Assalammualaikum....( sila jawab yerk!!!)

Hanya menterjemahkan idea....

About Me

Monday, May 31, 2010

Bab 6

Aishah memuncungkan bibir tanda tidak puas hati bila Mak Usu dan Pak Usunya tidak bersetuju dia menyambung pelajaran ke Menara Gading.
" jauhlah Aishah dapat belajar sampai ke Pahang ni...Pak Usu bukan apa, kita tak ada kenderaan nak ke sana. Lain kalilah Aishah belajar "
" tapi..." Aishah seakan tidak berpuas hati. Bukan ke ada bus ? fikir Aishah berkenan kemudahan bus ekspres di Pekan.
" Mak Usu bukan tak sayang Aishah tapi Aishah kena ingat nak ke sana kena ada duit jugak. Buat perbelanjaan Aishah pun kena guna duit "
" kita mintaklah bantuan Felda, kan ada ? " Aishah memberi idea bernas. Itulah cadangan daripada Hajah Fatimah kepadanya apabila dia memikirkan bagaimana mahu menampung perbelanjaan awal untuk ke Menara Gading. Ada dua bulan lagi hari pendaftaran pelajar baru di Universiti Teknologi Mara,Jengka Pahang . Tiba-tiba timbul rasa kesal pula apabila bersetuju menerima tawaran Diploma Sains di universiti itu. Aishah mengingatkan betapa dia gembira kepalang diberitahu guru kaunselor yang memeriksa tawaran universitinya di laman web upu bahawa dia dapat menyambung pelajaran ke sana. Walaupun disogok dengan kata-kata kurang moral mengatakan universiti itu diceruk pedalaman. Bukan tidak boleh belajar kalau duduk dalam gua pun! getus Aishah mahu membidas balik kata-kata orang-orang Felda Sri 2.
" nanti Pak Usu tanyakan dekat pengurus " Pak Usunya cuba memujuk hati gadis itu.
" buat apa ayah nak tampung Aishah belajar. Kan dia ada ayah sendiri " cetus Laila yang memasang telinga perbualan Aishah dan ibubapanya. Budak ni dari kecil sampai besar asyik nak menyusahkan hidup keluarganya, fikir Laila.
Aishah diam, tergamam jugak dengan kata-kata sepupunya ini. Perbandingan umur dia dan Kak Laila sepuluh tahun,mustahil dia mahu bergaduh dan bercakaran dengan perempuan ini. Masalahnya ayah aku dah dua hari tak balik rumah! getus Aishah dalam hati. Kalau dia beritahu hal ini kepada ayahnya pun pasti pelempang tersasar ke pipinya.
" kerja aje dekat kilang, tak pun toreh getah macam selalu. Kalau nak fikir pelajaran. Keputusan periksa kau pun biasa aje...tak adanya Felda nak tolong kau "
" Laila..." tegur Mak Usu.
" kalau tak bagus, tak adalah dapat tawaran diploma. Memanglah keputusan SPM Aishah sampai taraf diploma aje...tapi Aishah tak rasa peringkat tu rendah " jawab Aishah berani kepada Kak Lailanya . Mak Usu dan Pak Usunya terkejut dengan kata balas daripada Aishah. Tidak tahulah Laila sikapnya suka melenting jika kata-katanya dibidas.
" masalahnya kau selalu susahkan hidup kita orang. Kau tengok mak ayah aku cari duit nak tampung kau belajar sampai menengah. Ada kau tengok adik-beradik aku dapat sekolah macam tu "
" dahlah Laila, ayah tak pernah susahkan kamu.Buat apa kamu nak masuk campur " ujar Pak Usu. Laila tidak pernah membantu keluarga walaupun bekerja di kilang Besi di pekan.
" tak apalah Mak Usu, Pak Usu. Aishah nak balik dulu " Aishah mahu berundur daripada suasana yang bahang ini. Makin melayan Kak Laila, semakin haru-biru jadinya. Lagipun tidak baik adik-beradik Kak Laila yang masih kecil dengar pertelingkahan begini.

