Assalammualaikum....( sila jawab yerk!!!)

Hanya menterjemahkan idea....

About Me

Thursday, May 27, 2010

bab 5

" Umi kenapa abang tu pelik semacam aje ? " Afifah pelik memikirkan perangai abangnya yang lebih suka mengurungkan diri selepas waktu kerja. Kekerapan yang dia lihat abangnya sering berada di tikar sejadah selepas solat berjemaah sehingga waktu subuh. Setahunya memang abang rajin beribadat tetapi taklah sampai boleh jadi beriktikaf sehingga pagi begini.
" abang tak nak diganggu buat masa sekarang ni . Kamu bertiga jangan buat bising dekat rumah " Datin Sharifah Kursiah menjeling Aril yang bersahaja leka menonton siaran sukan di televisyen. Waktu malam begini memang digunakan sekeluarga untuk bersantai berehat menonton televisyen bersama-sama di ruang tamu.
" kenapa umi ? Abang ada masalah ke ? " tanya Aril pula berminat ingin tahu pasal abangnya. Arisa yang cuba-cuba mencuri remote control dari abang Aril tersenyum sungging apabila dapat menukar program kegemarannya iaitu rancangan kartun di Astro Ria.
" adalah sikit. Hmm...Umi tengah pening ni nak beritahu abang kamu pasal majlis cukup jambul anak abang Razali tu. Kita kena pergi tau Aril, Afi " Datin Sharifah Kursiah mengerutkan dahi yang berlapis. Teringat jemputan adik arwah suaminya hari Sabtu ini.Hari ni dah hari Rabu namun Azraai belum diberitahu lagi .
" haah! Abang Razali tu dah dapat dua orang anak. Abang belum lagi. Entah bila nak kahwin dengan Kak Mel tu. Kak Mel pulak sibuk memanjang. Kalau macam tu susahlah nak dapat anak " ujar Afifah.
'' hmm..." balas Datin Sharifah Kursiah apabila anaknya mencetuskan nama Camelia. Mengenangkan nasib Azraai adalah perlu anak sulungnya itu mengambil kata putus sama ada mahu teruskan hubungan ini atau memutuskan sahaja tali pertunangannya. Kesian anak aku sorang ni...baru tahu perangai Camelia tidak secantik rupanya. Dan kini berbelah bagi pula hati anaknya untuk berkahwin buat masa terdekat ini .
" umi cakaplah dengan abang Az tu...dia kan dengar cakap umi " pujuk Afifah supaya abangnya berkahwin secepat mungkin.
" tengoklah " jawab Datin Sharifah Kursiah
" umi, Aril tak dapat ikut tau Aril ada banyak assignment nak kena buat " ujar Aril sambil tercari-cari remote control yang dipegang tadi. Dilihat Arisa khusyuk menonton televisyen. Sah-sah adiknya ini sembunyikan alat kawalan jauh itu.
" pulak dah macam tu Aril. Kamu nak tinggal sorang ke dalam rumah. Umi tak balik hari tau "
" baru tahun kedua dah banyak assignment...ke memang tak nak pergi dik oi! " sindir Afifah kepada Aril yang menghampiri Arisa.
" Aril jangan kacau Arisa " Aril tersengih apabila umi perasan tingkahnya.
" bagi abang benda tu dik " pinta Aril lembut. Arisa geleng, alat kawalan jauh disembunyikan di bawah bantal empat segi.
" na...nanti abang tukar " rengek Arisa
" Aril mengalahlah..." uminya cuba memujuk Aril yang agak suka pentingkan diri dan Arisa pula tidak mudah mengalah.
" bagi balik, kalau tak abang pukul " ugut Aril. Dia memang geram dengan adiknya ini.
" Arisa bagi ajelah...kan dah tengok kartun ni pagi tadi " pujuk Afifah memenangkan Aril. Baginya Arisa terlalu kebudak-budakkan.
" u...umi. bang Aril " Arisa makin kuat merengek apabila tangkas Aril merampas alat kawalan jauh itu.
" korang ni tak boleh beralah sikit. Arisa kan adik kamu jugak " Aril dan Afifah diam sahaja apabila umi memarahi mereka berdua.
" nak kartun " Arisa menghampiri uminya.
" sampai hati akak Afi dengan abang Aril buat Arisa, tak apa sayang nanti tengok kartun dekat bilik umi "
" tak nak! nak dengan abang Az " Arisa terus berlari naik ke atas. Datin Sharifah Kursiah membiarkan rajuk Arisa. Anaknya yang istimewa ini suka menyendiri atau mengadu kepada Azraai . Dia akan memujuk Arisa sekejap lagi sebelum itu dia mahu menasihatkan Afifah dan Aril terlebih dahulu.

