
Mak Usu mengerling ke arah suaminya yang sibuk memungut getah beku. Sesekali dia memerhatikan gerak-geri Aishah yang berdekatan jaraknya antara dua lima batang pokok getah. Anak saudaranya itu mengerah tenaga menoreh susu getah yang terdapat pada pokok getah yang masih muda.
" panas betul hari ni " adu Pak Usu sewaktu berehat atas pangkin. Aishah menganguk tanda mengiayakan cuaca sekarang terlalu panas sehingga getah kurang mengeluarkan susu.
" Aishah dah jumpa ayah semalam ? " tanya Mak Usunya. Kini sudah dua hari Aishah enggan balik ke rumahnya. Sudin pula sudah memaksanya memujuk Aishah menerima lamaran lelaki kaya itu.
" Mak Usu nak Aishah balik ke ? " tanya Aishah pula sengaja.
" bukan macam tu, Mak Usu bimbang ayah cari Aishah " Pak Usu hanya berdiam sahaja.
" ayah bukan sayang Aishah pun " tutur Aishah setelah meneguk air teh. Dia menjeruk rasa hiba dengan perilaku ayahnya selama ini.
" mana Aishah tahu, memanglah Ayah selalu pukul Aishah tapi dia sebenarnya sayang sangat dekat Aishah " pujuk Mak Usunya.
" ayah nak kawinkan Aishah dengan Azraai semata-mata nak rasa hidup senang. Ayah tak faham perasaan Aishah "
" mana Aishah tahu semua ni ? " Pak Usu mula mencelah.
" Ayah kenalkan Aishah dengan lelaki tu, waktu tu abang Razali pun datang sekali. Ayah paksa Aishah pakai cincin yang lelaki tu bagi. Aishah tak kenal lelaki tu sebenarnya " luah Aishah akhirnya. Wajah pemuda tampan dan segak itu masih meliar di bayangan matanya. Agak matang dan berumur dari dirinya. Dua kali dia bertemu dengan lelaki bernama Azraai itu tetapi tidak menyangka pemuda itu ada niat tersendiri terhadapnya.
" kalau Mak Usu, memang Mak Usu terima lamaran tu. Tapi Aishah jangan silap ingat Mak Usu sokong tindakan ayah tu. Mak Usu fikir, masa hadapan Aishah "
" kenapa dengan Aishah, Mak Usu ? "
" Aishah dengar sini, kalau Aishah kawin nanti, Aishah dapat perlindungan. Aishah dapat hidup senang "
" Aishah nak belajar Mak Usu , Aishah teringin nak belajar dekat Uitm. Aishah tak fikir benda lain pun " tegas Aishah.
" sebenarnya, belajar tu tak menjamin hidup senang Aishah. Banyak yang kena dilaburkan "
" Aishah tak mintak hidup senang. Aishah cuma nak belajar "
" kalau Aishah dah kahwin dengan Azraai segalanya mudah nanti. Aishah nak belajar tak ada halangan. Suami Aishah boleh tanggung belajar Aishah. Aishah tak payah susah-susah macam ni, toreh getah nak dapatkan duit bayar yuran" jelas Pak Usunya pula. Aishah terdiam. Kenapa dua orang insan yang disayangi ini menyebelahi tindakan ayahnya pula. Dia kian keliru. Tiada siapa menyokongnya belajar sampai ke menara gading. Tiada siapa memahami keputusan dirinya.
Lantas Aishah bangkit dari pangkit.
" Aishah nak ke mana ? " laung Pak Usu. Aishah diam tidak menjawab, kemudian melangkah pergi bersahaja.
Betul ke dengan berkahwin...hidup aku terjamin! Desis hati Aishah. Kini langkahnya longlai. Kamal yang baru pulang dari Pekan dengan menaiki motor terserempak dengan Aishah.
Tubuh perempuan yang dicintai itu semakin susut akibat dilanda pelbagai masalah.
" Aishah. Kau nak ke mana ? " tegur Kamal. Aishah terkejut dengan kehadiran Kamal di sisinya.
" kau nak apa Kamal ? " tanya Aishah selamba.Mata kuyunya melempias sebuah perasaan sedih di sanubari Kamal.
