Assalammualaikum....( sila jawab yerk!!!)

Hanya menterjemahkan idea....

About Me

Tuesday, June 22, 2010

BAB 10

" Umi kau dah tahu tujuan kau datang sini? Aku risaulah Az. Kita ni macam bersubahat pulak " ujar Razali saat berada dalam kereta. Azraai memandu tenang waktu perjalanan ke rumah Aishah.
" Bersubahat? Apa kau cakap ni...aku nak bincang dulu dengan ayah dia. Kalau semua berjalan lancar. Aku nak bawak umi aku ke sini " terang Azraai.
" kau tahu tak bapak dia ni kalau bab duit memang guarantee lepaskan anak dia tu. Lebih lagi kau dah tercakap dengan dia yang kau nak kahwin dengan Aishah "
" aku tak kisah, asalkan aku dapat keluarkan Aishah dari penderitaan"
" kau pasti keluarga kau terima Aishah ? Aku tak rasa umi kau boleh terima waktu awal-awal macam ni. Adik-beradik kau lagilah aku tak boleh percaya " bebel Razali.
" kita dah sampai pun, kau tenanglah Zali aku mintak pertolongan kau waktu ni. Bagi aku kaulah satu-satunya sepupu dunia akhirat aku "
" okey! Aku tolong. Tapi...kalau tak jadi apa-apa antara kau dengan Aishah aku bersyukur sangat "
"kenapa ? " berkerut dahi Azraai.
" sebab taraf kau dengan dia tu macam adik dengan abang tau bezanya. Aril pun umur lagi tua daripada Aishah " Razali mengingatkan jurang umur antara adik-beradik Azraai dan Aishah.
" tak ada apa-apalah Zali. Kau yang cuak sangat. Aku steady aje..." Azraai memberi komen. Dia tidak pernah memikirkan perbezaan umur begitu rupa.

Sudin memandang antara satu sama lain. Baik Azraai dan Razali masing-masing menunggu bicara pertama dari mulut Sudin.
" kau nak jadikan anak aku isteri kau ? " pertanyaan itu terarah kepada Azraai. Azraai tenang Razali pula kalut gayanya.
" saya memang dah pasang niat nak berkahwin dengan Aishah. Cuma belum meluahkan aje. Jadi dah bertemu dengan pak cik ni saya rasa lebih baik saya berterus-terang. Saya memang ada perasaan kepada Aishah " ujar Azraai berkeyakinan. Sudin tersenyum.
" apa bukti kau boleh bagi aku percaya yang kau minat anak aku ? " lantas Azraai menyeluk poket seluarnya mengeluarkan kotak cincin.
Sudin rakus membuka kotak itu. Cincin emas putih ada berlian di tengah.Terlopong dia melihat.
" saya akan beri berapa yang pak cik nak " ujar Azraai menyakinkan Sudin.
" Boleh! Boleh! Aishah mari sini nak " laung Sudin tidak sabar. Aishah yang baru siap memasak bergegas naik ke atas.
" nak! Ayah kawinkan kau dengan dia. Kau hidup senang nanti " Aishah terkesima dengan kata-kata ayahnya. Matanya menjunam ke arah Razali dan pemuda yang baru dikenali minggu lepas.
" ayah cakap apa ni..." Aishah meminta kepastian daripada Razali apabila ayahnya bagai orang gila.
" Aishah kalau tak ada halangan, dan lamaran saya diterima ayah awak. Saya ingin berkahwin dengan awak " jelas Azraai.
" jangan main-main dengan saya. Saya...." Telah Aishah baginya itu hanya satu sandirawa.
" benar nak, ayah akan kawin kan kau dengan dia bulan depan. Ayah tak ragu lagi kau hidup senang bila kawin dengan dia" telunjuk Sudin ke arah Azraai. Aishah mahu pitam saat itu tetapi dia bertahan di dinding rumahnya. Bala apa yang menimpanya sehingga nasibnya jadi begini. Air matanya jelas gugur di pipi membuatkan Razali dan Azraai terkesima. Namun Sudin tidak menghiraukan lalu mencapai kotak cincin dan mahu disuakan pada jari manis anaknya.
" pakai cincin ni nak, ayah tak sabar nak kawinkan kau " gaya tergesa-gesa Sudin memualkan Aishah. Tanpa malu dihadapan tetamu Aishah merentap tangan tua itu yang ingin menyarungkan cincin ke jari manisnya. Lantas kotak cincin itu jatuh. Aishah terus berlari anak keluar dari rumah dengan tangisan berjela-jela.
" Aishah! Kau nak ke mana ? " Sudin sempat melaung nama anaknya yang sudah jauh berlari.
" pak cik. Saya tak memaksa kalau Aishah menolak. Saya berundur " Azraai bangun diiringi Razali benar kata sepupunya, Aishah pasti tidak dapat menerima lamarannya hanya kerana sebuah pertemuan. Tetapi hatinya masih terikat dengan hati yang dimiliki Aishah.
Azraai memungut kotak cincin dan cincin yang terjatuh atas lantai. Sudin menerpa Azraai waktu lelaki itu ingin balik.
" jangan! Jangan! Anak saya akan terima. Bagi saya masa berbincang dengan dia. Saya akan turutkan permintaan Encik " Sudin gabra. Dia takut hilang habuan puluhan ribu ringgit yang dinantikan. Azraai diam, menoleh Razali.
" saya sanggup sujud depan Encik " lantas Sudin bersujud namun ditahan Azraai. Dipandang wajah tua itu.
" jangan! Saya bukan tuhan untuk disujud. Saya akan beri ruang masa kepada pak cik. Tapi...pak cik jangan memaksa Aishah" Sudin menganguk dalam hati memang meradang dengan sikap Aishah. Nanti kau siap aku kerjakan! bentak hati Sudin berlumuran amarah.