" No! Saya bukan kaki minum " tegas Camelia semasa ditemu ramah wartawan hiburan sebelum dia berangkat ke Paris lagi satu jam bagi menjayakan peragaan GUCCI musim panas.Ada pihak cuba menyebarkan gambar dia sedang mabuk yang penting bukan majlis yang dihadiri bersama Azraai. Sudahlah dia terkantoi dengan Azraai bermabukan hari itu. Sampai sekarang dia tidak dengar apa-apa kata daripada Azraai lantaran dia turut sibuk dengan dunia seninya.
" ada sumber mengatakan jika ada party sosial yang menghidangkan minuman keras pasti Camelia akan ambil minuman tu ? "
" saya tak ada kuasa nak layan cerita mengarut macam tu. Saya tahu hukum agama, takkan semudah itu saya ambil benda yang haram " Camelia cuba mengukuhkan pendiriannya. Farah sebagai pengurusnya pun tidak berani masuk campur walaupun dakwaan itu benar belaka . Silap-silap kena potong gaji. Camelia sebenarnya gadis yang baik lantaran mengharungi kehidupan sebagai model antarabangsa membuatkan pegangan hidupnya kian lama makin goyah apabila bercampur dengan golongan yang berfikiran bebas.
" maaf saya undur diri , flight saya dah tunggu " Camelia terus melekapkan kaca mata gelap.
" tak rasa bersalah ke Mel ? " tanya Farah semasa di kabin kapal terbang.
" Okey! Okey fine I' am so sorry but... sesekali bohong tak apa kan ? Itu semua untuk jaminan I jugak " tukas Camelia lalu memejamkan mata buat-buat tidur. Farah mengeleng kepala melihat tindakan Camelia yang tidak kena erti bersalah.

