Assalammualaikum....( sila jawab yerk!!!)

Hanya menterjemahkan idea....

About Me

Tuesday, November 16, 2010

Bab 12

Azraai tenang berhadapan dengan tindakan mahkamah atas saman yang dikenakan Camelia terhadapnya. Sewaktu berselisih dengan Camelia yang turut diiringi peguamnya. di mahkamah .
" atas budi bicara pihak pendakwa Syed Azraai ke atas pihak pembela. Pihak pendakwa mahukan kes ini diselesaikan di luar mahkamah. Sidang mahkamah bersurai "
" I harap apa yang you nak I boleh lunaskan sekarang " tutur Azraai lembut bila berhadapan dengan Camelia. Sukar melihat anak mata itu bila ditutupi dengan cermin mata gelap. Keaiban Camelia ditutup sejak Azraai menjejak kaki ke mahkamah. Baginya keburukan bekas tunangnya Azraai tidak perlu dinilai sesiapa. Biar diri Camelia melihat sendiri apa kesalahan yang dilakukan.
" teruskan pernikahan " tersentak Azraai mendengarnya mana mungkin hati yang tawar kembali
" no...Camelia. Dalam surat black white you just mintak harga half milion "
" you tak berganjak dengan pendirian you. Find...kita akan naik mahkamah sekali lagi " ugut Camelia setapak melangkah keluar dari mahkamah. Azraai agak bengang. Mahkamah hanya menjadi medium permainan tarik tali Camelia.
" memang you sukar nak terima perpisahan ini "
" memang I tak boleh terima sebab you yang putuskan tanpa sebab. You tak nak tunduk dengan keputusan I. This court tempat kita berjumpa. I puas Syed Azraai " Camelia terus berlalu pergi. Menekan Azraai menggunakan kuasa mahkamah semakin berjaya apabila melihat kekeruhan wajah lelaki itu. Tetapi jika Azraai enggan mengalah juga dia akan menghuru-harakan kontroversi di media akan kisah hidupnya dengan Azraai. Pasti wartawan suka cerita-cerita begini .

" sanggup kau terima lelaki tu, aku ni siapa di hati kau, Aishah " Rasa mahu meraung hati Kamal bila mendengar ujaran orang kampung bahawa memang sah Aishah akan bernikah. Lelaki matang dari kota metropolitan jadi pilihan Aishah.
Maafkan aku...Kamal. Aishah menangis di balik tingkap kayu biliknya. Kamal bagai mengetahui dia berada dalam bilik dan lelaki itu berbicara di luar tingkap.
" mulai hari ini jangan anggap aku kawan Aishah.Kau sakitkan hati aku " Aishah tidak dapat menahan sebak bila Kamal sudah membencinya. Dari lubang kecil tingkap dia melihat Kamal berlalu pergi selesai melepaskan lahar kemarahannya.

" kenapa abang you tak nak kahwin dengan Camelia. Tup! Tup! satu Malaysia dapat tahu dia orang dah putus " soal Ruby saat bersama Aril di Old Town White Kafe.
" I tak ambil tahu hal dia " Aril mula rimas apabila kekasihnya ini cuba bertanya hal keluarganya.
" but, why ? " Ruby tidak mahu mengalah. Jari-jemarinya yang runcing sibuk meletakkan beberapa sudu gula sebagai pemanis kopi . Aril di sisinya menekan-nekan papan kekunci notebook miliknya. Melayari laman sosial kesukaannya. Laman sesawang beginilah dia boleh berkenalan dengan mana-mana perempuan cantik.
" I cakap dengan you...ni. Apa yang you khusyuk sangat dgn fb tu ? "
" you ni...kita lepas dekat sini nak release tension. Kalau you tanya benda macam tu, lebih baik I hantar you balik kampus " serang Aril. Ruby mencebik. Aril kian panas dengannya. Kian hari ada sahaja pertelingkahan antara mereka berdua. Adakah Aril mahu menunjukkan ciri-ciri mahu berpisah.
" jom balik " Aril menutup notebook nya. Segera pelayan dipanggil. Lalu dihulurkan kad kreditnya. Ruby terkocoh-kocoh menghabiskan kopi yang berbaki.

