" Macam mana Pak Usu ? Dah tanyakan dekat FELDA , Aishah boleh dapat biasiswa ? " Aishah rasa tidak sabar mahu menunggu jawapan daripada Pak Usunya selesai membekukan getah.
" Pak Usu harap, Aishah tak sedih. Pengurus cakap sepatutnya Aishah kena mohon lepas dapat keputusan SPM hari tu, sekarang dah terlambat " bohong Pak Usunya. Dia sebenarnya tidak mahu Aishah belajar setinggi mungkin, pemikiran kampungnya terbatas, anak gadis hanya perlu bekerja dan berkahwin. Tidak kemana jika belajar akhirnya ke dapur juga akhirnya.
" betul ke Pak Usu ? Aishah ingat boleh mohon bila-bila masa " Aishah sedikit kecewa. Manakan tidak duit hasil kerja menoreh sudah dirampas ayahnya.
" tak apalah, mungkin belum rezeki Aishah "
" Aishah memang perlukan duit. Aishah belum bayar yuran pengajian. Sekarang Aishah tak tahu nak cari dekat mana " adu Aishah berterus-terang dengan keadaannya.
" maaflah, Pak Usu tak dapat nak tolong Aishah belajar "
" Pak Usu memang tak nak Aishah belajar ye ? " duga Aishah memandang raut wajah Pak Usunya. Ada rasa serba-salah pada wajah tua itu.
" taklah Aishah. Pak Usu cuma harap Aishah tak tinggalkan Pak Usu dengan Mak Usu. Kalau jauh macam manalah nak berhubung. Pak Usu bukannya ada kereta nak hantar Aishah. Aishah kena sedar kemampuan keluarga kita "
" tapi...arwah ibu mintak Aishah belajar. Nanti bila Aishah dah belajar tinggi-tinggi ibu nak bagi hadiah dekat Aishah "
" hadiah apa ? " tanya Pak Usunya.
" Aishah tak tahu, tapi Aishah boleh dapat hadiah tu masa umur Aishah 25 tahun " Pak Usunya tersentak, apa harta arwah Salmah akan Aishah dapat pada umur 25 tahun! getusnya dalam hati.
" okeylah, Pak Usu. Nanti pandai-pandailah Aishah cari duit lagi. Rezeki ada dekat mana-mana. Aishah balik dulu. Assalamualaikum "
" waalaikummussalam " Pak Usu masih sempat berfikir akan kata-kata Aishah.
Azraai tekun meniliti beberapa dokumen di atas meja pejabatnya. Saat fokusnya atas fail yang menimbun, dia dikejutkan dengan bunyi interkom daripada setiusahanya di luar pejabat.
" ada apa Yen ? " tanya Azraai akan setiusahanya yang bernama Yen Marisa, berdarah kacukan Melayu-Siam.
" Cik Camelia mahu berjumpa Tuan Syed . Cik Camelia ada di sini. Boleh Cik Camelia masuk ? " Camelia yang mendengar sorotan suara perbualan antara tunangnya dan setiusaha itu menanti dengan sabar. Sebolehnya dia mahu mengejutkan tunangnya. Dia mahu tunangnya gembira dengan keputusan dirinya. Berikutan kontroversinya menjadi-jadi biarlah dia menutup sesuatu yang buruk pada dirinya dengan sebuah perkahwinan yang indah.
" Cik Camelia boleh masuk "
" thanks, oh ! this is for you " sempat Camelia menghadiahkan sekotak hadiah kepada Yen.
" terima kasih Cik " Yen sempat membalas senyuman manis Camelia. Walaupun Camelia dilanda cemuhan namun salebriti ini tampak bersahaja lagak seperti tiada apa yang berlaku.
Camelia menguak pintu pejabat yang tertera nama ' Tuan Syed Azraai Bin Datuk Syed Hamidi ' selaku Presiden syarikat Mega yang tersenarai dalam papan utama Bursa Saham Malaysia.
" hai sayang " mesra nada Camelia. Sudah lama dia tidak bertatapan dengan sang kekasihnya.
Azraai masih boleh membalas senyuman itu tetapi tawar. Seperti hilang kuntuman bahagiannya.
Camelia terus memeluk Azraai dari belakang duduk tunangnya. Bau haruman minyak wangi Hugo Boss mengoncang jiwa perempuannya akan ketampanan lelaki ini. Namun Azraai segera menolak tingkah Camelia. Sesak dadanya dibuat begitu.
