Assalammualaikum....( sila jawab yerk!!!)

Hanya menterjemahkan idea....

About Me

Tuesday, January 4, 2011

BAB 17

Sudin berlari lintang-pukang bila sekumpulan anak buah lintah darat mengejarnya. Peluh menitis membasahi setiap inci tubuhnya. Bayang-bayang lelaki bertubuh tegap kian hilang dari pandangannya semasa dia cuba bersembunyi di sebalik sampah-sarap yang bertimbun. Bau busuk menyenak hidungnya, tetapi dia cuba bertahan selama mungkin daripada konco-konco peminjam hutangnya.

Tidak disangka hutang yang mahu dilunaskan menjadi beban kepadanya apabila bunga hutang yang terlalu mendadak naik. Kesal tidak berguna. Sudin melepaskan lelah sendirian.Siapa yang mahu menolongnya sekarang. Dirinya sudah sehelai sepinggang. Azraai! detik hatinya. Tetapi di mana ceruk daerah di Kuala Lumpur menantunya tinggal. Mengingatkan Azraai buat dia terbayang anaknya, Aishah Sofea. Pasti anaknya hidup bahagia dalam mahligai mewah milik menantunya yang kaya itu.

Di mana Azraai ? Mana rumahnya ? Mana Aishah anakku ? Berbalam-balam fikiranya menerjah masuk dalam ketakutan malam ini.

Melangkah ke Kuala Lumpur membuai rasa impiannya mahu hidup senang setelah menyelesaikan satu-persatu beban hidupnya tetapi kini impian tinggal impian. Kenyataan hidupnya kini berada dalam kesusahan dan kesempitan hidup. Dirinya diburu konco lintah darat sehingga ke sini.

Dalam keadaan tertekan, dia rebah di sebalik timbunan sampah itu. Sudin tidak tahu hari esoknya, apa yang berlaku. Mungkin sahaja nyawanya terancam.


" Ayah! " jerit Aishah di ruangan katil. Bergema suaranya menganggu semua ahli biliknya terutamnya si kembar yang terus terjaga. .

" Aishah , mimpi ke ? " tegur si kakak, Fatin Laila yang duduk katil bawah. Berniat mahu mengejutkan Aishah. Sekejapan Aishah bangun. Merenung samar-samar bayangan wajah yang mengejutkannya.

" kita ingat ayah..." ngadu Aishah kepada Fatin Laila.

" pergilah baca yaasin atau ayat kursi. Aishah mimpi aje kan...permainan tidur " Aishah angguk tanda mengiakan . Entah kenapa mimpi buruk berlaku pada dirinya. Ada bayang ayahnya memanggil namanya dari kejauhan. Ayah seperti ditimpa kesusahan waktu ini. Aishah tidak sedap hati dibuatnya. Segera dia turun dan keluar dari bilik. Niatnya mahu mengambil wuduk dan bersolat sunat memohon ayahnya berada dalam keadaan selamat.


" pujuk Aishah, Az . Bawak dia jumpa umi. Macam mana nak yakinkan umi kamu sudah berkahwin hanya dengan surat pernikahan sahaja " pesanan uminya meresahkan jiwa Azraai. Pembaringannya tidak selesa dibuatnya. Sukar untuk lena waktu ini.

" Ya Allah! Macam mana aku nak aturkan semua masalah ini supaya menjadi mudah ? " luahnya, di pandang sejadah yang bergantungan di sudut kamar mewahnya. Lama dia memerhatikan, dengan upayanya dia terus duduk dari pembaringan.

Mengadap tuhan yang Esa satunya-satunya pentujuk dirinya. Bermunajat, menenangkan segala kekusutan yang melanda dirinya.


" Aishah ada bunga untuk awak ? " seorang pelajar memberi sejambak bunga mawar merah kepada Aishah sewaktu Aishah ingin bersiap di dalam biliknya. Sejak peristiwa malam kebudayaan , ramai sudah mengenali siapa gerangan bernama Aishah. Ada yang cemburu tetapi ada yang tidak mahu ambil tahu. Menyelidik siapa Aishah tidak menguntungkan sesetengah mereka. Semua mengambil langkah diam dan lihat sahaja gerak-geri si gadis cantik ini.

" daripada siapa ? " Aishah mengambil bunga itu. Malas memikirkan siapa gerangan pemberi bunga misteri, dia bertanya terus.

" daripada siapa lagi...mestilah abang Aril. Ambik ye...dia datang pag-pagi buta tadi nak hantar bunga aje...lagipun pagi ni dia orang dah balik Shah Alam " pesan pelajar itu.

" baiklah, terima kasih " ucap Aishah.