" Telefon umi kau mintak restu Az...adik kau Aril suruh dia datang sini " pujuk Razali apabila Azraai masih tidak memberitahu keputusan bernikah dengan tergesa-gesa kepada semua ahli keluarga.
"aku tak nak ganggu hajat umi aku buat umrah. Adik-beradik aku nak bercuti biarlah. Aril...aku dah cuba ajak dia ke sini . Kau tahukan keras kepala adik aku tu " jelas Azraai.
Razali menganguk tanda mengiakan perangai adik lelaki Azraai.
" aku nak bela Aisyah...salah ke ? "
" niat kau baik...tapi dengan masalah kes saman Camelia dan masalah yang tak diduga bila umi kau dah tahu kau berkahwin apa...kau mampu nak hadapi semua ni ? " Razali cuba membuka fikiran Azraai akan padah yang dia terima.
" umi dah bagi aku restu pilih siapa sahaja lepas apa yang berlaku antara aku dan Camelia. Cuma keadaan Aisyah buat aku perlu bernikah dengan dia dengan keadaan segera "
" kenapa ? "
" dia dapat tawaran belajar, aku nak tolong dia sambung belajar " Razali mampu menghela nafas panjang. Dia memang sudah sedia tahu niat Aishah dari dulu namun ayahnya, Sudin sering menghalang impian anak tunggalnya. Kini mengharapkan pertolongan Azraai bak malaikat yang turun dari langit buat gadis bernama Aisyah Sofea.


2 minggu...
" Hoi! kau tak siap lagi " sergah Sudin kepada Aisyah. Anaknya seakan mengelamun sedangkan sekejap lagi mereka akan ke pejabat kadi, Azraai sudah menunggu di sana.
" Ai..Aisyah..."
" Mah cepat siapkan budak ni " Aisyah mengecilkan diri di tepi anak katil usangnya tetapi sudah cantik berhias cadar pengantin.
" Ya Allah Aisyah tak siap lag. Mari nak Mak Usu tolong siapkan " terkocoh-kocoh Mak Usunya masuk ke dalam bilik Aisyah.
" syhh! jangan nangis nanti ayah dengar dia marah-marah Aisyah " pujuk Mak Usunya bagai memujuk anak kecil. Aisyah yang ayu memakai baju kurung putih tidak dapat membendung rasa sedihnya. Impiannya hancur sama sekali bila dirinya menjadi isteri kepada Azraai. Walaupun dia sudah meluahkan impian belajar ke menara gading kepada Azraai namun lelaki itu masih belum pasti mahu melepaskannya. Dia takut Azraai akan mempertikaikan haknya sebagai suami suatu hari nanti.
" macam mana Mak Usu nak solek kalau pipi basah macam ni...sudahlah nak...bawak bersabar " memujuk rayu Aisyah sukar dalam keadaan begini.
" Aisyah nak belajar Mak Usu..." luah Aisyah. Teringat hari keramat esok, hari pendaftarannya ke Uitm Jengka, Pahang.
Ya Allah! tak terlantun rasanya Mak Usunya mengucap. Maaf Aisyah, Mak Usu tak dapat nak tolong, bisik hati tuanya.