" kenapa you ni ? I datang sini pun you buat tak endah aje...I taulah you banyak kerja. Tapi you hargailah kedatangan I " tinggi suara Camelia. Dia naik angin tiba-tiba bila nada kemesraanya seperti tidak tersentuh oleh Azraai.
" Az ada buat macam tu dekat Mel ? " tanya Azraai sengaja dalam nada lembut.
" kenapa you ni ? Moody aje "
" Mel...nak apa sebenarnya sampai datang sini ? "
" saja...nak bincang pasal our marriage. I dah buat keputusan akan buat sidang media lepas tentukan tarikh nikah kita "
" Mel kata belum sedia "
" You...sekarang I dah fikir. I dah bersedia hidup dengan you sehidup semati " Camelia duduk berhadapan Azraai. Duduk Azraai tidak senang. Lama dia membekukan diri kepalanya terasa ada tali yang mengikat mati lehernya sehingga dia lemas untuk berhadapan dengan Camelia.
" Hei! You tak sihat ke ? I tak nak you macam dulu, derma organ sampai korbankan diri. Waktu tu I tak sanggup nak tunggu you sedar. Tiga bulan you baru sedar. Budak yang dapat hati you tu langsung tak ucap terima kasih " Camelia bangun memandang cermin kaca membelakangi Azraai. Panorama Masjid Negara tersergam indah dari bangunan pancakar langit ini. Azraai terasa rupanya ini sikap Camelia. Baru tadi mahu hidup semati dengannya.
" Mel...kalau kita ditakdirkan kahwin sanggup tak you berhenti kerja "
" hmm...pasti I berhenti kalau ada ganjaran " Camelia tersenyum nakal . Dia berharap Azraai menurunkan syer saham syarikat kepadanya sebelum berkahwin.
" ganjaran? "
" alah...you faham-faham sendirilah. Kalau I berhenti bidang ni...jadi isteri you takkan I...24 Jam duduk rumah. At least ada kerja sikit. Taklah Umi you tu...ingat I goyang kaki "
" you nak kerja apa ? "
" I nak...kerja sama tinggi dengan you " bisik Camelia ke telinga Azraai. Sempat dia mengurut bahu lelaki itu yang beralas kemeja.
"what ? " Azraai menoleh Camelia yang berada di belakang.
" no!Just joking. Oh! Make sure you datang rumah ayah I malam ni. Kita bincang tarikh nikah " Camelia tersenyum tawa lalu mencapai tas tangannya atas meja pejabat. Azraai pula masih berfikir apa yang dimaksudkan Camelia.
" Mel! " panggil Azraai saat Camelia ingin keluar. Camelia memandang Azraai. Ada getar di dada Azraai untuk menuturkan kata-kata. Baik Camelia yang sudah pasti tunangnya atau Aishah yang kian mencuri hatinya dia tidak perlu berdalih lagi. Biarlah dia menolong insan yang teraniaya daripada menjadi insan yang hanya mengikut kata hati berunsur nafsu.
" kita dah tak sehaluan. Kita putus " seraya Azraai menanggalkan cincin plantinum di jari manisnya. Camelia terbeliak matanya. Apakah ini satu gurauan! terus kelam pandangan mata Camelia.
" Saya takkan maafkan awak, Azraai " selar Datuk Wafi kepada Azraai di hadapan semua ahli keluarga Azraai. Datin Sharifah Kursiah mengurut dada waktu itu. Tidak menyangka sama sekali Azraai drastik memutuskan pertunangannya dengan Camelia.
" kalau berlaku apa-apa ke atas anak saya, saya tak ragu-ragu bawak hal ni ke mahkamah "
" Mel pasti tahu jawapannya kenapa saya perlukan perpisahan ni " jawab Azraai. Semasa di pejabat dia sudah meluahkan perasaannya kepada Camelia, bahawa dia cukup tidak memahami diri bekas tunangnya sejak menjadi artis. Namun Camelia menolak mentah-mentah dan mengatakan Azraai tidak dapat menerima dirinya seadanya.Akhirnya, permasalah ini bertambah rumit.
" kalau Datuk nak menyalahkan anak saya, kenapa Datuk tak fikirkan perangai Camelia. Ada dia jaga air muka Azraai bila dia teguk arak. Ini ke didikan Datuk kepada Camelia " gigih Datin Sharifah Kursiah bersuara membela anaknya. Afifah mencerlung tajam Datuk Wafi sambil berpeluk tubuh di sofa. Aril pula menyumbat ear phone ke telinga lalu memasang MP3. Sedikit pun tidak mahu membela abangnya sendiri. Arisa pula duduk sebelah abangnya dipeluk erat tubuh Azraai tanda sayang kepada abang sulungnya.