" Aril...abang penatlah, cukuplah sampai sini " Azraai tercungap-cungap mengambil oksigen. Dia mula letih bermain bola keranjang dengan Aril sebanyak sepuluh kali pusingan. Aril pula masih lagi cergas semacam.
" relaks lah bang, baru sepuluh kali main " Aril cuba menjunamkan bola ke dalam jaring sekali lagi. Ternyata masuk membolehkan dia menewaskan abangnya 4-6.
" abang mana boleh berlari kuat sangat " adu Azraai berdiri sambil memegang pinggang. Aril kasihan terlupa pulak stamina abangnya bukannya kuat sangat. Kalau bersukan pun doktor galakkan jangan terlalu berat dan jangan terlalu lasak.
" okeylah kita bersurai! " Aril meletakkan bola ditempat asal. Lalu buat pemanasan badan bersama abangnya.
" Kak Mel apa cerita bang ? " Aril sengaja bertanya mengenai hal peribadi abangnya, mengajak Azraai bermain bola keranjang pagi-pagi begini adalah cara dia rapatkan diri dengan abangnya yang sibuk bekerja . Dia tengok sejak akhir-akhir ini tingkah abangnya ada yang tidak kena di matanya. Gayanya yang tidak tenang seperti dulu. Selalu abangnya ini jika ada masalah di syarikat pun masih biasa sahaja gayanya dan boleh mengatasi dengan bijaksana tetapi Aril perasan ada sesuatu yang disembunyikan abangnya. Kemungkinan hal peribadi! Aril meniliti wajah mendung abangnya ditambah dengan tidak menjawab soalannya.
" abang, semalam Aril bukak blog artis ada gambar Kak Mel tengah mabuk. Dah tersebar " beritahu Aril yang sememangnya suka mengambil tahu gosip artis lebih-lebih lagi dia bakal dapat kakak ipar dari golongan salebriti. Azraai buat tidak dengar. Benar kisah itu tetapi pahit mahu menerima peribadi Camelia yang serupa itu.
" hmm...esok Aril nak ikut pergi rumah abang Razali ? Kita dah janj sekeluarga nak datang "
" abang ada masalah dengan Kak Mel cuba kongsi dengan Aril, tak payahlah tanya Aril nak datang ke tak. Kan Aril esok ada discussion dengan kawan,dah terjanji nak buat assignment dengan dia orang "Azraai baru ingat umi ada beritahunya Aril tidak ikut sekali.
" kenapa Aril beria-ia tanya ni...Aril ada ambil kursus pakar jodoh ke ? " senda Azraai sewaktu beriringan dengan Aril menuju ke Pagola yang berada di taman villa.
" saja tanya, kitakan lelaki. Rahsia kongsi-kongsi "
" tak adalah dik, abang perlukan masa sikit nak..."
" kenapa abang susah nak kahwin dengan Kak Mel, dah bertunang dekat 5 tahun " celah Aril tertanya-tanya.
" abang tengah cari penyesuaian. Kalau ada jodoh adalah abang kahwin "
" abang perlukan masa lagi walaupun bertahun lama kenal Kak Mel, begitu ? "
" dulu abang yakin Kak Mel memang tercipta untuk abang tapi sekarang abang rasa macam tak kenal dia. Puas abang cari jawapan " cerita Azraai,akhirnya dia temui sebuah jawapan pasti. Melepaskan Camelia dengan hati yang berat. Memang rugi masa umurnya berkenalan dan bercinta dengan Camelia separuh mati! hampir sedekad, tetapi dia sentiasa ingat tuhan yang sentiasa memberikan petunjuk yang benar kepadanya . Cuma cabaran yang perlu dihadapi untuk bersemuka dengan Camelia.
" mungkin abang dengan kak Mel sibuk sampai terlupa nak berbincang soal kahwin " telah Aril.
" betul tu Aril, salah abang jugak bila abang fikir. Dan sekarang abang nak mintak sokongan keluarga kita. Abang nak cari ketenangan sampai abang akan cari jalan selesaikan masalah ni "
" baiklah bang, tapi...abang janganlah nak cari ketenangan sampai bersendirian pulak. Baik Aril cadangkan melancong satu keluarga. Abang tak sunyi nanti "
" tengoklah, abang akan fikirkan. Sekarang abang nak pesan dengan Aril. Jangan risau pasal abang. Abang nak Aril belajar kenal erti hidup " Aril tersenyum sahaja. Sikapnya yang suka main-main dalam pelajaran dan bertukar pasangan wanita dalam bersosial adalah sikap yang sukar dikikis. Entah! Mungkin label anak Dato masih terpahat dalam dirinya lagi. Tidak seperti Azraai yang lebih suka merendah diri .
" abang Az " panggil Afifah melangkah ke arah Azraai dan Aril di luar rumah. Dari tadi dia mencari-cari Azraai hilang ke mana. Mahu mengutarakan hajatnya.
" abang, Afi nak keluar dengan kawan. Abang boleh tak Afi shopping beg LV dekat Pavillion. Hari ni ada beg limited edition. Boleh kan bang ? " Afifah berharap abangnya membenarkan dia menggoreskan kad kredit membeli beg tangan Louis Vouitton yang mencecah puluhan ribu ringgit.
" janganlah membazir beli beg yang mahal-mahal. Hari tu dah belanja sampai beratus ribu " Azraai mengingatkan akaun kad kredit Affah yang harus dibayar. Nasib baik langsai habis kalau tidak boleh muflis dibuatnya. Aril yang mendengar diam sahaja. Perangainya pun sama dengan kakaknya suka membeli barang berjenama mahal.
" abang ni kedekutlah,bukannya tak boleh bayar " Afifah menjuihkan bibir tanda merajuk. Setakat setengah juta bagi abangnya macam hama dalam poket seluar. Azraai diam sahaja, ingin membalas dia tidak suka bertelagah dengan Afifah hanya kerana sebuah beg tangan.
" bolehlah bang ? " pujuk Afifah mempamerkan riak wajah sedih.
" suka hati Afi lah " ujar Azraai lembut lalu melangkah perlahan menuju ke dalam villa. Tak larat memikirkan perangai Afifah yang sama dengan Camelia. Kaki boros!
" yes! Abang bagi beli. Thanks bang ! " laung Afifah. Aril menunjukkan memek muka menyampah.
" kak Afi ni memang kaki kipas abang " sindir Aril.
" biarlah, Aril pun sama " Afifah berlalu pergi dengan kemenangan dapat membalas sindiran Aril. Aril mendengus kasar.