Selesai mengisi beberapa dokumen di pejabat kadi Aisyah diminta duduk di sebelah Azraai yang bersongkok dan berbaju kemeja putih .
" sebelum saya mulakan akad nikah, saya nak bertanya kepada Aisyah Sofea Bin Sudin.Adakah pernikahan ini kerelaan atau paksaan ? " Aisyah terkedu. Azraai menatap wajah bakal isterinya. Sudin sudah panas punggung takut Aisyah jujur berkata-kata, maka terbang wang lumayan yang mahu diberikan bakal menantunya sekejap lagi. Razali yang turut menemani Azraai berdetak-detak juga bunyi jantungnya.
Aisyah hanya mampu menganguk. Sudin terus tenang semula.
" Alhamdulilah...kita mulakan akad nikah ini "
" Aku terima nikahnya Aisyah Sofea Binti Sudin dengan mas kahwin RM22.50 tunai " balas Azraai sekali dengan tangan digengam tok kadi. Berjuraian air mata Aisyah mendengar ijab kabul itu.
" Sah! "
" Sah ! " sahut Sudin dan Razali.
" Kau jaga anak aku baik-baik...lepas ni aku dah tak ada tanggungawab dekat dia lagi " ujar Sudin sambil memasukkkan cek bernilai lima puluh ribu ringgit ke dalam poket seluarnya.
" ayah nak pergi mana ? Kita sekali terus balik Felda " tegur Azraai membahaskan ' ayah ' kepada bapa mertuanya. Aisyah di dalam kereta mewah milik Azraai hanya mampu menjuraikan air mata sejak dari tadi.
" aku nak pergi bank. Mungkin tak balik terus Felda. Aku dah tak duduk rumah tu lagi " Sudin terus beredar pergi memanggil sebuah teksi yang menjalar masuk ke dalam mahkamah syariah. Azraai hanya termanggu melihat sikap bapa mertuanya.

Azraai cuba memutar kepala paip berkali-kali sewaktu mengambil wudhuk di bilik air rumah Aisyah.
" apa paip ni rosak ? " soal Azraai pada dirinya sendiri. Melihat keluar bilik air, kelibat Aisyah tiada. Sejak balik dari pejabat kadi, isterinya terus duduk menyepi dalam bilik.
Lalu dia menuju naik ke atas mahu bertanya isterinya.
" Aisyah..." panggilnya lembut. Aisyah yang duduk di tepi tingkap usang biliknya menoleh Azraai. Azraai cuba duduk di sebelah Aisyah . Isterinya lebih suka menundukkan wajah.
" lepas zuhur ni Razali ajak kita ke rumah dia " ujar Azraai mengingatkan isterinya. Aisyah tunduk sahaja.
" hmm...abang nak ambil air sembahyang dkt mana, Aisyah ? " Azraai malu sebenarnya mahu bertanya, tetapi melihat sekitar rumah ini tiada bekalan air adalah perlu dia bertanya tuan punya rumah.
" de...dekat rumah gu..na air perigi. Aisyah ambikkan " lantas Aisyah bangun apabila gelisah hatinya melihat Azraai meniliti setiap inci dirinya.
Aisyah menggunakan tenaga perempuannya mengangkat air perigi dari bawah bukit belakang rumahnya. Azraai mencari arah mana isterinya berada. Melihat sebaldi air sudah berada dalam bilik air tetapi Aisyah tiada.
" Aisyah...Aisyah "
Aisyah melepaskan lelah yang sudah menjadi kebiasaannya bila mengangkat air.
" Aisyah, tak apa abang angkatkan..." Azraai terus meluru ke arah Aisyah bila melihat dari jauh isterinya mengangkat dua baldi besar berisi air.. Diambil
" abang ingatkan perigi tu belakang rumah...rupanya...hmm...Tak apalah biar abang angkat " Aisyah terus membuntuti Azraai dengan tangan kosong. Aisyah diserbu tanda tanya dengan kata-kata Azraai namun didiamkan sahaja.