" itu hak dia saya tak pernah larang asalkan dia tak buat jenayah. Kalau beginilah cara kamu, Azraai sampai bila-bila orang akan membenci kamu. Kami akan bela Camelia dan saya menuntut hak saya dalam tuntutan saman ke atas kamu. Tunggu kedatangan peguam saya " laung Datuk Wafi sebelum meninggalkan villa empat tingkat yang tesergam indah atas bukit ini.
" maafkan Az, umi " Azraai melutut depan uminya sambil dilihat adik-beradiknya.
" umi tak salahkan Az. Az dah buat keputusan untuk diri Az. Biarlah yang pahit ni kita telan bersama "
" hmm...lepas ni bolehlah kita bakar album tunang tu " Afifah bangkit bangun. Azraai menoleh gerangan adiknya yang sanggup berkata begitu. Aril menungkitkan bahu tanda tidak tahu apa-apa lalu membuntuti langkah kakaknya naik ke tingkat atas villa.
" ki...ki...kita sayang a...bang " Arisa kembali merangkul tubuh Azraai. Azraai membalas pelukan itu. Datin Sharifah Kursiah mengelus kepala Azraai tanda menyokong anaknya.
Razali tidak dapat melelapkan mata malam itu, apabila mendapat khabar berita dari Azraai. Keresahan Razali mengagak bahawa semua ini berkait dengan Aishah. Kalau betul Azraai nak kahwin dengan Aishah, mesti dia datang hujung minggu ni! getus Razali. Apabila Azraai meminta pertolongannya untuk berjumpa ayah Aishah.
Wani yang tersedar dari lamunan tidur, terganggu dengan tingkah suaminya yang berpusing badan kiri kanan.
" abang ada masalah ke ? " Wani bertanya sambil terpejam mata.
" ha! Tak, tidurlah " sahut Razali dalam terkejut. Rupanya dia menganggu tidur isterinya.
"nanti kalau anak kita menangis abang tolong buatkan susu ? " Dalam terpejam sempat Wani mengingatkan tugas suaminya pada waktu malam.
" yelah! " jawab Razali sambil merenung jam di dinding sudah tepat pukul 12 tengah malam.
Tak apalah esok aku call Az! detik hati Razali cuba menenangkan perasaan.
Dalam kesunyian malam, Aril memetik gitar di balkoni biliknya di tingkat tiga. Alunan melodi lagu Kau Ilhamku dari getaran gitar mencetuskan rasa harmoni di mindanya. Dibiarkan angin malam menyerbu ke arah dirinya yang hanya memakai singlet putih dan seluar boxer.
"Sedetik wajahmu muncul
dalam diam
Ada kerdipan ada sinar
Itukah bintang ataupun rembulan
Terima kasih ku ucapkan"
Suara serak basah Aril ada cara tersendiri mengalunkan lagu yang bermakna dalam jiwanya. Lagu yang diminati dan bermakna dalam dirinya. Dia mahu gadis yang dicintai muncul seperti dalam bait lirik indah ini. Tetapi sukar untuknya dia menelah gadis bak bintang ataupun rembulan setelah dia saling bertukar pasangan wanita. Dia keliru apa yang dia cari. Cantik, menggoda, lemah lembut, bergaya! Ah! Apa ada wanita yang buat jiwaku meroyan suatu hari nanti, desis hatinya tertanya-tanya . Selama ini, semua gadis yang didampingi hanya menambah beban kepalanya. Semua mahu kesenangan ke atas dirinya.
Afifah yang baru keluar dari perpustakaan di tingkat tiga villa. Dari luar terdengar suara Aril dari dalam bilik dengan bunyi gitar . Adiknya suka "memekak" bila malam menjelma sebab itu Datin Sharifah Kursiah mencadangkan bilik tidur Aril di tingkat tiga. Aril pula sukakan privasi tidak mahu diganggu terutama dari Arisa.
" Don't knock this door, It's DANGER " tutur Afifah membaca tanda pelekat yang tergantung di depan pintu bilik Aril.
