Assalammualaikum....( sila jawab yerk!!!)

Hanya menterjemahkan idea....

About Me

Wednesday, May 19, 2010

Bab 4

" kau pergilah cari duit , asyik nak menyusahkan orang aje..." Sudin menunjal kuat kepala anaknya apabila Aishah meminta sedikit wang saku untuk membeli barang di kedai runcit . Aishah terdorong ke lantai lalu kepalanya mengena bucu meja dapur.
bum! aduh! Aishah menggosok dahinya hingga ke kepalanya. Ada garit luka di dahinya. Sudah kebiasaan dia mencari nahas dengan bapanya. Inilah padahnya.
Sudin terus berkejar ke luar rumah. Dia hilang kewarasan sekali lagi. Mencederakan Aishah Sofea buat kali ke berapa. Sudah banyak kali!
Aishah merenggus sakit. Tidak! Tidak ! Aku kena bangkit! Luah hati Aishah. Demi sebuah kehidupan dia enggan mengalirkan air mata lagi. Akhirnya dia bangkit jua dari ambal.

Sudin enak memejam mata, menghidu gam adalah kesukaannya sejak keluar dari pusat serenti. Dalam bayangannya adalah wajah arwah isterinya.
" harga getah turun mendadak Salmah. Abang dapat upah toreh getah 5 ringgit aje hari ni " mata Sudin terarah kepada kandungan isterinya yang sudah mencecah 7 bulan. Salmah yang turut membantu suaminya menoreh getah turut mengakui kesulitan yang berlaku sekarang. Harga getah asli turun mendadak kerana pembuatan getah tiruan yang mempunyai permintaan tinggi.
" apa kita nak makan bang ? Anak kita lagi dua bulan nak lahir " Salmah menangisi nasibnya berkahwin dengan Sudin yang bekerja sebagai penoreh getah. Rasa kesal bertandang akan sikapnya yang membelakangi ibubapa semasa bersetuju berkahwin dengan Sudin. Demi Cinta! Ya Demi cinta ku turutkan hawa nafsu. Hidupnya bersama Sudin bahagia walaupun kais makan pagi, kais makan petang.
" abang dah dapat kerja yang boleh bantu kita sekeluarga " malam yang dingin itu mengusarkan hati Sudin untuk memberitahu apa pekerjaannya.
" kerja apa bang ? "
" e..er...hantar barang, macam pos tu. Cuma abang jadi orang tengah. Kira nyer...hantar barang kargo " ujar Sudin berselindung dengan perancangan rakan-rakannya yang lain mahu mengedar dadah.
" Alhamdulilah bang. Abang kerja dengan siapa ? "
" kerja dengan Zul. Dia yang ajak abang. Gaji pun okey. Banyak barang hantar, banyaklah upahnya " tukas Sudin.
" Salmah tak kisah bang. Dapat jugak kita tampung hidup anak kita. Salmah hampir-hampir nak jual geran tanah dekat bandar tu "
" jangan jual sayang, tanah tu wasiat ayah Salmah.Itu hak Salmah. Bukan hak bersama "
" apa abang cakap ni...hak Salmah hak abang jugak. Tapi kan bang, Salmah nak turunkan nama tanah tu dekat anak kita. Nanti kalau berlaku apa-apa dekat kita berdua. Dia dah hidup senang " Salmah mengusap kandungannya. Terbayang tanah seluas 100 hektar dan beberapa tanah laterit di Pekan, Pahang. Milik Keluarganya yang diberikan hak kepadanya.
" hari ni Aishah Sofea ada buat hal tak ? " senda Sudin sambil melekapkan telinga ke perut isterinya. Nama Aishah Sofea yang dirancang bersama isterinya.
" kerja menendang anak perempuan kita ni bang " Salmah tertawa bahagia.
" maafkan abang Salmah " Sudin kian rasa dirinya dibawa terbang, terawang-awang berkhayal. Ada air mata tuanya mengalir. Biarlah aku mati terseksa begini daripada aku melihat wajah anaknya yang tidak bersalah. Dia amanah aku tetapi aku persendakan nikmat yang tuhan kurniakan. Biarkan!Biarkan! Sudin sudah mengigil badannya.
Salmah bermain dengan Aishah Sofea di halaman rumah waktu itu. Tiba-tiba Aishah Sofea yang berusia lima tahun muntah-muntah.
" kenapa nak ? " Salmah melihat tubuh lemah Aishah Sofea. Lalu didukungnya. Di bawa ke hospital setelah dua malam Aishah demam.
" mata dia dah kuning, perut dia dah mula membengkak sedikit " beritahu doktor simptom-simptom bengkak hati.
" Aishah perlukan penderma, hatinya sudah rosak. Tetapi dia masih berada dalam keadaan stabil. Buat masa sekarang kita kena cari penderma sesuai sebelum dia mencapai tahap kronik" Salmah dan Sudin memahami kesuntukan masa itu.
" Aishah ada masa tiga tahun untuk hidup " ujar doktor itu lagi . Aishah Sofea memandang ibubapanya. Dia tidak mengerti apa itu bengkak hati, apa itu kerosakan hati yang dia hadapi sekarang adalah perutnya yang semakin lama membusung membuatkan dia berat untuk berjalan riang seperti biasa.
Mahu tidak mahu Sudin mempergiatkan lagi pengedaran dadah kepada budak-budak Felda. Salmah pula sudah menjual sebahagian tanah bagi memperuntukkan kos pembedahan Aishah.
Sehingga satu tragedi menimpa keluarganya, Salmah memeluk erat anaknya, dia serba ketakutan sewaktu polis menyerbu dan menggeledah rumahnya. Ada laporan mengatakan rumah Salmah menjadi tempat penyimpanan dadah.
Sudin berada di luar daerah, agak celaru mindanya bila mendapat tahu dadah yang disimpan di rumah sudah dirampas pihak polis. Salmah tertangkap kerana dituduh mengedar dadah sebanyak 1.08 kilogram.
" maafkan abang, maafkan abang Salmah " Sudin hanya mampu mengucapkan kata maaf semasa melawat isterinya di Penjara Wanita Kajang semasa tempoh perbicaraan.
" kita tak bersalah bang, Salmah tak bersalah. Mesti ada orang dengki pada kita " rayu Salmah hanya mampu menyentuh kaca yang menjadi penghalang antara dia dan Sudin.
maafkan abang! abang buat kesalahan besar pada Salmah. Abang yang simpan dadah tu.Nalurinya mendesak untuk mengaku tetapi dia takut, takut dengan hukuman gantung.
" abang, duit kos pembedahan Aishah dah cukup. Abang bantu Salmah carikan penderma. Ketepikan soal Salmah yang penting anak kita selamat " pesan Salmah dihujung perbualan.
" baiklah Salmah " Sudin akur dengan kehendak isterinya.