" ibu...Aishah tak nak kawin " Aishah meluahkan perasaan sedihnya di hadapan pusara ibunya. Meratap sedih. Malah hatinya dibalun perasaan sayu mengenangkan hidupnya yang terumbang-ambing. Ada bahagia cuma sekelip mata, ada kesedihan sepanjang hayat dia menanggung.
" Kenapa ayah jahat, ibu ? Ayah tak pernah faham perasaan Aishah. Isk! Isk " Aishah mengetap bibir menahan sendunya. Tanah perkuburan yang sunyi itu tidak membangkitkan rasa takut pun dalam dirinya. Kekerapan dia menziarahi kubur ibunya membuatkan dia sudah biasa dengan ketenangan begini.
" Ya Allah tolonglah HambuMu ini...fahamilah permintaan hati ini " ucap Aishah sambil menatap sayu pusara arwah ibuya.

" Mana Aishah ? " membulat mata Sudin mengadap Mak Usu dan Pak Usu.
" dia tak ada dekat sini " jawab Pak Usu cuba bersikap sopan dengan lelaki gila ini. Sudin bercekak pinggang di halaman rumah adiknya.
" ada apa bang ? Kalau ia pun masuk rumah dulu "
" aku tanya mana Aishah. Kau sembunyikan dia kan ? " tuduh Sudin mula naik ke atas rumah. Menolak badan adik iparnya. Melilau matanya mencari sekitar ruang tamu rumah itu.
" kau dah cakap dia tak ada " ujar Mak Usu. Nasib baik waktu itu anak-anaknya bersekolah agama tak adalah menakutkan mereka semua dengan perangai Sudin. Sudin memusing badan mengadap suami isteri itu.
" aku nak beritahu, tolong pujuk Aishah terima lamaran orang kaya dekat KL tu "
" lamaran apa bang ? Siapa orang tu ? " Mak Usu tidak tahu menahu hal ini. Begitu juga Pak Usu, amat terkejut
" aku nak kahwinkan dia bulan depan dengan Azraai. Dia sepupu Razali. Anak peneroka Felda ni " terang Sudin
" Aishah tak pernah cakap pun dengan saya, bang "
" aku yang nak kahwinkan dia orang berdua. Aku nak dia hidup senang. Aku tak nak menyusahkan kau lagi tanggung hidup dia "
" tapi Aishah nak..." Pak Usu ingin mencelah memberitahu niat Aishah ingin belajar namun ditahan isterinya.
" nanti saya cuba cakapkan. Abang baliklah " ujar Mak Usu sebolehnya dia mahu memikirkan kata-kata Sudin ada benarnya.