" Eleh! Apa aku peduli " kebetulan pintu bilik tidak berkunci kerana Datin Sharifah Kursiah berpesan senang untuk menjiruskan air ke muka Aril jika adiknya malas solat subuh.
" woi! Akak ni...ketulklah pintu dulu " sergah Aril apabila terdegar pintu biliknya di kuak. Terjengul wajah bujur sirih kakaknya. Ingatkan Arisa. Pasti adiknya dipukul dan dihalau keluar. Jijik dengan tingkah adiknya yang cacat itu.
" apa akak peduli. Wah! Dah mula buat konsert percuma malam-malam ni " Afifah bercekak pinggang sambil melihat ruang besar bilik bujang adiknya. Berselerak macam tongkang pecah! dengus Afifah. Aril meletakkan gitar atas katil.
" sibuklah akak ni, biarlah. Nanti bukak HI-Fi studio ni kang, pekak telinga " Aril mencari-cari CD dari band Paramore.
" bukaklah akak tak kisah. Inikan bilik adik. Tadi sebenarnya akak masuk nak dengar Aril nyanyi, ada bakatlah" puji Afifah lalu duduk di kerusi belajar Aril. Aril diam tidak memberi respon.
" masuklah audition. Akak temankan Aril "
" sebelum masuk, umi dah potong kaki " telah Aril terus mencapai sekeping CD Paramore.
" Akak selalu dengar Aril nyanyi lagu lama tu...apa yerk ? "
" lagu apa ? "
" hmm...entahlah tapi lagu tu tangkap cintalah "
" alah...lagu yang Aril nyanyi tadi. Akak dengar dekat luar "
" Kau Ilhamku, kenapa ? " Aril merebahkan badan atas katil.
" ha! Kau Ilhamku. Ni mesti dah jatuh cinta dengan budak kolej. Siapa Aril ? " Aril tergelak.
" mana ada kak. Aril nyanyi aje..."
" mesti gambar dia ada dalam handset " waktu itu Afifah ingin mencapai handset Aril atas katil tetapi cepat-cepat Aril rampas.
" Aril berahsia dengan akak ye ? Aril nak jadi macam abang Az ye, putus tunang sebab ada perempuan lain "
" betul kak, abang Az ada perempuan lain selain Kak Mel ? " Aril terkesima dengan bicara dari mulut kakaknya. Usikan tadi dibiarkan baginya peribadi tetap peribadi.
" kalau tak sebab apa lagi ? Baru balik dari kampung abang Razali hari tu terus abang ambil keputusan macam ni, tak terkejut kita. Mesti abang kena bomoh dengan perempuan dekat sana " luncur sahaja tuduhan Afifah. Apabila dia cuba memeras akal fikirannya akan keputusan putus tunang abangnya dengan Camelia. Dia tidak nampak sebab masalah antara pasangan itu.
" siapa perempuan tu ? Akak kenal ke ? "
" tak kenal "
" Lah! Ingat akak tau, buang air liur aje tuduh macam tu. Akak, abang Az tak macam tu. Daripada kita dapat kakak ipar yang tak menjamin masa depan abang lebih baik putus. Tak kisahlah dah berapa tahun kita kenal " komen Aril bersikap menyebelahi Azraai. Afifah terdiam sejenak mengambil kira kata-kata Aril.
" Aril tak kisah kalau abang nak kahwin atau tak. Yang penting...perempuan tu tak menyekat kehendak kita adik-beradik bila kita nak sesuatu daripada abang Az "
" hmm...kaki kikis jugak Aril ni "
" well! See the legs " mereka adik-beradik berderai ketawa. Apalah sangat kisah abangnya, yang penting bagi mereka duit poket dan barang berjenama yang dikehendaki pasti akan dapat daripada hasil kerja abangnya.
Azraai masih setia di tikar sejadah. Memohon kepada Allah S.W. T diberikan kekuatan seadanya untuk dia menempuhi hari mendatang. Tindakannya mengundang persepsi buruk terhadapnya oleh masyarakat. Media mencarinya. Entah bagaimana mereka boleh menembusi nombor telefonnya. Camelia pula bertubi-tubi menelefonnya. Memujuk rayu dirinya supaya menarik balik pemutusan tunang ini.
Jahatkah aku ? desis hatinya.
Salahkah aku memilih yang baik ? Walaupun aku bukan yang terbaik sebagai hambaMu Ya Allah ? Azraai mencari jawapan pasti.