" betul ke kau akan kawin dengan orang kaya KL ? " kini sudah tersebar khabar angin di Felda dari mulut Sudin sendiri mengatakan anaknya akan bernikah dengan seorang pemuda dari kota metropolitan bahkan kenyataan ini menguatkan apa yang dikatakan ayah Aishah kepadanya tempoh lalu. Aishah diam. Tidak menyanggah tidak mengiakan persoalan itu.
"Aishah...jangan buat aku macam ni. Kau pasti tolak lamaran lelaki tu kan ? " waktu Aishah melangkah ke hadapan Kamal terlebih dulu memaut lengannya. Dirinya yang masih berlenggas peluh cuba mengelak daripada berhadapan Kamal.
" Aishah, bangunlah. Lawan niat ayah kau tu . Kalau kau nak mintak tolong dekat aku, aku boleh tolong "
" apa yang kau boleh tolong Kamal ? Aku tak mampu nak balas jasa kau kalau kau tolong aku "
" aku boleh mintak emak aku pinang kau. Lepas tu kau terima. Jadi lelaki tu tak ada alasan nak jadikan kau isteri"
" apa ni...aku tak fikir semua ni. Kau dengan aku tak wujud apa-apa perasaan pun " luah Aishah.
Waktu itu satu tumbukan mengena belakang badan Kamal sehingga tersungkur. Aishah terkejut. Wajah ayahnya di depan mata.
" kau balik! Anak tak guna " Kamal yang menyeringai sakit, menggesot kebelakang sedikit hanya untuk menyelamatkan diri.
" jangan pukul dia yah " Aishah menghampiri ayahnya cuba mendamaikan rasa amarah itu. Selalu dia takut tetapi saat ini apa yang difikirkan adalah hukuman yang akan dikenakan orang kampung terhadap ayahnya. Dia takut ayahnya masuk penjara lagi.
" balik! " jerkah Sudin lalu mengheret Aishah menuju jalan ke rumahnya. Aishah terpaksa mengikut.
" Aishah! " jerit Kamal. Aishah tidak mampu menyelamatkan Kamal sedangkan dirinya bakal menjadi mangsa amukan ayah sendiri.
" aku nak kau terima dia. Layan dia baik-baik esok " Sudin bercekak pinggang selesai melibas anaknya dengan tali pinggang. Aishah merengkung kesakitan.
" kau faham tak ? " Aishah hanya mampu menganguk. Sudin terus merenggut rambut anaknya.
" sakit yah! " jerit Aishah.
" kalau kau tak sakit. Kau kawin dengan dia "
" aku akan kawinkan kau dengan Azraai, dua minggu lagi.
Dua minggu lagi! Minggu itu dia bakal melanjutkan pelajaran.
" Umi doakan Az bila sampai sana " lantas Azraai mengucup tangan uminya. Turut sama Arisa dan Afifah yang mengikut mengerjakan umrah. Aril pula menyusul perbuatan abangnya mencium tangan umi dan kakaknya.
" nanti Az jaga Aril ni. Umi tak nak dia keluar malam-malam lagi " pesan Datin Sharifah Kursiah. Aril tersengih sahaja.
" Aril boleh jaga dirilah umi " sanggah Aril.
" yelah Az jaga Aril. Nanti Afi kalau dah sampai call abang tau. Ni adik abang, Arisa tak sabar nak pergi umrah ye ? " Arisa menganguk, lalu memeluk abangnya.
" abang...Aril " Arisa memanggil dengan lancar nama abangnya. Aril terkedu sebentar.
" Arisa nak salam Aril tu " melihat Arisa yang malu-malu dengan tangan kanannya cuba menggapai ke arah Aril. Aril menghulurkan tangan walau wajahnya dingin.Tidak suka dengan adiknya tetapi tidak mahu melontarkan perasaan itu. Aril mengakui itu adiknya sedarah sedaging. Ada aliran darah yang sama dengan tubuhnya. Tetapi dia jelik dengan tingkah adiknya yang kurang upaya.
" sa..yang abang " ucap Arisa manja. Aril menjuihkan bibir.
" Aril ni suka buat macam tu...umi tak sukalah. Kesianlah dekat adik " Aril buat muka selamba dengan teguran uminya sendiri.