Bibir Azraai bergetar mengalunkan kalimah Ya Alim berulang kali di atas sejadah. Sesungguhnya Allah S.W.T Maha Mengetahui naluri hidup hambanya. Azraai tetap berjuang untuk masa yang ada supaya Allah S.W.T menunjukkan jodohnya yang sebenar. Adakah Camelia wanita terbaik untuknya. Jika benar maka dia perlu merubah Camelia menjadi wanita solehah. Jika tidak dia mahu tuhan tunjukkan jalan supaya segalanya berakhir dengan baik. Mungkin umurnya yang sudah mencecah 35 tahun, dia perlu mencari pasangan sehidup semati bukan atas dasar cinta penuh nafsu tetapi atas cinta pada tuhan. Ternyata dia silap. Masihkah ada masa ?
Disentuh dadanya, separuh hatinya sudah tiada. Hatinya sudah diambil orang. Dia tidak ingat siapa anak kecil yang memerlukan bantuannya lantaran dia koma selama tiga bulan dan anak kecil itu selamat dalam pembedahan dan sihat. Dia sudah terpisah nyawa selama ini. Dia sedar anak itu sudah keluar dibawa keluarganya.. Terkilan rasanya tidak sempat berkenalan. Azraai tiba-tiba terimbau kisah sepuluh tahun dahulu.
" Ya Allah kenapa aku ingat perkara ni pulak " Azraai meraup wajahnya beberapa kali.
" a...abang " Arisa tahu dimana abangnya berada terus masuk ke dalam surau yang terbina di tingkat dua villa yang bersebelahan dengan bilik bacaan.
" Arisa buat apa dekat sini ? " Arisa terus mendapatkan abangnya dengan muka muramnya.
" kenapa ? " Azraai memandang adik bongsunya ini. Arisa menangis teresak-esak di dada abangnya.
" a...ab...abang Aril "
" ni mesti berebut tengok tv, tak apalah Arisa mengalah, adik kan anak yang baik "
" adik nak tengok kartun...kartun tu..."
" kartun kan boleh buat adik leka tau, kartun tak baik sebenarnya " Azraai sengaja mengusik Arisa.
" ha! " Arisa terkejut dia seakan tidak memahami kata-kata abangnya.
" mulai sekarang adik kena selalu ingat Allah S.W.T"
" Allah! " sahut Arisa riang. Azraai tersenyum melihat perubahan Arisa. Sempat dia mengesat air mata yang mengalir di pipi Arisa yang gebu.
" Allah sayang kita ! " ujar Arisa bersemangat. Dia ingat apa yang dipelajari di sekolah tentang Allah S.W.T.
" Arisa sayang Allah ? " Arisa menganguk.
" ikut abang zikir boleh ? "
" ap...apa tu ? " Arisa mengerutkan dahi.
" ikut abang , LailahailAllah "
" La..ila.." Arisa tidak dapat ingat. Berulang kali Azraai ajar menyebut akhirnya Arisa berjaya membetulkan lidahnya.
" LailahailAllah, LailahailAllah,Muhammad Rasullulaah " hampir terlena Arisa atas riba Azraai. Azraai belai manja rambut pendek Arisa. Betapa dia menyayangi adik bongsunya ini.
" LailahailAllah " Azraai mengalunkan tanpa jemu kalimah suci itu.
" Az tak tidur lagi ? " tegur Datin Sharifah Kursiah. Tersenyum melihat Arisa tidur di riba Azraai. Pasti anak bongsunya ini mengadu perihal di ruang tamu tadi kepada Azraai.
" sekejap lagi umi. Afi dengan Aril dah masuk bilik ? "
" Aril tengok bola dekat bawah. Afi dah lama masuk bilik. Tadi umi dah tegur dia orang. Entahlah kenapa Afi dengan Aril tu suka sakat Arisa ? Dah nasihat banyak kali tak dengar-dengar. Hmm...lagi satu, umi dah mintak Afi masuk pejabat "
" Afi cakap apa umi ? Dia nak kerja tak ? Kalau nak hari Isnin ni boleh masuk pejabat " Azraai berbual dengan nada perlahan ditakuti menganggu Arisa. Baginya, dia memang sudah lama menantikan Afifah masuk kerja namun adiknya itu lebih suka duduk di rumah dan menghabiskan waktu muda begini dengan melancong dan membeli barangan mewah. Semuanya untuk kepuasaan peribadi. Kadang-kadang melihat Afifah seperti tidak ada wawasan hidup hanya menghabiskan duit keluarga sahaja. Hendak menegur adiknya sudah menjangkau umur 25 tahun. Sudahlah dia seorang menguruskan syarikat arwah abinya dan dirinya juga sebagai ketua keluarga villa ini. Tanggungjawabnya sungguh besar sehingga dia belum sempat memikirkan sebuah perkahwinan dengan Camelia.
" Afi belum terfikir nak kerja. Tak apalah Az, nanti umi pujuk dia lagi . Umi nak tanya Az, nak datang tak rumah Razali hari Sabtu ni ? "
" mestilah pergi. Tadi dekat pejabat, Zali dah call Az. Anak yang kedua umi...rezeki dia makin bertambah. Az ni sampai sekarang..." Azraai tunduk sambil tersenyum cuba menghalang rasa walangnya mengingatkan hubungan kasih dengan Camelia seperti sebuah bayang-bayang.
Datin Sharifah Kursiah mengusap bahu anaknya.
" Umi sokong apa yang Az putuskan. Jangan lambat-lambat buat keputusan "
" Umi nak Az teruskan hubungan dengan Mel ? " Datin Sharifah Kursiah sudah mengetahui perangai sebenar Camelia. Gadis yang suka bersosial dan menjalani kehidupan tidak sihat.
" terpulang kepada Az. Umi tak nak paksa. Yang umi nak, anak umi ni bahagia . Kalau Az nak wanita yang sempurna jadi pendamping yang setia , banyak yang Az kena korbankan sebab Az sebagai lelaki kena berfikir secara matang, kena buat sesuatu tindakan guna panduan "
" kadang-kadang Az fikir, boleh ke bakal isteri Az nanti jaga anak dengan baik. Boleh dia jaga umi dengan Arisa dengan baik kalau Az tak ada dekat dunia ni . Afi dengan Aril tu...Az tak kisah sangat boleh jaga diri. Dah besar" adu Azraai.
" Az...jangan fikirlah tentang umi sangat, umi masih kuat lagi. Ada tenaga tuhan bagi dekat umi. Umi bersyukur sangat, umi dapat jaga Arisa lagi. Az tak payah risau. Sekarang yang penting kebahagiaan Az. Umi terima sahaja siapa bakal isteri Az asalkan anak umi bahagia dengan pilihan hati. Soal anak tu...kita serahlah pada Allah S.W.T. Allah yang lebih Berkuasa "
" terima kasih umi, doakan kebahagiaan Az umi "
" umi setiap waktu doakan kebahagiaan anak-anak umi "