" sama-sama " ucapnya lalu beredar pergi.

" Wah! pagi-pagi macam ni dah dapat bunga Best nyer...daripada siapa ? " tanya Akma yang baru masuk ke dalam bilik selesai mandi tadi.

" abang Aril " jawab Aishah perlahan suaranya. Akma agak terpaku. Hari semalam, satu kuntum mawar putih, tak sampai 24 jam, pemuda itu sudah memberi Aishah sejambak mawar merah, 12 kuntum kemungkinan. Akma mengambil kad yang terlekat antara bunga-bunga itu.

" Ehem! Aishah dengar ni, dia cakap apa " ujar Akma melihat leretan perkataan dalam kad. Aishah toleh Akma.

" Maaf, sudi berkawan dengan saya ? Yang bernama Aril " Akma membaca mesej yang tertera. Aishah diam, enggan memberi reaksi.

" dia agak tergilakan Aishah. Dia tak boleh terima kenyataan. Kalau Akma dah bohong dekat dia, yang Aishah dah ada pak we tak pun lagi hebat dah berkahwin. Kan senang " celoteh Akma. Aishah teus mendiamkan diri.

" biarlah Akma, nanti abang Aril faham keadaan Aishah yang sebenar " ujar Aishah berharap semua orang akan memahami statusnya sebagai isteri orang suatu hari nanti.

" Aishah " tegur Akma. Aishah sempat menyorot mata kepada kawannya sewaktu dia sibuk mengemas barang.

" Aishah ada kekasih ke dekat Felda ? " tanya Akma sengaja. Bukan berniat mahu masuk campur tetapi melihat keadaan Aishah yang kurang selesa dengan keadaan begini membuatkan dia terjebak dengan kancah pergelutan rakannya. Aishah seperti menyembunyikan sesuatu perkara. Namun ditahan untuk meluahkan. Akma berharap Aishah sudi meluahkan kepadanya daripada berdiam diri menambah durja di hati.

" tak apalah, Aishah tak nak bagi tahu " Akma cuba menyenangkan hati Aishah. Gadis naif ini memang jujur orangnya. Salahnya juga bertanya terlalu peribadi kepada Aishah.

" Akma...nanti kalau Aishah dah sedia, Aishah akan bagi tahu. Aishah tak bohong " ujarnya memahami gerak hati rakannya yang cuba mengecam apa yang terhidu di sebalik keluh-kesahnya selama ini.

" kalau boleh janganlah lambat-lambat beritahu. Nanti apa-apa berlaku susah pulak kita orang dekat sini " pesan Akma. Aishah menganguk jua. Baginya Akma rakan yang terlalu baik buat dirinya.


Di mercu tanda Pancawarna Holding, kerusi presiden dan CEO masih belum panas lagi. Azraai sudah menerima surat peguam bela Camelia yang mahu menuntut keadilan.

" Tuan Azraai nak apa-apa lagi ? " tegur setiusahanya bila majikannya khusyuk membaca sekali lagi surat daripada pejabat peguam.

" hmm...saya nak mintak tolong awak, uruskan permohonan akaun bank isteri saya, ini salinan ic dan tandatangannya " ujar Azraai selamba bercakap dan menyerahkan lampiran salinan kad pengenalan dan cetakan tanda tangan isterinya.

" hah! Tuan dah kawin " setiusahanya agak terkejut dengan ayat yang dituturkan. Azraai menganguk. Apa yang perlu dia takut, kenyataan kini dia suami orang.

" hmm...nanti ada masa saya kenalkan isteri saya. Tolong uruskan secepat mungkin akaun ni "

" oh! Baiklah " Yen terus mengambil kertas itu dan meminta izin keluar dari pejabat Azraai.

" Aishah Sofea Binti Sudin, hmm..." Yen meniliti salinan kad pengenalan perempuan yang baru diberitahu Azraai sebagai isterinya. Sukar mengakui, kerana tiada ribut , tiada angin berlalu seketika pun bila berfikir khabar angin majikannya berkahwin. Apa yang berlaku ? Desis hatinya.

" siapalah budak ni? Umur baru 18 tahun. Susah betul nak percaya tapi...kena percaya jugak. Dia yang cakap tadi " omel Yen Marisa mula kusut dengan status Azraai sekarang. Pen dalam gengaman jari-jemari mengetuk spontan mejanya. Lupa Yen Marisa akan tugasnya tetapi lebih memikirkan kata-kata Azraai.

" Aku yang setiusahanya baru tahu macam manalah Datin Seri nak terima..." fikirnya lagi.