Tin! Tin! Azraai memberi hon kepada seorang wanita yang meluru melintas jalan ke seberang. Gaya seperti baru selesai menoreh getah. Suasana pagi di Felda Sri 2 ini masih berembun tatkala dia sekeluarga tanpa Aril sampai di sini.
" kenapa Az ? " tanya Datin Sharifah Kursiah terkejut apabila Azraai memberi hon. Afifah dan Arisa juga turut terkejut dan tertanya-tanya.
" Aishah! Nasib baik tak dilanggar kereta " Mak Usu menahan Aishah yang hampir terlanggar kereta mewah didepannya. Kabus pagi yang tebal menghalang pandang Aishah yang membuntuti langkah Mak Usunya. Mereka berdua baru selesai menoreh getah.
" maaf " ucap Azraai menjengulkan muka pada cermin kereta yang terbuka. Dia memandang dua orang wanita. Seorang sudah berumur, seorang lagi masih muda remaja . Pasti penduduk di Felda Sri 2! telah Azraai.
Aishah menganguk sahaja lalu melontarkan senyuman manis. Azraai turut membalas senyuman itu.
" Assalamualaikum " ucap Azraai sebelum meneruskan perjalanan ke rumah Razali . Kereta BMW 7 series terus menjalar di jalan kecil Felda Sri 2 .
" waalaikummussalam " jawab Aishah dan Mak Usu apabila kereta itu jauh sikit dari pandangan mata mereka.
" siapa tu Mak Usu ? " tanya Aishah masih memandang kejauhan kereta mewah itu. Mak Usu juga memandang kereta itu dengan pandangan yang kabur kerana Felda Sri 2 masih dilitupi kabus tebal. Dari wajah tampan pemuda itu Mak Usu macam pernah melihat gerangannya.
" entahlah Aishah. Dahlah jom kita balik kebun " akhirnya ingatan Mak Usu terhadap pemuda itu hilang bak kabus yang makin lenyap disinari mentari pagi.
Sampai di kebun getah Aishah mengambil alih tugas Mak Usunya memungut susu getah, sementara Mak Usu menemani suaminya yang menoreh getah di bahagian belakang .
Aishah menghela nafas mengah semasa mengangkat tong yang berisi susu getah. Kerja sebegini memang memenatkan lebih-lebih lagi bila getah mula naik harga. Dikesat juraian peluh yang menitis di dahinya dengan hujung lengan baju kurung lama . Matahari sudah naik membahangkan suasana kebuh getah. Nyamuk pun sudah bingit berterbangan di telinganya. Mujur dia memakai sarung tudung, berbaju kurung dengan berseluar panjang dan menyarungkan but tebal. Jadi nyamuk tiadalah mengigit tubuhnya.
" Aishah dah habis pungut susu ? " tanya Mak Usu beriringan dengan suaminya.
" sekejap lagi siaplah Mak Usu " jawab Aishah apabila tinggal satu barisan pokok getah masih belum diselesaikan.
" kalau anak kita macam Aishah kan bagus " ucap Mak Usu kepada suaminya semasa berehat di pangkin yang dibuat di kebun getah peneroka .
" dah jadi anak saudara kita pun bersyukurlah. Semalam abang terfikir Aishah ni kenal tak atuk dengan nenek dia ? "
" maksud abang mak dengan ayah Sudin ? " tanya Mak Usu, soalan itu agak pelik kerana dia adik kandung Sudin seibu sebapa. Ternyata Aisha sudah mengenali dengan rapat arwah atuk dan neneknya.
" bukan...ayah dengan emak arwah Salmah "
" kesian dia tak kenal nenek dangan atuk yang dekat sana. Hidup lagi ke tidak dia orang tu. Dahlah arwah Salmah meninggal tak ada waris terdekat datang ziarah "
" ikutnya keluarga Salmah tu kaya. Dulu Aishah ni dah diwasiatkan harta dekat dia. Abang ingat tak peguam yang hari tu datang. Tapi Aishah tak ada dekat sekolah " Mak Usu semakin rancak berbual berbicara kisah keluarga Aishah. Tanpa sedar Aishah ingin melangkah ke arah mereka berdua.
" Mak Usu, Pak Usu dah siap ni " tegur Aishah . Lantas Mak Usu terus menutup cerita sampai disitu sahaja.
" kenapa Mak Usu ? " tanya Aishah hairan apabila Mak Usunya ada riak wajah kelam-kabut. Pak Usu pula meneguk air teh dengan selamba.
" bang, bolehlah kita hantar getah ni. Aishah balik rumah dulu. Nanti upahnya Pak Usu bagi " pesan Mak Usu seperti biasa. Aishah menganguk.
" minum dulu airnya nak " pelawa Mak Usu.