" Umi...dah tiba masa ni " ujar Azraai saat balas berlepas sudah mengumumkan penerbangan ke Jeddah.
" Yelah...Jaga diri ye nak. Umi doakan kamu berdua di sana " Datin Sharifah Kursiah sempat berpesan sebelum masuk ke balai berlepas.
" nampaknya kita tinggal berdualah dik. Ikut abang pergi Felda Sri 2 " seraya Azraai mahu mengutarakan agenda pentingnya. Mengajak Aril ke sana bukan sesuatu yang mudah apabila adiknya ini jenis tidak suka suasana kampung.Bermacam-macam alasan Aril akan buat jika disuruh pergi ke kampung adik arwah abinya sendiri.
" buat apa ke sana ? Aril tak biasalah bang "
" kita jumpa Pak Ngah. Dah lama Aril tak melawat Pak Ngah "
" abang kalau nak pergi...sorang ajelah. Aril sibuklah sekarang ni banyak mesyuarat persatuan kena susun "
" yelah " Azraai akur namun tidak berkecil hati. Niat mahu mengenalkan Aishah kepada Aril sebagai calon kakak ipar terbantut seketika. Sebolehnya Azraai tidak mahu membelakangi mana-mana ahli keluarganya.
" Kenapa balik tak cakap Mak Usu, sekarang apa dah jadi ? " tuntas Mak Usunya membubuh minyak ke pipi Aishah yang lebam dek penampar ayahnya sendiri. Aishah geleng. Dia susah untuk bercakap berikutan tubir bibirnya jugak lebam. Mengingati penderaan terhadap dirinya...ternyata ayah memang marah kepadanya.
" memang Mak Usu suruh tengokkan ayah. Tapi biar Mak Usu temankan. Taklah Aishah jadi macam ni "
" Ya Allah! lebam badan ni, nak "
" Mak...Usu ayah cakap kalau Aishah kawin dengan lelaki tu, ayah dah tak pukul Aishah " tutur Aishah sambil mengetam bibir menahan sakit .Berusaha meluahkan perasaan hati yang memberontak dengan usul yang betul.
" Apalah ayah Aishah tu...habis Aishah macam mana ? "
" Aishah tak nak kawin. Aishah nak belajar "
" sesekali Aishah dengarlah cakap ayah Aishah tu. Ada kebaikkan jugak. Dia tak mampu jaga Aishah lagi sebab tu dia nak kahwinkan Aishah dengan lelaki tu " terang Mak Usunya baik-baik. Walaupun kesal dengan tindakan kejal abangnya namun tindak-tanduk Salim ada kebenarannya ke atas anaknya.
" kenallah dulu dengan Azraai tu, mana tau kenal hati budi dia Aishah terpikat " pujuk Mak Usunya. Aishah diam tidak berkutik. Dalam emosinya sekarang dia bertarung dengan sebuah kehidupan yang perlu dikorbankan. Kenapa nasib hidup aku begini ? soal hati Aishah.
Debu kabus menyinar melatari Felda Sri 2 kala pagi merenyam tulang-belulang manusia. Azraai mahu berhadapan dengan keputusan Aishah. Gadis itu berada di tengah halaman pokok getah milik bapa saudaranya. Itu yang seperti diberitahu Razali kepadanya akan pekerjaan Aishah. Dalam umur belasan tahun, Aishah terpaksa membanting tenaga mudanya hanya mencari sebuah rezeki kurniaan tuhan.
" Assalamualaikum, Pak cik Yahya " ucap Azraai apabila turun dari keretanya. Segalanya sudah diketahui mengenai Aishah. Baik nama bapa saudara dan emak saudara yang menjaga Aishah selama ini.
" Waalaikummussalam, Encik Azraai " kaku jugak Pak Usu terpacak di hadapan pemuda tegap itu. Tidak menyangka pemuda ini datang ke ruang laman kebun getah miliknya.
" izinkan saya berjumpa dengan Aishah. Dia ada di sini kan ? "
" bo...boleh dia ada dekat sana. Saya tunjukkan "
Dalam esak tangis , Aishah masih bertahan untuk memerah tenaga menoreh getah milik bapa saudaranya. Dari sebatang pokok ke sebatang pokok. Sempat dia mengusap pipinya membengkak merah kesan tamparan ayahnya.