Akhirnya tempat Aishah menumpang tidur adalah rumah Mak Usunya. Dia tidak berani balik ke rumahnya untuk beberapa waktu yang dia tidak pasti.
Namun dia tidak meluahkan masalah yang berlaku siang tadi kepada Mak Usu dan Pak Usunya.
" dah Aishah, berhentilah bersihkan dapur ni. Mak Usu boleh buat nanti. Aishah kalau nak tidur sini, tidurlah dekat bilik Laila. Dia kerja malam hari ni " Aishah menganguk. Meja makan yang lekit dengan kuah lauk masak gulai dilap dengan kain buruk.
" Aishah mengantuk ke ? " tanya Mak Usu. Aishah geleng pula.
" Aishah " panggil Mak Usunya serba salah pula. Aishah mengangkat muka melihat wajah resah Mak Usunya.
" tak apalah. Nanti Aishah dah siap terus tidur tau " Mak Usunya terus berlalu pergi.
" Mak Usu, esok pagi Aishah teman Mak Usu ambil getah " beritahu Aishah.
" yelah. tidur awal ye Aishah " pesan Mak Usunya. Aishah menganguk.

" Dah cakap dengan Aishah, Mah ? " tanya Pak Usu kepada Mak Usu.
" belum...biarlah dia tenangkan diri dulu "
" abang macam pernah kenal dengan dengan nama Azraai tu. masa cukup jambul anak Encik Razali hari tu abang nampak orang yang dermakan hati dengan Aishah dulu. Rasa-rasanya seingat abang namanya Azraai. Tapi...abang tak tahu pulak yang Azraai tu sepupu Encik Razali sebenarnya " jelasnya mengingatkan kisah lalu dengan apa yang dia hadapi sekarang sewaktu bertemu Azraai di rumah Razali.
" tak payahlah abang fikir hal tu. Aishah dah sihat pun. Kita pun tak diberitahu siapa penderma hati Aishah jadi macam mana kita boleh kenal. Yang penting sekarang, tolong Mah pujuk Aishah "
" Mah tak kesian ke dengan Aishah. Dia kena korbankan usia muda dia kawin dengan orang yang dia tak kenal. Sudin boleh cakap hidup Aishah senang dapat suami kaya tapi...Aishah takkan bahagia nanti "
" bahagia tu boleh datang bila Aishah belajar tanggungjawab sebagai isteri. Kita nak tengok dia hidup terurus. Tak mintak perhatian orang. Kalau dia dah ada suami, Aishah dapat perlindungan "
" kalau betul. Kalau dapat suami kaki pukul. Hendaknya keluarga belah lelaki tak terima Aishah. Makin haru-biru hidup budak tu "
" abang...janganlah doakan macam tu. Mah pasti dia boleh belajar hidup berumah tangga nanti "
" ikut suka Mah lah. Abang memang tak nak Aishah kecewa. Dia masih muda. Ada impian walaupun kita tak dapat nak tolong dia capai cita-cita nak belajar "
" alah abang ni...kita pun dulu kawin masa belas umur. Tak jadi masalah pun " suaminya terdiam. Sukar membantah kata-kata isterinya pula bila berkenaan Aishah.

