangan ke ? " tegur Sudin agak kasar. Aishah yang terkocoh-kocoh selesai menyiang halus bawang tersedar potongan bawang merah itu terlalu lumat. Barangkali asyik tertanya-tanya sehingga diri jauh dari realiti.
" arwah ibu kau ada wasiat apa-apa pada kau ? " Sudin bertanya lantas dibalas dengan gelengan kepala dari Aishah Sofea. Sudin menjeling anaknya itu. Seakan ada sesuatu yang disembunyikan. Aishah tidak berkutik berdiri di depan ayahnya. Entah kenapa kadang-kadang dia takut dengan ayahnya. Lelaki inilah yang menyakiti tubuh badannya. Lelaki inilah penyebab dia lara dalam kehidupan yang terumbang-ambing. Kenapa dia bebas lagi? Kenapa dia...Oh tuhan! bisik hatinya.

" kalau kau tipu aku, siap kau aku kerjakan " ugut Sudin selesai makan. Hanya telur cecah kicap itu sajalah yang mampu anaknya buat.
" ayah..." panggil Aishah berani. Jari-jemarinya erat mengengam pembahu kerusi plastik di meja makan.
" kenapa ? " tanya Sudin pabila bangkit dari kerusi.
" bila kita nak buat kenduri arwah ibu, Aisyah malu dengan orang kampung "
" kau nak sangat hidup dengan ibu kau pergi masuk kubur sama-sama. Kenduri apa...aku tak ada duit nak buat benda-benda macam tu " tengking Sudin berlalu pergi dengan dengusan kasar.
ah! Kesal di hati Aishah bertandang, dalam hati geram bertandang. Sabarlah hatiku ni...usap Aishah apabila mengenangkan hati yang dimiliknya serta perangai ayahnya yang masih tidak berubah. Beli dadah ada aje duitnya...getus hatinya. Bibirnya sengaja diketapkan tanda ketidakpuasan hati.
" bila dia balik rumah Aishah ? " tanya Mak Usu perihal abangnya, Sudin kepada Aishah yang bertandang ke rumahnya lewat petang begini. Aishah pula mengelamun panjang sebelum berbicara.
" semalam " jawab Aishah sepatah.
" ada dekat rumahlah ni..."
" tak jugak, tadi pagi dah menghilang sampai sekarang " wajah yang terpamer pada raut wajah sawo matang itu seakan sukar ditebak oleh Mak Usunya. Tiba-tiba Aishah mengeluh di depan emak saudaranya.
" ada masalah Aishah ? Hmm...beras dekat rumah ada lagi ? "duga Mak Usu selalu isu bekalan makanan ruji yang menjadi bebanan bagi dara sunti ini.
" cukup...Alhamdulilah sumbangan orang kampung hari tu melambak-lambak. Ha! Ini Aishah bagi Mak Usu beras dengan gula sikit. Dekat rumah siapa nak habiskan " Aishah terlupa bungkusan beras satu plastik besar bersama dua kilo gula yang dikendong .
" terima kasihlah Aishah.Hari ni Aishah nak makan malam dekat sini ke ? "
" boleh jugak, Aishah tolong Mak Usu masak tau ? "
" kalau bukan Aishah siapa lagi nak tolong " getus Mak Usunya..
" hmm...mana Kak Laila, dia belum balik kerja ye ? " teringat anak sulung Mak Usunya yang berumur 25 tahun yang kini bekerja di kilang membuat getah tiruan di pekan .
"ada dalam bilik, hari ni ambil kerja malam. Aishah tolong ambilkan Mak Usu asam jawa "
"okey ! " seraya Aishah membuka peti ais mencari asam jawa.
" Mak Usu, bila Kak Laila nak kahwin ? " sengaja Aishah mahu berbasi-basi dengan Mak Usunya kisah sepupunya itu. Mak Usu ketawa kecil. Aishah berkerut dahinya mendengar respon begitu lalu mendekati emak saudaranya.
" Kak Laila kan selalu kenalkan calon suami dia dekat Mak Usu " giat Aishah yang sukar menebak respon Mak Usunya tadi. Dia ingat semasa dia menumpang kasih di rumah ini, pelbagai perkara berlaku antara dia, keluarga ini dan terutamanya Laila. Sikap kurang senang Kak Laila, dia tidak berminat ingin tahu secara mendalam tetapi apa yang dia dapat teliti secara rambang Kak Laila cemburu akan dirinya. Kenapa ? Hmm...sukar ditelah mungkin...Kak Laila takut acap kali membawa teman lelakinya ke rumah ini pasti lelaki-lelaki terbabit akan beralih pandangan kepadanya. Aishah tersenyum. Hendak kata dia cantik, memang dia akui tetapi dia tidak menggunakan aset itu sebagai cara memikat lelaki.
" Aishah pulak senyum-senyum kenapa ? Mesti anak Kak Bedah tu giat Aishah lagi. Budak tu memang sah-sah dah minat dekat Aishah. Nampak nyer..."
" apa Mak Usu ni, dia tu kawan sekelas Aishah " Aishah memuncungkan bibir panjang sedepa. Tanda tidak suka orang mengaitkan dirinya dengan Kamal.
" sebut pasal Kamal, kenapa ayah berhutang dengan keluarga dia ? Mak Usu tahu ? " Aishah merenung Mak Usunya.
" entahlah, Mak Usu tak tahu sangat " kasihan jika diberitahu Aishah bahawa ayah Kamal itu rakan subahat Sudin. Cuma dari segi jenayah Sudin lebih nampak ketaranya berbanding Idris yang masih tidak dihidu belangnya di Felda Sri 2.
" ke ayah hutang dengan Pak Cik Idris sebab nak tanggung pembedahan Aishah dulu, seribu tu baki hutang ? " teka Aishah.
" Mak Usu boleh Aishah tanya lagi, siapa yang baik hati dermakan hati untuk Aishah ? " hidupnya yang berteka-teki kini menjadikan dirinya sudah tidak tertahan untuk mengorek rahsia dirinya daripada orang lain. Hish! Budak ni makin besar makin banyak tanya, Mak Usunya sudah tidak keruan dibuatnya. Tanpa Mak Usu sedari ikan yang sedang digoreng menyerlah bau hangit.
" Mak Usu! Ikan hangus " jerit Aishah tidak semena-mena.

No comments:
Post a Comment