" Aishah dari mana ni ? " tegur Razali yang baru keluar dari kedai runcit Haji Wali. Aishah yang berpakaian kurung serba putih hanya menundukkan pandangan.
" dari kubur ibu " jawab Aishah. Razali anak peneroka yang kini menyandang pegawai perhutanan di Felda Sri 2 agak pelik dengan kelakuan Aishah Sofea yang cuba menyembunyikan wajah. Bukan dia tidak nampak ada parut luka di dahi gadis itu. Mesti Sudin sudah memukul anaknya sekali lagi.
" pak cik Razali beli apa dekat kedai ? " sapa Aishah.
" Aishah...abang ni dah tua sangat ke sampai kena panggil pak cik ? " Razali terkekeh ketawa apabila Aishah memanggilnya dengan gelaran pak cik. Aishah tersenyum malu lalu menggaru kepalanya. Ternyata pemuda di depannya ini masih muda berusia dalam lingkungan 30an.
" maaflah abang Razali. Aishah lupa. Tapi...rasa janggallah " Aishah ketawa kecil. Dia mengakui tidak wajar memanggil lelaki ini dengan pangkat " pak cik "
" tunggu abang dah beruban baru panggil Pak Cik. Tapi...masa tu Aishah dah ada anak. Barulah anak tu panggil abang pak cik Razali " panjang berjela Razali bergurau. Lelaki ini ramah dengannya. Tidak pernah sombong sekalipun dengannya walaupun disegani dan dihormati masyarakat Felda Sri 2.
" Aishah minta maaf "
" tak apa...abang pergi dululah, kalau ada masalah jumpa abang dekat pejabat " Aishah menganguk. Hmm...masalah! Dia memang ada masalah sekarang iaitu duit. Sepintas Razali berpusing kembali memandang Aishah yang berdiri tercegat di depan kedai runcit Haji Wali.
" Aishah boleh tak kamu tolong mak abang sempena majlis cukur jambul nanti ? " jauh di sudut hatinya dia ingin membantu Aishah malah gadis ini boleh diharap jika diminta pertolongan.
" nak mintak tolong apa bang ? " Aishah sudah mendengar khabar angin Razali akan buat majlis cukup jambul untuk anaknya yang baru lahir sebulan lepas. Majlis yang akan diadakan pada hujung minggu ini pasti meriah seperti majlis anak sulung Razali empat tahun dahulu.
" tolong mak abang dekat dapur, dia tak larat nak uruskan sorang-sorang dekat dapur masa majlis nanti "
" boleh!boleh! petang ni pun boleh " Aishah bersemangat.
" nanti abang kasi upah "
" terima kasih " Aishah sempat mengucapkan terima kasih kepada pemuda yang baik hati ini.
" abang Razali " panggil Aishah sebelum pemuda itu masuk ke dalam kereta Honda Jazz. Razali memandang Aishah yang mendatanginya.
" boleh tak Aishah ambil upah kerja pungut susu getah esok ? " mata Aishah jelas menunjukkan harapan tinggi. Razali berfikir sejenak .
" Bukan ke Aishah nak belajar lepas ni ? "
" Aishah nak kumpul duit sebelum masuk universiti. Lagi sebulan aje...bolehkan abang Razali ?" pinta Aishah memberi sebab munasabah terhadap permintaanya.
" bolehlah! Tapi...jangan merungut kena embun pagi. Aishah buat yang termampu tau " Aishah menganguk tanda memahami. Alhamdulilah! ternyata dia boleh sara diri selain membantu Mak Usu dan Pak Usunya menoreh gerah
" terima kasih abang Razali, terima kasih banyak-banyak " ucap Aishah.