" Ya Allah! Kerja-kerja , nanti kena potong gaji pulak " Yen Marisa bingkas bangun berniat ke bank yang disuruh majikannya.


" Aishah..." panggil Aril enggan mengalah. Sudah berakhir, program minggu mesra pelajar Aril enggan balik, sebolehnya dia mahu takluki hati yang keras seperti batu itu. Hilang pertimbangan hidupnya, bila Aishah melarikan diri sedangkan dia sudah berdiri tencongok di depan blok kediaman gadis itu selepas majlis bersurai.

" kenapa abang Aril buat Aishah macam ni " Aishah kian takut dengan tindakan Aril yang cuba menghalang perjalanannya.

“ kenapa abang Aril tak pulang lagi ? “ tanya Aishah menghilangkan sedikit kegugupannya. Aril tiada kuasa mahu menjawab dua soalan yang membuatkan wajah cintanya akan hilang serta-merta.

“ hmm...Aishah boleh kita berbual sekejap ? ” Aishah jadi serba-salah pula.

“ Aril nak cakap sekejap dengan Aishah dekat gazebo sana “ tunjuk Aril dengan muka yang serius. Bagai bertandang seribu permasalahan.

“ mari “ ajak Aril yang menapak langkah dahulu ke arah gazebo yang terletak dua meter dari blok kediaman Aishah.

Hendak tak nak, Aishah membuntuti langkah Aril. Mungkin Aril ingin menuturkan sesuatu yang penting kepadanya sebelum berangkat pulang ke kota.

Aishah duduk dengan muka tertunduk di gazebo, Aril pula berdiri bersandar di tembok gazebo sambil merenung jauh pohon bunga kertas yang tertanam rapi dalam pasu bunga .

" Jangan ingat, apa yang kita tamatkan malam tadi adalah pengakhir segala usaha Aril kepada Aishah "

" maksud abang ? " terdongak wajah Aishah merenung Aril yang serius menuturkan bait kata itu. Dalam gusar hatinya, Aishah berharap Aril tidak akan menyimpan dendam apa-apa pun kepada dirinya.

" Aril mengaku dengan Aishah yang...Aril ada kekasih sebelum ini . Aril pasti yang Aishah akan keliru dengan cara Aril menyintai Aishah. Tapi...Aishah kena tahu yang Aril baru kenal apa itu cinta. Melihat Aishah, Aril dapat rasa sesuatu yang bakal merubah hidup Aril. Aril mahu jadi seorang yang baik. Jadi...bagi Aril peluang untuk kenal Aishah, seumur hidup Aril ni " luah Aril.

" kenapa sampai macam tu...Aishah tak ada apa-apa nak diberi pengharapan "

" Aril tak taruh harapan lagi kepada Aishah. Tapi...Aril akan sentiasa berusaha jadikan hati ini milik Aishah " ujar Aril, dengan sinar matanya menerangi setiap sudut mata Aishah. Aishah berpaling ke arah lain .

" tak mungkin " balas Aishah. Aril terkedu. Aishah semakin berusaha untuk mengelak. Semakin berdekatan dengan gadis ini semakin kental hatinya menolak segala kata-kata pujukan sang pemujanya.

" kenapa ? " berkerut dahinya dengan cara Aishah. Suasana sepi seketika, angin yang berarak tenang kian terasa. Aishah melirih Aril, menghela nafas sejenak. Lalu telapak tangannya menyentuh bahagian dadanya. Ingin merasa hati yang sentiasa bersatu denganya sepuluh tahun dulu. Berbekas sekali...dalam jiwanya.

" hati Aishah sudah dimiliki...Aishah tak boleh berpisah sekali pun berpaling tadah. Dia sentiasa dekat dalam hati walaupun bayangannya tiada di mata " sekilas sendunya bertandang. Aril terpaku. Hati Aishah sudah dimiliki ? saat ini fikirnya menggunakan kewarasan akalnya bukan hasutan syaitan.

" Aishah penumpang hati dia. Dia terlalu baik buat Aishah. Mungkin tak ada dia, Aishah akan mati. Sampai bila pun Aishah tetap cari dia walaupun Aishah tak tahu dia masih hidup atau mati. Aishah nak cuba setia " jelas Aishah dengan juraian air mata.

" tapi...siapa Aishah ? " Aril agak kurang jelas dengan kenyataan Aishah.

" dia...penderma hati yang ada dalam tubuh Aishah " jelasnya berharap ini yang terakhir untuk Aril faham isi hatinya.

" macam mana semua ni boleh berlaku ? " tukas Aril , melonjak hatinya ingin tahu kehidupan silam Aishah yang sebenarnya.






No comments:

Post a Comment