Selesai dia bermunajat. Dia melipat sejadah yang terbentang. Semakin lama hatinya kian tenang. Allah tempatnya mengadu tidak kita susah ataupun senang. Dan...keputusan dia akan bertandang ke rumah Aishah hujung minggu ini.
" Kau sini " arah Sudin yang duduk di beranda rumah. Waktu itu matanya terarah kepada Aishah yang baru keluar dari biliknya.
" kenapa ayah ? " Aishah mendatangi ayahnya. Sejak akhir-akhir ini ayahnya sudah tidak menghilang. Duduk di rumah sahaja. Malah melayannya dengan baik. Tiada pukul-memukul dirinya.
" Esok ikut aku ke pekan " tujuan mengajak Aishah ke pekan esok hari mahu membelikan baju cantik-cantik dipakai untuk Aishah semasa Azraai datang Ahad ini.
" bu...buat apa ayah ? "
" ikut aje...jangan banyak soal. Esok pagi kau siap cepat-cepat "
Aishah menganguk.
" Dah! Pergi masuk tidur " Aishah terus masuk ke dalam bilik. Kembali menyambung tugasnya melampirkan dokumen penting untuk dibawa ke universiti. Semakin lama azamnya semakin teguh untuk belajar ke menara gading.
" slip gaji atau salinan pendapatan ayah,ibu atau penjaga " Aishah memikirkan apa yang perlu dilampirkan sebagai menjelaskan ayahnya tidak bekerja.
" tak cukup lagi ni...kad pengenalan ayah. Macam mana nak mintak ? " Fikir Aishah. Dalam hati timbul rasa gerun. Takut ayahnya menghidu tindakannya untuk melanjutkan pelajaran. Semua ini rahsia dirinya. Malah Pak Usu dan Mak Usunya turut merahsiakan supaya melindungi dirinya dari didera ayahnya.
" Pak Usu kan boleh jadi penjaga " akhirnya Aishah mendapat satu idea. Terus dia mengemas kembali lampiran dokumennya. Soal yuran dia mohon tangguhkan sementara menunggu duit pinjaman.
Selesai semua, dia merebahkan diri atas tilam lusuhnya.
" hmm...Ya Allah perkenankan doa aku supaya lancar perjalanan aku menuntut ilmu nanti " doa Aishah selepas membaca doa tidur.
Malam pun merangkak pergi. Aishah senang diulit mimpi.
" Tak apalah ayah, Aishah tak mampu beli baju ni " tolak Aishah apabila melihat baju kurung siap yang bernilai RM60 ringgit semasa di pekan. Sudin membelek lagi baju lain untuk menarik perhatian anaknya. Aishah pula melilau matanya melihat kesibukan pekan Felda Sri 2. Awal pagi tadi, mereka berdua menunggu bas yang membawa ke pekan. Aishah hanya membuntuti langkah ayahnya. Dia tidak tahu kenapa ayahnya baik kepadanya.
" ni! Cuba pakai. Aku nak tengok " Sudin menghulurkan Kebaya potongan pendek. Aishah geleng. Kebaya warna putih bersulam di sekitar lengan baju dan hujung kain memang cantik, tetapi Aishah tidak berani memakai baju yang bakal menampakkan lekuk tubuhnya.
" tak apalah ayah "
" kenapa kau ni ? " Sudin mula bercekak pinggang. Apa yang dipilihkan semua tidak berkenan di hati anaknya. Aishah terkedu.
" pakai! " arah Sudin meninggikan suara. Aishah tunduk malu apabila pekerja yang mendekatinya terkejut dengan cara kasar ayahnya.
" Aishah tak suka " Aishah berani menjawab.
" habis apa yang kau nak ? Aku suruh pilih kau tak nak "
" ini ada baju kurung kedah. Mungkin anak encik suka " pekerja perempuan itu cuba mengawal keadaan. Kasihan melihat anak perempuan lelaki itu mengigil ketakutan.
" ha! pakai cepat " Aishah terus mengambil baju kurung kedah dan menghala ke tempat salin baju.Selang tiga minit. Aishah keluar menunjukkan ayahnya akan baju yang dipakai. Sudin tersenyum sumbing. Aishah kelat wajahnya.
" aku nak kau pakai baju ni hari ahad nanti. Kau masak sedap-sedap hari Ahad ni ada tetamu nak datang " berkeriut wajah Aishah sewaktu ayahnya membayar baju pilihannya. Siapa nak datang ? fikir Aishah akan muslihat ayahnya.

No comments:
Post a Comment