" Aishah " panggil satu suara.
" Huh! " Aishah merenung pemuda di depannya, turut di sisi pemuda itu bapa saudaranya sendiri.
Lantas dia menutup wajahnya dengan kain batik yang tersangkut atas kepalanya. Menutup kesan lebam pada raut wajahnya agar tidak dikesan pemuda bernama Azraai.
" Aishah kenapa ni ? " datang meluru Mak Usunya apabila Aishah ingin lari daripada tetamu di depannya.
" Aishah saya nak jumpa sekejap sahaja. Boleh kan ? " melihat kegusaran gadis ini bagai ada sesuatu yang ingin dia bersama berkongsi suka dan duka. Aishah menumpang hatinya, dia bagai tahu dengan isi hati gadis ini.
" Encik Azraai nak jumpa sekejap aje...sayang. Dia tak buat apa-apa dekat Aishah " pujuk Mak Usu nya lagi. Ada derai air mata jatuh membasahi pipinya sekali lagi.
" Alhamdulilah...cuaca tak panas hari ni " Azraai cuba berbasi-basi dengan Aishah yang canggung bersamanya. Setelah dipujuk bersungguh-sungguh barulah Aishah memaksa diri untuk berhadapan dengan Azraai. Aishah masih tunduk membisu menutup pipinya. Dalam diam, sisa tangisnya berdesah sayup ke dalam hatinya.
" Aishah..." Azraai menatap raut sebahagian wajah Aishah yang tidak ditutup dengan kain batik.
" kal...kalau saya kawin dengan Encik Azraai. Saya tak mampu bahagiakan Encik. Saya memang tak mampu..."
" jangan cakap macam tu Aishah...saya tak paksa bahagiakan diri saya. Yang saya harapkan Aishah sudi terima lamaran saya. Saya mahu bahagiakan Aishah "
Baik betul niat hati lelaki ini, tetapi tidak mampu menarik perhatian Aishah.
Kejanggalan mereka berdua membuatkan Azraai mencari cara sesuai untuk berkenalan dengan Aishah. Aishah pula masih menutup sebahagian wajahnya dengan kain batik lusuh itu. Seperti menyembunyikan sesuatu daripada Azraai.
" tak salah kalau saya lihat wajah Aishah ? " Azraai beradab meminta keizinan.
" saya tak sempurna nak dijadikan isteri Encik Azraai "
" Maafkan saya kalau...Ya Allah ! " tuntas ingin menjawab, Azraai terkejut dengan wajah cantik yang sudah membengkak birat antara pipi dan dahi Aishah. Lebam sana sini wajah Aishah menambah kesan simpati kepada Azraai.
" kita ke klinik sekarang " Azraai memimpin lengan Aishah yang beralas. Aishah ingin membatu dengan pelawaan Azraai tetapi apabila diberi keizinan daripada emak dan bapa saudaranya dia terikut jejak lelaki itu menghantarnya ke klinik pekan.
Serba-salah dengan layanan Azraai. Aishah cuba memikirkan lamaran lelaki itu. Anak matanya fokus kepada Azraai yang tekun menyapu ubat sapu di pipinya dengan kapas. Lembut dan teliti tingkah Azraai.
" kalau begini keadaan Aishah, saya sanggup teruskan pernikahan ni " ujar Azraai berharap Aishah tidak salah faham dan memahai kata simpati dari ayat itu.
" Isk! Isk !..." Aishah merembeskan air mata. Dia tidak sanggup.
" saya akan keluarkan Aishah dari penderitaan ini. Saya junjung amanah tuhan bila bernikah nanti. Saya tak akan biarkan Aishah jadi macam ni...yakin dengan saya Aishah "
" Aishah tak kenal Encik Azraai " tuntas Aishah berbicara dalam sendunya.
" cukuplah kita kenal saat bernikah nanti " tutur Azraai anak matanya setia menatap anak mata bundar Aishah.
Ya Allah, yakinkan aku lelaki di depanku ini adalah permulaan kebahagiaanku! Detik hatinya bergetar hebat.