Gelak tawa mengiringi perbualan antara keluarga Razali dan Azraai. Datin Sharifah Kursiah yang duduk bersebelahan Hajah Fatimah saling ramah berbual hal wanita pula. Manakala Arisa dan Afifah menyambung kembali tidur dalam bilik yang tersedia, barangkali penat bertolak awal pagi dari Kuala Lumpur.
" jomlah kak kita tengok anak Zali dalam bilik. Kita biarkan dia orang ni berbual " ajak Hajah Fatimah yang senang membahaskan nama ' Kak Pah ' kepada birasnya. Datin Sharifah Kursiah membuntuti langkah Hajah Fatimah masuk ke dalam bilik Wani dan Razali.
Di luar Razali dan bapanya berbual dengan Azraai.
" Aril mana Az ? " tanya Haji Syed Khalil.
" haah! Mana Aril dah lupa saudara budak sorang ni " sengaja Razali berbicara begitu kerana Aril satu-satunya anak Datuk Syed Hamidi dan Datin Sharifah Kursiah yang kurang rapat dengan saudara-mara terdekat.
" Aril kirim salam, tak dapat nak datang kerja dekat U banyak sangat "
" sekarang adik kau yang sorang tu umurnya dah berapa ? Dulu aku ingat dia dah ambil SPM " ujar Razali.
" dah lama tu...sekarang dah 19 umurnya. Dah sama tinggi dengan abangnya " beritahu Azraai. Memang jika digandingkan berdua antara Azraai dan Aril memang orang takkan perasan mereka adik-beradik.
" kau pun nampak tak berubah dari dulu, muda lagi. Padahal umur sama dengan aku aje...kau awet mudalah " puji Razali memang jelas kelihatan raut wajah Azraai masih kekal seperti zaman remaja dahulu .
" aku macam biasalah, apalah kau ni...Pak Uda, Zali sejak dapat anak lagi perangainya makin jadi budak-budak. Dulu belajar bukan main serius " Haji Syed Khalil tersenyum simpul.
" itu normallah Az, kamu kena kahwin baru rasa nak jadi budak-budak semula. Bukan apa, dah jadi bapak ni perasaan cemburu tu ada kalau isteri manjakan anak lebih "
" cepatlah kahwin Az...apa nak ditunggu lagi " usik Razali. Azraai mengulum senyum dengan usikan itu.

" kenapa tak ditegur sejak dulu lagi kalau tahu Camelia perangainya macam tu, kan dah susah nak buat keputusan sekarang " komen Hajah Fatimah apabila Datin Sharifah Kursiah bercerita soal Azraai kepadanya. Wani yang ada disitu turut mendengar hal yang menyebabkan Azraai tidak berkahwin sampai sekarang, padahal sudah bertunang hampir 5 tahun.
" Az baru tahu,selama ni dia tutup telinga bila orang kata pasal Camelia, ini dah terbukti depan mata dia jadi risau pulak memikirkan macam mana nak nasihatkan Camelia . Akak dah pujuk, kalau tak nak putus pun masih sempat lagi nak bincang kata sepakat dengan Camelia. Nampak dia diam aje...tak ada apa-apa perubahan pun " Hajah Fatimah mengengam erat jari-jemari birasnya.
" kesian abang Az, Wani rasa abang Az kena terus-terang. Tak apalah mungkin Allah dah tunjukkan Camelia bukan jodoh abang Az "
" betul tu Wani. Sekarang Mak Long memang berserah kepada Allah sahaja. Apa-apa yang berlaku pun kepada Az , Mak Long tetap sokong dia. Rasanya, Mak Long nak pergi umrah, nak doa depan Kaabah nak mintak dekat Allah supaya Az dapat jodoh yang baik "
" yelah Kak, pergilah . Dah tergerak hati ke rumah Allah tu. Satu jalan yang baik "
" lagi satu, Akak pun nak merasa nak timang cucu " adu Datin Sharifah Kursiah lalu mengendong cucu kedua birasnya. Nurul Rahayu Binti Razali yang baru berusia sebulan. Bayi kecil itu masih nyenyak dalam dakapan Datin Sharifah Kursiah.
" alah ini pun cucu Kak Pah jugak. Tak apalah kalau Azraai belum bagi cucu, Afi kan ada. Tengok Afi tu dah besar 25 tahun takkan tak ada calon yang sesuai " Hajah Fatimah cuba menyuarakan pendapat.
" orang nak Azraai kawin dulu, biarlah yang sulung baru yang kedua, ketiga. Arisa tak apalah, dia teman uminya aje..." pinta Datin Sharifah Kursiah. Begitulah yang dirancang bersama arwah suaminya. Ralat pula arwah suaminya tidak sempat melihat anak-anaknya naik pelamin. Itu pun sebab Camelia yang suka bertangguh membincangkan soal kahwin dengan Azraai.
" ha! Aril macam mana Mak Long ? Suruhlah dia kawin dulu " getus Wani.
" Aril tu...asyik-asyik bola tak pernah dia cakap dengan uminya pasal perempuan. Afi pulak memang dah kenal dengan budak lelaki masa dekat U dulu tapi Mak Long pesan dekat dia kerja dulu tolong abangnya. Afi tu Mak Long kadang-kadang malas nak cakap, tak suka kerja " Wani dan Hajah Fatimah hanya mampu mendengar celoteh Datin Sharifah Kursiah selebihnya memberi sokongan supaya wanita itu tabah hidupnya bersama anak-anak setelah kematian suami.






No comments:

Post a Comment