Malam yang kian merangkak menggusarkan hati Aisyah di dalam biliknya. Azraai masih keluar ke rumah Razali selepas menghantarnya balik dari jamuan di rumah anak peneroka itu.
Di benak fikirannya, bagaimana dia mahu menghapuskan kisah esok. Matanya dikejap tanda tidak mahu mengingati hari pendaftaran kolejnya. Terasa pilu mengenangkan usia mudanya dikorbankan demi pemuda bernama Azraai.
“ aku nak belajar , aku tak kira…” Aisyah mula berniat sesuatu. Hasutan nafsu menguatkan akal fikirannya supaya melarikan diri. Lantas dia mengambil fail dalam laci almarinya. Dia nekad mahu keluar rumah sebelum Azraai balik. Azraai menipu dirinya sebelum bernikah. Janji manis lelaki itu yang membenarkan dirinya belajar adalah omongan semata-mata. Sehingga malam ini tiada satu patah perkataan pun daripada Azraai kepadanya berkaitan hari pendaftaran esok.
Azraai baru selesai menguruskan pengesahan sijil pernikahannya dengan Aisyah. Kebetulan Aisyah ingin mendaftar esok, maka dokumen ini perlu dibawa bersama. Dia tidak mahu Aisyah bermain-main dengan status dimiliki. Membenarkan bukan bermaksud dia membebaskan Aisyah semata-mata.
Keluar dari kereta Honda CRV miliknya, Azraai terus menderap masuk ke dalam rumah Aisyah.Mencari isterinya yang pasti masih bersembunyi dalam bilik. Setakat ini hubungan mereka suami isteri masih seperti orang asing. Namun Azraai berharap tingkah Aisyah akan pulih seiring mereka bersama sebagai pasangan suami isteri.
“ Aisyah. Kenapa ni ? ” Aisyah terkejut, Azraai balik awal seperti yang dirancang. Dia memang terdesak mengemas barang-barangnya untuk dibawa pergi.
“ ampunkan saya….saya tak boleh jadi isteri yang baik. Lepaskan saya ” mudah sahaja air matanya merembes keluar, perbuatannya terbantut di tengah jalan. Baju-bajunya berselerakan. Azraai duduk tenang di hadapan Aisyah namun cepat sahaja kakinya dipaut Aisyah seperti mahu bersujud namun sempat ditahan oleh sang suami.
“ ampunkan saya…saya tahu Encik tak akan izinkan saya…” berkerut dahi Azraai mendengar panggilan Aisyah kepadanya tetapi keadaan begini dia tidak mahu bersoal jawab pasal panggilan. Apa yang perlu ditanya kepada Aisyah adalah kenapa isterinya bagai terburu-buru mengemas barang.
“ syhh! Kenapa ni…abang tak cakap pun lagi. Aisyah nak buat apa kemas barang-barang ? ” lantas Azraai memaut dagu isterinya yang asyik tertunduk hiba seperti pesalah. Aisyah diam.
“ Aisyah nak keluar beritahu abang. Kenapa Aisyah buat macam ni, abang tengok macam nak cepat aje…” selidik Azraai. Aisyah dalam diam seperti ketakutan.
“ abang tanya ni. Jawab Aisyah, abang tak marah ” pujuk Azraai pabila jari-jemarinya jatuh pula menyentuh halus jari isterinya. Aisyah terkesima dengan sentuhan Azraai.
“ Aisyah nak belajar…esok Aisyah dah kena daftar ” ujarnya apabila kata hatinya mengaku Azraai tidak berkasar seperti ayahnya. Itu rupanya…desis hati Azraai. Dalam keadaan begini, isterinya masih belum menyerlah kematangannya.
“ jadi…Aisyah nak pergi mana kemas barang malam-malam ni ? ” soal Azraai sengaja berniat mengusik dan bermain teka-teki. Suka pula hatinya dalam keadaan begini melihat wajah isterinya yang comel.
“ Aisyah nak…nak…” ingin berkata mahu cabut lari takut disalah tafsir pula. Sukar dirinya mahu berbohong bila berhadapan dengan suaminya.