" Abang! Abang Afi ada kejutan untuk abang " Afifah melonjak girang lalu memeluk lengan abangnya. Azraai baru sampai di villa hanya mengikut sahaja kehendak adik perempuannya ini. Dia yang lewat sampai ke villa baru pulang dari rumah Razali yang jauh di selatan tanah air.
" Umi...nak Afi cakap ke atau umi yang cakap " minta Afifah manja. Azraai duduk menyandar di sofa empuk. Fikirannya kemana hanya mengingati peristiwa siang tadi di rumah Aishah.
" biar umi yang cakap. Az dengar sini nak " Azraai sedar dari lamunan lalu memandang emaknya yang meminta perhatian.
" Umi nak ajak satu keluarga pergi umrah. Az nak ikut ? "
" lepas tu...kita sekeluarga nak pergi bercuti dekat seluruh negara Timur tengah " celah Afifah tidak sabar.
" bila umi ? "
" dua minggu lagi "
" cepat betul umi. Dah uruskan pasport ? "
" belum, tu yang nak tanya Az ni...nak pergi sekali tak ? "
" hmm...Az rasa banyak kerja yang kena Az uruskan. Niat nak pergi umrah tu Az memang dah rancang tapi bukan tahun ni " jelas Azraai.
" kalau macam tu, Az tak dapat pergilah ? "
" maaflah umi. Tak apa nanti Az uruskan passport dengan visa semua. Aril dengan Arisa ikut sekalikan ? "
" Aril...umi tak pasti. Afi, betul ke dah tanya Aril ? "
" dah...dia kata bulan ni dengan bulan depan dia sibuk. Umi...kan Aril ahli majlis perwakilan pelajar mestilah dia kena uruskan pelajar baru masuk bulan depan "
" jadi Az tinggal dengan Arillah dekat villa ? " tanya Azraai.
" yelah! Habis dua-dua bujang tak nak ikut " tukas Datin Sharifah Kursiah. Azraai tersenyum sahaja.
" Az bukan apa umi, peguam Mel dah hantar surat saman dengan surat mahkamah " jelas Azraai memberitahu masalahnya. Datin Sharifah Kursiah terkejut mendengarnya. Afifah pula hanya mampu diam.
" dahlah umi batalkan pergi umrah " drastik keputusan Datin Sharifah Kursiah. Afifah pula yang terkejut beruk dengan keputusan uminya. Namun Azraai tidak menunjukkan sebarang reaksi.
" kenapa pulak umi ?Ini yang Afi tak suka " Afifah menunjukkan sikap kebudak-budakkannya.
" abang Afi tengah susah dekat sini, kita pergi jalan tinggalkan dia. Umi tak jadi pergilah " waktu ini Azraai
" abang...kan benda tu boleh ditangguhkan. Abang pun belum pasang peguam kan "
" Afi nak pergi dengan umi pergilah. Abang boleh uruskan hal ni. Umi jangan risau sangat. Az memang boleh handle hal ni, percayalah "
" umi tak nak tinggalkan anak umi bila keadaan macam ni..." getus Datin Sharifah Kursiah. Mata tuanya sayu.
" tengok bang, umi dah sedih "
" ini salah Az, biarlah Az yang tanggung.Umi fahamkan. Antara Az dan Mel biarlah kami berdua selesaikan masalah bersama "
" abang...masih sayang Kak Mel atau dah ada pengganti sebenarnya ? " agak kritikal Afifah bertanya lalu Datin Sharifah Kursiah menepuk lembut paha Afifah mahu menyedarkan bicara anaknya tidak kena dengan situasi Azraai waktu ini. Azraai hanya mampu tersenyum hambar sahaja. Mahu meluahkan hasrat hati kepada uminya bahawa sudah terpikat dengan gadis kampung agak keberatan lebih-lebih lagi niat uminya menunaikan umrah sekeluarga dan Afifah pula mahu melancong. Sebolehnya dia tidak mahu mengundah-gulanakan seluruh keluarganya. Cuma...adakah keputusannya untuk berkahwin boleh diterima semua ahli keluarganya, itu yang dia fikirkan.
" kalau Az memang dah ada pengganti. Umi tak marah. Bawaklah dia kesini "
" abang janganlah berahsia dengan kita orang adik-beradik. Abang kan dah jadi bujang terlajak. Dah tak ada jalan nak undur lagi. Kalau dah jumpa yang berkenan, tangkap aje..." Azraai ketawa. Uminya turut tergelak.
" agaknya...Afi pun main tangkap aje buah hati Afi tu " getus Azraai mengingatkan salam perkenalan Rizal Zainuddin teman adiknya
" hei! Afi tak macam tu ye bang "
" yelah...abang nak naik atas. Abang nak jumpa Arisa, rindu betul dekat dia. Ini...mana Aril, umi ? Tak dengar sound sistem dia malam-malam macam ni..." omel Azraai akan adik ketiganya itu.
" dia pun sibuk macam abangnya jugak. Ada mesyuarat perwakilan katanya..." ujar umi.
" patutlah sunyi sepi aje...pastikan umi, Afi tidur awal. Nanti Aril balik rumah ni boleh bingit " Azraai sempat cium tangan uminya lalu mengarah ke tangga villa.
" Az nak air panas ? "
" tak apalah umi, Az nak rehat dulu " jawab Azraai sambil mendaki tangga.
"hmm...kalau ada isteri kan senang . Terbela sikit pakai minum abang kamu tu "
"selama ni tak cukup ke kita layan abang sebagai ketua keluarga " ujar Afifah
" Afi, layanan seorang isteri berbeza berbanding layanan ibu kepada anaknya.Kalau umi hidangkan air untuk abang hanya sebagai seorang ' ibu ' hati dia tak terkesan sangat tapi...kalau isteri semakin jatuh sayang dibuatnya"
" patutlah abang putus dengan Kak Mel, dia nak dilayan macam raja rupa nyer...Kak Mel sibuk so memang confirm tak boleh jadi isteri solehah "
" kalau itu yang terbaik buat abang Az, umi terima. Abang Az tak pernah buat benda tak elok belakang umi "
" jadi apa yang umi harapkan Afi pun contohi abang. Aril pun sama. Cuma kadang-kadang umi risau anak umi sorang ni. Afi kena pandai jaga diri, tak boleh manja selalu. Lagi satu, bila nak kerja dengan abang? . Tak kesian ke tengok abang kerja sorang-sorang ? "
" abangkan ada pekerja ramai. Afi rasa...kalau Afi tak kerja dekat sana pun sama aje tak ada apa-apa perubahan " ulas Afifah.
" tapi tak terfikir ke bantu abang, usahakan syarikat arwah abi sama-sama " Datin Sharifah Kursiah mengingatkan permintaan arwah suaminya keatas anak-anaknya. Mengharapkan Azraai menjaga keluarga dan mahukan anak-anaknya mewarisi syarikat turun-temurun.
" Aril , umi tak cakap pun macam tu " Afifah cuba mengelak malah mengaitkan nama adiknya.
" Aril pun sama , umi ada tegur dia. Aril tengah belajar. Afi ni dah habis belajar kenalah rebut cepat peluang pekerjaan depan mata, abang dah bagi peluang jangan sampai peluang tu hilang. Ramai nakkan jawatan Afi dekat luar "
" jawatan apa yang abang bagi dekat Afi ? " Afifah merasakan ada jawatan besar tersedia untuknya di syarikat kontraktor mega itu.
" tanyalah abang "
" umi lah cuba tanyakan. Sejak akhir-akhir ni abang tu sibuk aje...keluar pagi balik malam "
" umi pulak disuruh tanya " lantas Datin Sharifah Kursiah mencubit lengan anaknya. Afifah menyeringai sakit.