Azraai segak menyarungkan sut hitam dengan t-shirt putih. Cukup ringkas ke ' post party ' Camelia. Dari kejauhan dia memandang Camelia yang menyarungkan dress malam labuh berlabuci hitam . Memang cantik di mata semua tetapi bagi Azraai dia kurang berpuas hati dengan penampilan Camelia yang berani mendedahkan sedikit lurah di dadanya.
" kenapalah aku tak perasan tadi ? " getus Azraai berkerut-kerut dahinya menahan perasaan yang bercampur-baur dalam benaknya sekarang.
Suasana majlis kini bertukar riuh-rendah dengan bingit alunan muzik rancak. Azraai beranggapan suasana majlis seperti ini serupa dengan kelab malam. Dalam diam dia mencari kelibat Camelia dari jauh.Cukup hanya melihat Camelia dari tempat duduk tetamu . Tunangnya galak bersosial dengan beberapa orang kuat filem yang majoritinya adalah lelaki . Ingin masuk campur dalam perbualan itu, namun hatinya menegah takut menganggu urusan Camelia.
Deringan telefon yang merupakan panggilan dari rumah disambut. Azraai keluar dari majlis itu apabila suara uminya kurang jelas.
" inilah umi tak suka Az ikut cara Mel tu. Bila nak balik ni, umi tak suka anak umi balik lewat malam macam ni " bebel Datin Sharifah Kursiah kepada anaknya dalam panggilan. Azraai meraup rambutnya. Lalu melihat jam di pergelangan tangannya. Dah pukul 12.30 tengah malam.
" kejap lagi Az balik. Umi jangan risau. Tidurlah dulu "
" hantar Mel jangan lama-lama dekat kondo dia "
" baiklah umi, Az dengar " lembut suara Azraai tidak membantah kata-kata uminya.Kemudian dia masuk kembali. Mencari Camelia.
" beer, wine or anything alse ? " sambut seorang pelayan apabila Azraai masuk ke dalam dewan tertutup itu.
" no thanks ", majlis apa ni ada arak ! desis hati Azraai.
" Mel! " Azraai melangkah deras ke arah Camelia yang terlantar di sofa sambil memegang gelas berisi air kekuningan.
" lepaskan I " Camelia sudah mula merapu. Azraai terus terduduk di atas karpet melihat apa yang berada di depan matanya. Camelia mabuk.
" elok you hantar Camelia balik, dia minum banyak tadi " tegur seorang pelakon wanita yang turut melihat aksi seperti ini dalam mana-mana post party . Semua benda mahu diteguk.
" Mel " tegur Azraai terketar-ketar jari-jemarinya ingin mengejutkan Camelia. Dia sebolehnya tidak mahu percaya apa yang berlaku di depannya. Camelia pengsan bukan mabuk!
" waitress one more " dalam pejam mata berkhayal Camelia masih mampu memesan arak.
" don't do this Mel " Azraai mengambil gelas berisi arak yang baru Camelia ingin suakan ke bibirnya.
" you tak tahu job I, jangan masuk campur " marah Camelia. Tak boleh jadi ni ? desis hati Azraai. Nak tak nak dia memapah Camelia











No comments:

Post a Comment