“ hmm…abang akan tunaikan permintaan Aisyah tu. Tapi Aisyah sabarlah. InsyaAllah esok pagi kita berangkat ke sana ”
“ hah! Maksud…” Aisyah seperti tidak percaya.
“ abang dah izinkan Aisyah belajar. Abang ingat niat Aisyah nak belajar dekat Universiti ” ada terukir senyuman di bibir Aisyah. Dengan spontan diraih tangan Azraai.
“ terima kasih…Ya Allah , aku bersyukur sangat ” Azraai tersenyum melihat tingkah Azraai. Isterinya masih muda, dia sebagai suami tidak mahu menghalang niat murni Aisyah menimba ilmu. Tak apalah aku berkorban sedikit demi kebahagiaan dia.
“ Tidurlah dulu…” tegur Azraai kepada Aisyah sewaktu dalam pemanduan ke Jengka, Pahang. Aisyah tersenyum malu bila ditegur mungkin Azraai melihat dirinya kerap menutup mulut menggunakan tapak tangan bila menguap.
“ lambat lagi nak sampai, nanti abang kejutkan ” Aisyah menganguk lalu cuba memejamkan mata sebelum sampai destinasi yang dituju.
Kegembiraan Aisyah merupakan kesedihan Azraai. Baru 24 jam bernikah kini dia harus membiarkan Aisyah jauh darinya. Belum diperkenalkan kepada uminya, bagaimana mahu memberitahu status dirinya kepada keluarga sedangkan tiada Aisyah di sisi . Tak apalah…! Desis hati Azraai mahu mengubat hati laranya. Lalu disentuh bahagian dadanya yang merupakan bekas jahitannya. Hatiku berada di dalam dirinya, bisik hatinya sekali lagi.
Syed Aril melangkah penuh maskulin keluar dari kereta Peugoet . Berada di Uitm, Jengka Pahang atas arahan pihak atasan membuatkan dia sengaja lewat untuk mendaftar sebagai pembantu mahasiswa. Itu tanda protesnya dalam diam bagi menunjukkan ketidakpuasan hatinya atas arahan itu.
“ Syed Aril, awak punya penempatan dekat Blok Sri Lipis , bilik no 34 ” Ketua pembantu mahasiswa memberikan kunci bilik kepada Aril.
“ thanks ” ucap Aril sambil membuka cermin mata hitamnya.
“ Aril! Kau memang nak kena dengan aku “ Ramli yang baru turun dari tingkat 3 blok Sri Lipis terus menyiku Aril. Aril sempat mempertahankan diri.
“ sorry aku datang lambat, kau blok sini jugak ke ? ” Mereka beriringan mendaki anak tangga menuju ke tingkat 3.
“ bilik kita samalah…sampai hati kau tinggalkan aku keseorangan ”
“ poyolah kau Ramli, hei! Muka ceria aje…dah tersangkut dengan awek dekat sini ke ? “ Ramli mengekeh ketawa.
“ aku setia kepada yang satu bukan macam kau…play, play ” mereka berdua mengekeh ketawa sewaktu masuk ke dalam bilik.
“ nak bertaruh dengan aku ke ? ” cabar Aril apabila Ramli seakan mahu menggelarkan dirinya playboy Malaya.
“ sure! Aril…aku berani bertaruh dengan kau kalau kau sangkut dengan junior kita dekat sini ”
“ okey…see my legs ” Aril menyahut cabaran Ramli.
“ kau nak aku pikat berapa orang junior ? ” tanya Aril bersahaja.
“ minimum dua , maksimum sepuluh ” sengaja Ramli memberi cabaran lebih besar kepada Aril. Lelaki itu menjegilkan biji mata.
“ macam tu baik aku jadikan bini…” Aril ketawa. Ramli turut sama dalam emosi gembira dengan misi mereka tersendiri.
Rupa-rupanya, kedatangan Aisyah ke sini hanya membawa beg baju dan dokumen pada hari pendaftaran sahaja sedangkan perkara paling penting yuran pendaftaran dan kolej masih belum dijelaskan. Ini belum lagi barang-barang asas kelengkapan diri.