" aku tak pastilah nak pergi sana ? " Aril sukar memberi jawapan pasti akan tugasannya sebagai ahli majlis perwakilan pelajar. Dirinya akan dibawa ke Uitm cawangan Jengka, Pahang sebagai pembantu mahasiswa di sana.
" tak jadi masalah sebenarnya bagi kau, Aril. Kenderaan, makan dan minum semua ditanggung " ujar Rosyam, ketua majlis perwakilan pelajar Uitm, Shah Alam.
" bukan sebab tu, aku sebenarnya...tak biasa dengan susana macam...pedalaman " jujur Aril memberi sebab.
" inilah wakil pelajar yang tak bersedia dengan apa tugas dan cabaran. Selama ni, aku tengok kau ok aje...kalau diberi tugas dalam perwakilan " tegur Rosyam.
" kalau setakat tugas dekat area Shah Alam ni, aku tak kisahlah. Ini..."
" dahlah...kalau aku orang atasan aku letakkan kau dekat sini. Aku ikut aje arahan orang atasan "
" mana tau...kau kenal ' frashie ' dekat sana yang lagi cun daripada sini " celah Sulaiman.
" kau ingat aku nak kenal ke budak pedalaman macam tu. Aku tak sukalah " bentak Aril lalu merenggus geram selesai perbincangan dengan Rosyam.
" aku kan ada, kita sama-sama pergi. Tak adalah kau bosan dekat sana " Sulaiman memujuk Aril.
" yelah...kau tu sebenarnya yang nak sangat ke sana "
" gitulah kawan. Nanti jangan lupa bawak gitar kau. Kita plan nak buat show lepas tamat MMS "
" tengoklah kalau aku ingat " sahut Aril melangkah lemah ke arah keretanya.

"














No comments:

Post a Comment