" dah Aishah, biar mak cik buat kerja ni, baliklah rumah nanti ayah kamu marah pulak " Hajah Fatimah cuba berpesan sekali lagi kepada gadis yang menolongnya mengemas barang-barang untuk kenduri cukur jambul cucunya hari Sabtu ini.
" tak apa...sekejap lagi Aishah balik " Aishah mengangkat lima dulang besar dalam satu masa. Hajah Fatimah yang melihat terkedu, kuat betul budak ni angkat benda ni , tak padan dengan badan kecik! getus hati Hajah Fatimah melihat fizikal Aishah Sofea. Gadis yang baru mencecah usia 18 tahun ini bertubuh genit, wajahnya ayu bila dipandang, matanya bundar dan bibir itu mungil. Bukan sebab itu Aishah mudah dipercayai tetapi sikap gadis ini yang baik budi pekertinya menyenangkan hati orang tua sepertinya meminta pertolongan.
" Mak cik Mah, ramai ke jemputan yang datang majlis ni nanti ? " tanya Aishah apabila wanita ini asyik memandangnya.
" ramai sangat Aishah, esok saudara dari KL dah datang. Adik-beradik Pak Khalil datang . Penuhlah satu rumah. Nanti Aishah jangan lupa datang awal tolong mak cik. Masa tulah Aishah kena tolong mak cik, layan dia orang nak makan. Masa macam ni, mak cik tak mintak tolong sangat. Aishah ni..."
" kalau tak tolong mak cik Mah dari awal macam mana nak tahu cara nak tolong masa majlis nanti. Aishah buat sikit-sikit dulu . Nanti kerja mak cik dah senang " ujar Aishah mengingatkan Hajah Fatimah yang sakit lutut. Tidak boleh banyak bergerak. Mengenangkan Razali seorang anak tunggal dan menantunya masih berpantang, Aishah tolong apa yang patut untuk keluarga pengurus Felda Sri 2 ini.
" terima kasihlah, kamu ni...dah macam anak perempuan mak cik, itulah mak cik tak ada anak perempuan yang ada menantu aje...sorang. Kalau kamu dah sambung belajar nanti siapa nak tolong mak cik lagi "
" ye tak ye jugak. Hmm...mak cik Mah call Aishah. Aishah terus terbang dari sana " Hajah Fatimah tergelak. Aishah sengaja berlelucon.
" ini nak belajar dekat universiti ada duit tak ? " tanya Hajah Fatimah. Dari riak muka, wajah gadis itu terpancar rasa gembira apabila berbicara tentang niat belajar di menara gading. Tiba-tiba wajah Aishah mendung semacam. Diam dia tidak membalas pertanyaan itu. Dia kembali membersihkan pinggan mangkuk yang masih tertinggal. Berkerut dahi Hajah Fatimah dibuatnya.

No comments:

Post a Comment