“ Aisyah nak ambil makanan , dekat sana ” tegur Azraai apabila Aisyah hanya membuntuti langkahnya di setiap sudut pusat beli-belah di pecan Jengka. Aisyah geleng. Dilihat dalam troli penuh dengan kelengkapan asas seperti bantal, selimut , baldi semua untuk dirinya.
Rasanya banyak benda dia terhutang budi dengan Azraai. Suaminya banyak membantunya semasa pendaftaran penempatan kolej tadi. Kini bertambah berat tugas suaminya menguruskan dirinya yang masih kurang mengetahui hidup di kolej. Dia tidak pernah ke sekolah berasrama mungkin itu yang membuatkan dirinya tidak pernah merasa hidup di luar ditambah lagi dengan kehidupannya kekurangan kasih sayang, tiada tempat untuk dia mengadu kasih.
“ kita ambik biskut, nanti Aisyah duduk dalam bilik boleh makan ” Azraai mengambil 2 tin biskut Muncyh’s . Aisyah tidak menganguk, tidak menggeleng. Baginya dia tidak pernah merasa biskut-biskut berjenis begini.
“ hmm…apa lagi yerk ? “ fikir Azraai akan barang yang perlu dibawa isterinya. Aisyah merenung wajah kulit putih itu.
“ ta…tak payahlah ” Aisyah bersuara bila Azraai mengambil satu tin milo dan sebungkus minuman bijiran. Dilihat harga yang mahal. Azraai tersenyum.
“ tak apa…ini minuman nak sarapan. Isi perut bila pergi kuliah ” ujar Azraai sebelum ke kaunter pembayaran.
“ Encik Azraai pernah duduk kolej ke ? ”tanya Aisyah serba naïf. Nampak gayanya Azraai seperti tahu segala bahan asas dalam rumah.
“ pernah…macam nilah kalau nak duduk kolej. Kena beli barang banyak. Ini abang dah tunjukkan nanti Aisyah dah pandai bolehlah Aisyah ajak kawan beli barang dekat pekan ni ” tukas Azraai pengalaman hidup dan belajar di London mematangkan dirinya bila berjauhan dengan keluarga. Aisyah menganguk tanda memahami sifat berdikari demi hidup.
“ RM 247.30 ” Aisyah sudah terjegil biji matanya bila wanita yang menjaga kaunter bayaran itu menyebut keluruhan harga barang yang dibeli Azraai untuknya. Tetapi melihat wajah tenang Azraai yang selamba menghulur beberapa not kepingan wang RM50 membuatkan dia terpinga-pinga.
“ pasal bayaran kolej tu nanti abang uruskan. Tugas Aisyah sekarang belajar " Azraai menoleh sisi wajah Aisyah.
" terima kasih, tapi...Aisyah nak bayar macam mana dengan Encik ? " soal Aisyah. Azraai tersenyum lalu tangannya mengelus kepala Aisyah membuatkan Aisyah seperti rasa disayangi.
" ini tanggungjawab abang , Aisyah tak perlu bayar balik "
" Aisyah susahkan Encik Azraai ke ? " tanya Aisyah berani.
" taklah...kita sekarang suami isteri, abang memang bersedia pegang amanah ni. Walaupun kita saling tak mengenali tak salahkan kita belajar kenal tanggungjawab masing-masing "
" itupun kalau Aisyah dah bersedia, abang tak paksa " sambung Azraai bila Aisyah termanggu mengambil kira ujarannya tadi.
" maafkan Aisyah " ucapnya itu yang terlintas bila diri sendiri tidak dapat menggalas tanggungjawab sebagai isteri di sisi suaminya.
" Aisyah tak salah apa-apa pun dekat abang, kita baru kenal. Cuma abang pesan, belajar dekat universiti ni banyak cabarannya. Abang harap Aisyah pegang status dan pandai jaga diri "
" InsyaAllah " balas Aisyah. Mampukah dia setia dengan status dirinya sudah berkahwin sedangkan dia bakal bergaul dengan gadis seusianya yang masih bujang layaknya..














No comments:

Post a Comment